Tuesday, 2 July 2013

Jaguh Wimbeldon; Djokovic, Murray, Berdych dan Del Potro menepati ramalan

Bintang sensasi Serbia Novak Djokovic tidak menghadapi masalah mara ke suku akhir setelah mudah menumpaskan Tommy Haas (3-0) 6-2 6-4 7-6 manakala pemain utama British Andy Murray yang terlebih dahulu melangkah pusingan seterusnya mudah mengenepikan pemain Rusia Yohzy 6-3 7-6 6-4.

Pemain nombor satu dunia Djokovic bakal bertemu dengan pemain Republik Chech Berdcyah di suku akhir akan menguji pemain berusia 26 tahun ini selepas tidak menghadapi tentangan yang hebat daripada pemain-pemain sebelum ini biarpun rekod memihak kepada Djokovic dalam pertemuan sebelum ini.

Malahan laluan Djokovic sedikit berliku ke final sekirannya menang di suku akhir beliau dijangka akan bertemu dengan pemain nombor tujuh dunia Del Potro di separuh akhir. Namun begitu berbeza pula kepada Murray yang dijangka tidak menghadapi masalah ke perlawanan akhir kali kedua setelah Federer, Nadal dan Tsonga tewas di pusingan awal.

No comments:

Post a Comment