Sunday, 17 March 2013

Jaguh All England: Chen Long meranapkan impian Lee Chong Wei cipta hatrik di All Englang




Chen Long merangkul gelaran All England yang pertama selepas menumpaskan Lee Chong Wei sekaligus meranap impian pemain perseorangan negara untuk mencipta hatrik di  Kejohanan All England yang berlangsung di stadium tertutup Arena.

Pemain nombor dunia Chen Long bermula dengan bergaya meninggalkan  Lee Chong Wei 7-0 sebelum pemain negara memecah kebuntuan untuk mendapat mata pertama 1-7 . Chen Long memastikan terus mendahului pemain negara apabila terlebih dahulu sampai ke angka 11-1 sebelum berehat. Chen Long yang turun ke gelanggang dengan lengan berbalut tidak membiarkan kecederaan menganggu permainan  terus mendahului pemain negara 11-1 sebelum rehat.


Namun pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei tidak berputus asa memperkemaskan corak permainan  hingga merapatkan mata 10-15 ketika bintang muda China Chen Long kerap membuat kesilapan mudah. Chen Long yang terleka berada di hadapan sehingga pemain negara berjaya merapatkan mata 13-17 tetapi pemain kedua China ini memastikan menang set pertama untuk menghalang kebangkitan Lee Chong Wei.

Dalam babk kedua skrip sama berulang kepada pemain negara Lee Chong Wei yang bermula buruk ketinggalan 6-11 kepada bintang China Chen Long. Kedua-dua pemain terbaik dunia mempamerkan permainan yang bermutu tinggi dalam perlawanan akhir. Lee Chong Wei mengurangkan kesilapan di set kedua terus mengutip mata sehingga berjaya mengikat mata 14-14 dengan Chen Long.

Lee Chong Wei yang mengutip lima mata berturut-turut sehingga berjaya berada di hadapan kali pertama di set kedua tetapi pemain China Chen Long segera mendapatkan mata penyamaan. Selepas itu kedua-dua pemain terikat beberapa kali tidak membenarkan satu sama lain melebarkan jurang mata dengan permainan rali dan jaring berkelas dunia ditunjukkan dua jaguh dunia ini.

Walau bagaimanapun Chen Long memastikan gelaran All England menjadi miliknya setelah pukulan bekas juara bertahan Lee Chong Wei terkandas di jaring di sambut  dengan tangisan oleh Chen Long.



l

No comments:

Post a Comment