Sunday, 17 March 2013

Jaguh Hoki: Malaysia selangkah untuk bergelar juara


Pasukan Hoki Malaysia mengekalkan rekod bersih sepanjang kejohanan Piala  Sultan Azlan Shah selepas mencatat keputusan seri 2-2 dengan India dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan semalam.

Malaysia yang turun berhadapan India tanpa tekanan selepas berjaya melayakkan diri dalam perlawanan akhir selepas juara dunia Australia menewaskan juara bertahan tahun lalu New Zealand 3-2 sekaligus memberi tiket automatik kepada negara ke pentas final.

Malaysia terlebih dahulu membuka tirai jaringan daripada penyerang muda Faizal Asharri pada minit ke-6 hasil  pukulan sudut penalti. Namun begitu, India berjaya menyamakan kedudukan 1-1 juga melalui sudut penalti yang berjaya di jaringkan oleh pakar sudut penalti Runder Singh. Kedua-dua pasukan terikat sehingga separuh masa pertama.

Dalam babak kedua kedua-dua pasukan saling menyerang untuk mendapatkan gol kedua, namun India terlebih dahulu berjaya menenbusi gawang gol Malaysia hasil serangan kilat yang di jaringkan penyerang India Mander Sigh mudah menewaskan Roslan Jamaluddin. Dalam minit terakhir perlawanan Malaysia berpeluang menyamakan kedudukan selepas pukulan bola hoki Faizal Ashaari badan mengenai salah seorang pemain India menyebabkan pengadil memberi pukulan penalti kepada Malaysia biarpun pasukan India membantah.

Penyerang yang berkelana di liga hoki India, Faizal Ashaari  di beri tanggungjawab oleh rakan sepasukan mengambil pukulan penalti dengan tenang pemain berusia 23 tahun ini menyumbat masuk gol kedua Malaysia mengamatkan 15 ribu penonton yang hadir di stadium hoki Azlan Shah.

Malaysia akan bertemu sekali lagi dengan Australia dalam perlawanan merebut Piala Azlan Shah selepas kedua-dua pasukan hanya seri dalam peringkat kumpulan.  Anak-anak buah Paul Wallengton berpeluang mengakhiri kemarau Malaysia menjulang Piala Azlan Shah sekirannya menewaskan juara dunia Australia pada hari Ahad ini.

No comments:

Post a Comment