Tuesday, 2 July 2013

Jaguh Wimbeldon; Radwaska dan Lisicke melangkah ke separuh akhir

Bintang Poland Agieska Radwaska melangkah ke separuh akhir selepas terpaksa berhempas pulas menewaskan pemain nombor enam dunia Li Na dalam tiga set 7-6 6-7 6-2 .

Namun begitu, pemain sensasi Jerman yang menumpaskan pemain nombor satu dunia Serena semalam Sabine Lisicke terlebih dahulu menempah tiket pertama ke separuh akhir menewaskan Ander Seppi 6-3 6-3.

Pada set pertama kemenangan terpaksa ditentukan tie-break selepas kedua-dua pemain terikat 6-6 dan memihak kepada Radwaska 7-6 untuk mata pertama. Namun begitu, pemain berusia 23 tahun Radwaska gagal meneruskan rentak kemenangan apabila Li Na berjaya bangkit daripada ketinggalan 4-2 sebelum mengikat mata 4-4 sekaligus mendominasi permainan set kedua.

Biarpun Radwaska terpaksa menerima rawatan akibat kecederaan paha tetapi mampu break-point Li Na sekaligus mendahului 2-0. Li Na pula gagal ambil kesempatan dengan keadaan yang dialami oleh pihak lawan sebaliknya membuat kesilapan mudah. Permainan yang menakjubkan daripada Radwaska menghiburkan penonton sebelum memastikan kemenangan setelah tujuh kali peluang terhidang yang akhirnya disudahi dengan pukulan keluar daripada Li Na.

Radwaska bakal berhadapan dengan pemain ranking 23 dunia Lisicke di separuh akhir yang akan diadakan pada hari khamis.

Jaguh Wimbeldon: Radwaska bakal bertemu Li Na di suku akhir

Pemain nombor empat dunia Aganiska Radwaska akan bertemu dengan bintang utama China Li Na di suku esok yang akan menjanjikan permainan yang menarik esok selepas kedua-dua pemain menepati ramalan awal bertepatan dengan status mereka pada ketika ini.

Bagi bintang Poland Radwaska tentu ingin mengulangi percapaian pada tahun lepas melangkah ke pentas akhir sebelum akur kepada kehebatan Serena tetapi berpeluang untuk menebus kembali untuk mengapai impian merangkul Wimbeldon buat kali pertama. Tumpasnya pemain nombor satu dunia Serena di pusingan keempat memberi peluang kepada kedua-dua pemain untuk melangkah jauh dalam pertandingan ini.


Begitu juga bagi pemain nombor empat tujuh dunia Li Na mempunyai hasrat yang sama untuk muncul pemain pertama China menjuarai Wilbeldon setelah tersingkir awal tahun lalu tetapi perlu melepasi pemain berusia 23 tahun dahulu Radwaska.

Jaguh Wimbeldon; Djokovic, Murray, Berdych dan Del Potro menepati ramalan

Bintang sensasi Serbia Novak Djokovic tidak menghadapi masalah mara ke suku akhir setelah mudah menumpaskan Tommy Haas (3-0) 6-2 6-4 7-6 manakala pemain utama British Andy Murray yang terlebih dahulu melangkah pusingan seterusnya mudah mengenepikan pemain Rusia Yohzy 6-3 7-6 6-4.

Pemain nombor satu dunia Djokovic bakal bertemu dengan pemain Republik Chech Berdcyah di suku akhir akan menguji pemain berusia 26 tahun ini selepas tidak menghadapi tentangan yang hebat daripada pemain-pemain sebelum ini biarpun rekod memihak kepada Djokovic dalam pertemuan sebelum ini.

Malahan laluan Djokovic sedikit berliku ke final sekirannya menang di suku akhir beliau dijangka akan bertemu dengan pemain nombor tujuh dunia Del Potro di separuh akhir. Namun begitu berbeza pula kepada Murray yang dijangka tidak menghadapi masalah ke perlawanan akhir kali kedua setelah Federer, Nadal dan Tsonga tewas di pusingan awal.