Friday, 28 June 2013
Tenis Wimbeldon: Kejutan hari pertama Wimbeldon Nadal tewas lagi
Pada pembukaan Wimbeldon sudah mencipta kejutan yang terbesar dalam sejarah tenis apabila pemain nombor dunia Rafael Nadal diberi tiket pulang awal oleh pemain ke ranking 135 Steve Darcis apabila tumpas straight-set 7-6 7-6 6-4 semalam.
Nadal yang baru sahaja menjulang kejuaaraan tenis di Perancis gagal meneruskan rentak kemenangan apabila mencatatkan keputusan yang terburuk dalam karier tenis apabila kalah di pusingan pertama Wilbeldon . Bintang tenis berusia 27 tahun Nadal seakan mengulangi Wilbeldon tahun lepas apabila keluar awal oleh pemain bukan ternama Rosol tetapi tewas dengan lima set.
Selepas tewas kepada Rosol Nadal terpaksa berehat panjang akibat kecederaan tetapi kali ini dengan reputasi yang menakjubkan semenjak kembali semula ke gelanggang tenis apabila tujuh kali berjaya ke pentas akhir dan lima kali merangkul kejuaraan.
Bintang sensasi Sepanyol Nadal seakan hilang taring digelanggang rumput apabila mudah diatasi oleh Darcis dengan permainan yang bertenaga biarpun Nadal berjaya mengheret ke perlawanan tie-break. Darcis yang bermain dengan baik dan servis yang tepat merupakan senjata utama pemain berusia 28 tahun.
Dalam acara wanita pula, pemain pilihan kelima dunia Sara Errani turut mengikut jejak Nadal apabila tumpas mengejut kepada pemain kelayakan Puige 6-1 6-2 sekaligus menjadi pemain pertama pilihan yang terkeluar di pusingan pertama Wilbeldon.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment