Saturday, 31 August 2013

Jaguh Tenis US: Azarenka dan Ivanovic bangkit untuk mara ke pusingan keempat

Pemain nombor dua dunia Victoria Azarenka melepasi halangan selepas bangkit ketinggalan untuk menewaskan pemain Perancis Alize Cornet  6-7 6-3 6-1 untuk mara ke pusingan keempat.

Dalam set pertama pemain berusia 23 tahun Cornet mengejutkan pilihan kedua apabila menang set pertama. Namun begitu, Vikka tidak mengalah apabila mempamerkan permainan yang lebih baik pada set kedua apabila berjaya merampas set lawan sekaligus memenagi perlawanan untuk mengheret ke set penentuan.

Dalam set penentuan ternyata Vikka lebih mendominasi dengan permainan untuk memastikan kemaraan pada peringkat seterusnya.

Dalam perlawanan lain, bekas pemain nombor satu dunia Ana Ivanovic turut berhempas pulas apabila tewas set pertama sebelum menang dua set berikutnya untuk mengecewakan pemain muda tuan rumah Mchale 7-5 6-4 4-6 akan berhadapan dengan Azarenka di pusingan keempat.

No comments:

Post a Comment