Saturday, 31 August 2013

Jaguh Tenis US; Djokovic, Murray, Li Na, Serena dan Radwaska mara ke pusingan keempat

Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic mudah melepasi pemain Jerman Becker 7-6 6-2 6-2 manakala Andy Murray turut mengikuti jejak langkah pemain Serbia mara ke peringkat seterusnya setelah Mayer menarik diri akibat kecederaan  7-5 6-1.

Lyton Hewitt mengejutkan pemain kelima dunia Del Potro apabila bangkit daripada ketinggalan untuk mengecewakan pemain Argentina 6-4 7-5 7-3 7-6 6-1.

Dalam kategori wanita pula bintang utama China yang juga pemain pilihan kelima menjadi pemain pertama ke peringkat keempat setelah mengecewakan pemain muda British Laura Robson 6-2 7-5.  Namun begitu, Agieska Radwaska pula terpaksa menghempas pulas menewaskan pemain pilihan ke-12 Pavlyuchenkova 6-4 7-6 sebelum mara ke peringkat seterusnya.

Pemain nombor satu dunia Serena William yang turun agak lewat malam ke gelanggang tidak menghadapi masalah menumpaskan pemain Kazastan Shvedova 6-3 6-1. Serena akan bertemu rakan senegara Sloane di peringkat keempat sekaligus berpeluang membalas dendam ketika tewas kepada bintang muda Amerika Syarikat kecundang di kejohanan tenis Australia tahun lepas.





No comments:

Post a Comment