Tuesday, 26 February 2013

Jaguh Le Tour de Langkawi: Chicci mendominasi peringkat keempat


Pelumba Itali yang mewakili pasukan Vinni Sella Itali mendominasi peringkat keempat dengan bergaya melintasi garisan penamat selepas menewaskan pelumba yang menang lima peringkat podium tahun lepas Andrea Guardini tempat kedua dan Kruopis,Aidis dari pasukan Orica Greenedge di tempat ketiga.

Pelumbaan 168.0 km bermula dari Tapah dan berakhir di kampar satu destinasi yang landai untuk para pelumba dengan tiga zon pecutan dan tiada zon pendakian pada peringkat ini untuk memberi peluang kepada pelumba pecut untuk menguasai peringkat ini.

Di zon pecutan pertama di Teluk Intan  pelumba Jepun Sai-Udomsin,P dari TSI berjaya mencecah garisan terlebih dahulu untuk memperolehi lima mata diikuti Arashiro,Y dari pasukan Eurocar dengan tiga mata dan ketiga milik pelumba Nishitani,T dan tempat kelima hanya satu mata pelumba Malaysia Anuar Manan.

Dalam zon pecutan kedua di Sungai Besar pelumba Nishitani memperolehi tempat pertama diikuti P.Sai-Udomsin dari pasukan TSI dan ketiga Arashiro. Anuar manan pula terpaksa berpuas hati di tempat keempat.

Begitu juga zon pecutan terakhir di Kuala Selangor kali ini pasukan Jepun yang mewakili Eurocar mendapat tempat pertama memperolehi lima mata, tempat kedua Nishitani diikuti P.Sai Udomsin dan keempat B. Grabsch dari pasukan OPQ.

Dalam perebutan jersi tidak banyak perubahan hanya jersi biru Proton berjaya dimiliki oleh pelumba Astana Andrea Guardini manakala jersi kuning dan dua jersi lain iaitu jersi pendakian dan Asia masih menjadi milik pelumba China yang mewakili pasukan Heangxiang, Wang Meiyin.

Esok merupakan pelumbaan yang mencabar bagi semua pelumba-pelumba bermula dari Proton berakhir di Genting Highland. Dalam peringkat ini pelumba pendakian berpeluang besar untuk menakluki Genting Highland, malahan perubahan jersi juga akan berlaku pada peringkat ini.

No comments:

Post a Comment