Kejayaan pelumba Hengxiang pada peringkat ini membolehkannya merampas semua jersi yang di pertandingan Le Tour de Langkawi edisi kali ini. Namun begitu, Wang Meiyan hanya memakai jersi kuning pada perlumbaan esok manakala jersi lain akan di pakai oleh pelumba kedua terbaik.
Pelumbaan peringkat ketiga ini sejauh 140.7 km bermula dari Sungai Siput berakhir di Cameroon Highland yang mempunyai tiga zon pecutan dan dua zon pendakian.
Dalam zon pecutan pertama di Ipoh dua pelumba Malaysia menduduki tempat pertama dan kedua iaitu Loh Seang mewakili pasukan TSI berjaya sampai dahulu untuk mengutip lima mata diikuti Harrif Salleh dari pasukan TSG di tempat kedua.Manakala pemakai jersi kuning Wang Meiyan di tempat ketiga dan keempat pelumba KSP J.Seo.
Dalam zon pecutan dan ketiga kedua di Kampar dan Kapah pelumba Terengganu mewakili TSG berjaya memperoleh tempat pertama untuk mengutip 10 mata diikuti pelumba Hengxiang Wang Meiyan tempat kedua dan ketiga Loh Seang.
Di zon pendakian ternyata pemegang jersi kuning, Wang Meiyan unggul apabila menang dua zon pendakian di Ringlet dan Brinchang untuk mengumpul 30 mata. Di zon Ringlet tempat kedua dan ketiga milik pelumba TSI J.Ho dan Loh Seang yang masing-masing memiliki 12 dan 10 mata. Bagi zon pendakian di Brinchang pula, tempat kedua dimenangi pelumba pasukan Nippo de Rossa Julian Arredondo untuk mengutip 20 mata dan ketiga Nathan Haas dari pasukan Garmian Sharp 16 mata.
No comments:
Post a Comment