Tembok besar sukar digugat apabila mendominasi perlawanan akhir setelah menewaskan Korea Selatan 3-0 untuk meraih gelaran juara ke-9 Piala Sudirman menjadi negara yang terbanyak memenangi piala tersebut.
Korea terpaksa berpuas hati menggondol pingat perak manakala Thailand dan Denmark meraih gangsa selepas kedua-dua pasukan dikecewakan di separuh akhir.
Beregu campuran China Xu Chen-Ma Jin mudah menumpaskan beregu Korea Koo Sung-Kim Ha Na
21-13 21-15 . Xu Chen-Ma Ji membalas kepercayaan yang diberikan oleh ketua jurulatih Lee Yong Bo memilih mereka bermain di perlawanan akhir setelah mengenepikan rakan senegara yang juga juara olimpik Zhang Nan-Xiao Li apabila memberi mata pertama untuk China.
Pemain utama perseorangan China Chen Long hanya mengambil masa 48 minit untuk menumpaskan pemain muda Korea Lee Dong Kuen 21-15-21-10 untuk China selesa mendahului 2-0. Biarpun tumpas pemain berusia 22 tahun dapat memberi saingan kepada pemain kedua dunia Chen Long terutamannya set pertama tetapi gagal mengekalkan rentak apabila tewas mudah set kedua.
Beregu muda China Liu Xialong-Qiu Zhan memberi mata kemenangan apabila bertungkus-lumus menumpaskan beregu Korea yang juga pemain nombor dua dunia Lee Yong Dale-Ko Sung Hyun 21-19 21-17 sekaligus gagal memberi mata pertama untuk mengheret perlawanan keempat perseorangan wanita.
No comments:
Post a Comment