Wednesday, 25 April 2012

Jaguh Bola Sepak La Liga : Real Madrid hampiri juara liga


Real Madrid gah di persada liga apabila berjaya menewaskan musuh ketatnya Barcelona 2-1 pagi semalam dalam  perlawanan klasik tahun ini .

Dalam pertembungan klasik kedua-dua pasukan ini menyaksikan Real Madrid terlebih dahulu berjaya membolosi gol apabila tandukan peap tidak berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol dengan mudah Khendira menolak masuk ke gawang gol Barcelona.

Barcelona yang mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri telah mendapat semangat baru apabila separuh masa kedua dimulakan asakan yang bertali arus oleh pasukan tuan rumah akhirnya berjaya memperoleh gol penyamaan apabila pemain gantian Alexis berjaya menampan bola muntah daripada penjaga gol Real Madrid Cassilas.

Namun begitu, gol tersebut tidak mematah semangat pemain real Madrid dalam mninit ke-73 penyerang sensasi   Portugal Cristiana Ronaldo bijak menewaskan penjaga gol Barcelona dengan larian pantas untuk sekali lagi mereka mengatasi Barcelona.

Real Madrid berjaya mengekalka jaringan tersebut sehingga tamat perlawanan menghampiri skuad bimbingan Mauricho untuk menjuarai Liga Sepanyol dengan perbezaan tujuh mata dengan Barcelona.

Saturday, 21 April 2012

Jaguh Bola Sepak La Liga : Ronaldo vs Messi


Pertembungan klasik antara Real Madrid dan Barcelona malam ini akan menjanjikan pertembungan yang menarik dalam merebut Kejohanan La Liga yang berbaki beberapa perlawanan lagi.

Pada kini Real Madrid masih menguasai  takhta La Liga dengan perbezaan empat mata dengan Barcelona. Kini    peluang untuk pasukan bimbingan Pep Guardioli untuk mengejar Real Madrid andai berjaya menewaskan lawannya dalam perlawanan pagi ini.

Malahan perlawnan malam ini juga akan menyaksikan pertembungan penyerang terbaik dunia masa kini Messi dan Cristiano Ronaldo yang masing-masing mencatatkan penjaring terbanyak untuk kedua-dua pasukan.uk pasukan

Kedua-dua penyerang mempunyai misi peribadi dalam melebarkan rekod jaring masing-masing dalam La Liga dan memastikan kemenangan untuk pasukan mereka.

Pertemuan yang terakhir kedua-dua pasukan ialah semasa Piala Liga Sepanyol Barcelona berjaya mengatasi Real Madrid 4-3.

Selain itu percaturan kedua-dua jurulatih juga akan menentukan corak perledawanan pemainnya di atas padang. Segalanya akan terjawab dalam 90 minit perlawanan pasukan mana yang lebih layak menang dalam pertembungan klasik tersebut.

Sunday, 15 April 2012

Jaguh Bola Sepak La Liga : Real Madrid catat kemenangan berharga

Real Madrid menumpaskan Real Sporting 3-0 dalam perlawanan yang begitu tegang pagi tadi yang berlangsung di stadium keramat Real Madrid.

kemenangan yang dicatatkan pasukan bimbingan Maurichio begitu penting untuk terus meneraju takhta liga Sepanyol yang kini semakin dihampiri musuh ketatnya Barcelona.

Pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan gagal dalam memperolehi gol awal sehingga menunggu minit 74 bintang sensasi Real Madrid akhirnya menemui sentuhan pemusnah apabila menjaringkan gol menerusi tandukan menewaskan penjaga gol lawan.

Karim Benzema pula terus mempamerkan kehebatanya apabila dengan mudah menewaskan penjaga gol Real Sporting melalui rembatan kencang untuk mengukuhkan kedudukan Real Madrid.

Real Sporting pula berjaya membolosi kekebalan Iker Casillas apabila sepakan yang cantik dari kotak penalti untuk merapat jaringan dengan pasukan tuan rumah.

Namun begitu sisa-sisa perjuangan Real Sporting berkecai apabila Ronaldo sekali lagi menjaringkan gol untuk memastikan Real Madrid menang selesa.

Barcelona yang bermain kemudian selepas Real Madrid turut mencipta kemenangan ke atas Levate 2-1 untuk turut mengekori Real Madrid.

Saturday, 14 April 2012

Jaguh Liga Sepayol : Jaringan hatrik Ronaldo

 Real Madrid melebarkan empat mata ke atas Barcelona setelah menang 3-0  ke atas Alterico Madrid semalam di Santiago Bernabeau.

Christino Ronaldo menjadi wira Real apabila mencipta hatrik untuk membantu pasukannya terus kukuh di persada La Liga. Ronaldo membuka jaringan awal melalui sepakan percuma yang menerjah jaring untuk menewaskan penjaga gol. Gol kedua juga melalui rembatan yang cantik dari luar kotak petak penalti untuk mengukuh kedudukan Real Madrid.

Kekasaran yang dilakukan oleh  pemain Alterico Madrid ke atas pemain Real Madrid dalam kotak penalti mengundang padah apabila pengadil memberikan Real Madrid sepakan penalti. Penyerang sensasi Portugal berjaya menyempurnakan sepakan penalti diikuti jaringan Callegon pada minit akhir.

Barcelona pula terus memberi tekanan kepada Real Madrid apabila meneruskan rentak kemenangan ke atas Genefa 3-0.

Jaguh bola sepak Liga Juara-Juara : Chelsea mara ke separuh akhir

The blues meneruskan rentak kemenangan dalam Liga-Liga Juara apabila menang tipis 1-0 ke atas Benifa untuk membawa bekalan selesa apabila bermain di tempat sendiri pada pusingan kedua. Chelsea menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila menewaskan Benifa 3-1 secara agregat 4-1 untuk mara ke separuh akhir bertemu Barcelona.

Pada masa pertama kedua-dua pasukan buntu dalam mendapat jaringan walaupun memperoleh beberapa peluang. Rentak permainan masa kedua lebih pantas apabila kedua-dua pasukan saling mengasak untuk mendapatkan gol awal. 

Namun Chelsea terlebih dahulu memperoleh gol awal apabila rembatan Lampark berjaya menewaskan penjaga gol Benifa. Benifa tetap tidak berputus asa akhirnya memperoleh gol apabila pemain gantian Andrian menyepak kencang daripada luar kotal penalti untuk merapatkan agregat. 

Terserentak dengan jaringan penyamaan tersebut Chelsea memperkemaskan permainan sehingga berjaya memperoleh gol kedua jaringan drogba dan jaringan ketiga daripada penyerang sensasi The Blues Fernando Torres meranapkan impian Benifa untuk ke separuh akhir. 

Thursday, 12 April 2012

Jaguh Tenis Terbuka Miami Sony Erikson: Djokovic dan Rawsda gah menumpas lawan di perlawanan akhir


Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic ternyata unggul apabila mudah menewaskan Andy Murray  6-0,
7-6 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Miami Amerika Syarikat.

Novak akhirnya menamatkan badi kekalahan dalam beberapa perlawanan sebelum apabila merangkul kejuaraan kedua dalam tahun ini selepas Kejohanan Grand Slam di Australia.

Pada set pertama Djokovic mempamerkan permainan yang menakjubkan apabila tidak memberi peluang kepada lawannya memperoleh sebarang mata. Malahan servis daripada pemain empat dunia Andy Murray pula dapat dibalas oleh Djokovic.

Dalam set kedua Djokovic dipaksa bekerja keras oleh Andy Murray apabila kedua-dua sering terikat mata  sehingga ke tie-break  sebelum muncul juara. Djokovic yang mendapat sokongan padu daripada penyokong  tidak mengecewakan peminatnya apabila menang dalam perlawanan tersebut.

Dalam bahagian wanita pula, Radswakha mengejutkan pemain pilihan Maria Sharapova 6-3, 6-5 untuk meraih kejuaraan di Kejohanan Terbuka Miami.

Pemain keempat dunia Radswaka berjaya menyerap segala tekanan pada awal perlawanan apabila mudah membuat kesilapan sebelum bangkit dalam beberapa set untuk menang bergaya dalam set pertama.

Dalam set kedua Radswada tidak memberi peluang kepada Sharapova untuk bangkit untuk mengikat perlawnaan apabila menggunakan kelebihan pukulan yang pantas untuk memastikan gelaran juara miliknya.

Sharapova pula meneruskan kemarau tanpa sebarang kejuaraan pada tahun ini apabila sekadar menjadi naib juara dalam beberapa kejohanan.

Dalam Kejohanan Tenis Terbuka Miami beberapa pemain terbaik dunia tewas mengejut pada peringkat awal seperti Roger Federer, Azarenka, Li Na dll.