Monday, 27 May 2013
Jaguh Tenis: Nishikori kejutkan Federer
Pemain berusia 23 tahun Kei Nishikori mencipta kejutan apabila menumpaskan juara bertahan Roger Federer 6-4 6-1 6-2 di pusingan ketiga Kejohanan ATP Terbuka Madrid.
Pada set pertama kedua-dua bermain dengan baik sehingga Federer membuat kesilapan apabila memberi satu set yang mengakibatkan tewas tetapi bangkit semula dalam set kedua apabila berjaya mengambil lima set daripada pemain Jepun untuk membawa ke perlawanan penentuan.
Dalam set ketiga Nishikori berjaya mencuri dua set permainan pemain nombor dua dunia Federer sekaligus mengecewakan bintang Swiss untuk mempertahankan gelaran.
Bintang muda Japan Nishikori membuat kejutan kedua dalam kejohanan tenis terbuka Madrid menewaskan pemain pilihan selepas kejutan terbesar dilakar pemain Bulgaria Dimitrov menumpaskan pemain nombor satu dunia Novak Djokavic. Kekalahan dua pemain teratas memberi lalu kepada jaguh tenis dari Sepanyol Rafael Nadal untuk merangkul gelaran pada tahun ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment