Monday, 27 May 2013
Jaguh Tenis: Nishikori kejutkan Federer
Pemain berusia 23 tahun Kei Nishikori mencipta kejutan apabila menumpaskan juara bertahan Roger Federer 6-4 6-1 6-2 di pusingan ketiga Kejohanan ATP Terbuka Madrid.
Pada set pertama kedua-dua bermain dengan baik sehingga Federer membuat kesilapan apabila memberi satu set yang mengakibatkan tewas tetapi bangkit semula dalam set kedua apabila berjaya mengambil lima set daripada pemain Jepun untuk membawa ke perlawanan penentuan.
Dalam set ketiga Nishikori berjaya mencuri dua set permainan pemain nombor dua dunia Federer sekaligus mengecewakan bintang Swiss untuk mempertahankan gelaran.
Bintang muda Japan Nishikori membuat kejutan kedua dalam kejohanan tenis terbuka Madrid menewaskan pemain pilihan selepas kejutan terbesar dilakar pemain Bulgaria Dimitrov menumpaskan pemain nombor satu dunia Novak Djokavic. Kekalahan dua pemain teratas memberi lalu kepada jaguh tenis dari Sepanyol Rafael Nadal untuk merangkul gelaran pada tahun ini.
Sunday, 26 May 2013
Jaguh Piala Sudirman ; China menjulang Piala Sudirman kali ke-9
Tembok besar sukar digugat apabila mendominasi perlawanan akhir setelah menewaskan Korea Selatan 3-0 untuk meraih gelaran juara ke-9 Piala Sudirman menjadi negara yang terbanyak memenangi piala tersebut.
Korea terpaksa berpuas hati menggondol pingat perak manakala Thailand dan Denmark meraih gangsa selepas kedua-dua pasukan dikecewakan di separuh akhir.
Beregu campuran China Xu Chen-Ma Jin mudah menumpaskan beregu Korea Koo Sung-Kim Ha Na
21-13 21-15 . Xu Chen-Ma Ji membalas kepercayaan yang diberikan oleh ketua jurulatih Lee Yong Bo memilih mereka bermain di perlawanan akhir setelah mengenepikan rakan senegara yang juga juara olimpik Zhang Nan-Xiao Li apabila memberi mata pertama untuk China.
Pemain utama perseorangan China Chen Long hanya mengambil masa 48 minit untuk menumpaskan pemain muda Korea Lee Dong Kuen 21-15-21-10 untuk China selesa mendahului 2-0. Biarpun tumpas pemain berusia 22 tahun dapat memberi saingan kepada pemain kedua dunia Chen Long terutamannya set pertama tetapi gagal mengekalkan rentak apabila tewas mudah set kedua.
Beregu muda China Liu Xialong-Qiu Zhan memberi mata kemenangan apabila bertungkus-lumus menumpaskan beregu Korea yang juga pemain nombor dua dunia Lee Yong Dale-Ko Sung Hyun 21-19 21-17 sekaligus gagal memberi mata pertama untuk mengheret perlawanan keempat perseorangan wanita.
Liga Juara-Juara; Bayern menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara
Pemain tengah Arjun Robben muncul wira apabila ketenangan menjaring gol kedua menewaskan Borrusia Dortmund 2-1 untuk Bayern Munich menjulang kejuaraan Piala Juara-Juara Eropah .
Bayern menebus kehampaaan apabila tumpas kepada Chelsea tahun lalu di perlawanan akhir untuk merangkul kejuaraan kelima Liga Juara-Juara Eropah bagi kelab Jerman.
Godogun pula menjaring gol tunggal Dortmund melalui sepakan penalti setelah pemain Bayern Munich mengasari pemain Dortmund di kotak penalti. Dortmund sekali lagi kecewa kepada Bayern Munich selepas terlepas gelaran liga kepada lawan yang sama.
Jaguh Golf: Mannassero pemain termuda menjuarai PGA Eropah
Bintang golf Itali Matteo Manassero mencipta sejarah menjadi pemain termuda menjulang kejuaraan PGA Eropah di Wentworth dalam tempoh 58 tahun menewaskan pemain golf British Simon Khan dengan kelebihan 4 par.
Pemain berusia 20 tahun Massade mempamerkan permainan yang menakjubkan apabila berjaya melakukkan birdie dalam 25 ela untuk mengecewakan Simon yang pernah mengecapi kejayaan PGA Eropah tiga tahun pada tahun 2010.

Thursday, 9 May 2013
Jaguh Tenis ; Azarenka dan Radwaska tersingkir awal
Pemain nombor tiga dunia Victoria Azarenka yang kembali daripada kecederaan terpaksa tunduk kepada pemain bukan pilihan Ekarina Makarova 6-4 1-6 6-2 di pusingan kedua sekaligus mengakhiri rekod cemerlang yang dilakar bintang Belarus tahun ini.
Azarenka yang baru sembuh daripada kecederaan ternyata masih belum cergas sepenuhnya apabila gagal mengekalkan rentak kemenangan pada set pertama dan tewas dua set berikutnya. Malahan pemain berusia 24 tahun Azarenka juga hilang pertimbangan pada set penentuan hingga diberi penalti oleh pengadi
bmjl akibat menghentak raket dan kata-kata yang tidak elok yang dikeluarkan kepada pengadil.
Bekas pemain nombor satu dunia yang dua bulan berehat daripada kecederaan bergelut dengan kecergasan apabila terpaksa bermain dua permainan dengan tiga set sebelum tumpas kepada bintang Russia Makarova.
Sebelum itu, kejutan awal berlaku apabila pemain nombor empat dunia Agniska Radwaska tewas mengejut kepada pemain utama Great Britain Laura Robson secara straight-set 6-3 6-1 pada pusingan kedua di Kejohanan Tenis Terbuka Madrid.
Azarenka yang baru sembuh daripada kecederaan ternyata masih belum cergas sepenuhnya apabila gagal mengekalkan rentak kemenangan pada set pertama dan tewas dua set berikutnya. Malahan pemain berusia 24 tahun Azarenka juga hilang pertimbangan pada set penentuan hingga diberi penalti oleh pengadi
Bekas pemain nombor satu dunia yang dua bulan berehat daripada kecederaan bergelut dengan kecergasan apabila terpaksa bermain dua permainan dengan tiga set sebelum tumpas kepada bintang Russia Makarova.
Sebelum itu, kejutan awal berlaku apabila pemain nombor empat dunia Agniska Radwaska tewas mengejut kepada pemain utama Great Britain Laura Robson secara straight-set 6-3 6-1 pada pusingan kedua di Kejohanan Tenis Terbuka Madrid.
Wednesday, 8 May 2013
Jaguh Tenis Madrid; Djokovic tewas mengejut kepada Dimitrov
Novak Djokovic tewas mengejut di pusingan kedua kepada pemain kurang ternama dari Bulgari Grigor Dimitrov 7-6 7-6 3-6 di ATP Mutual Madrid.
Djokovic diberi saingan pada set pertama oleh Dimktrov hingga perlawanan dibawa ke tie-break yang memihak kepada Dimitrov 8-6 . Dalam set kedua kedua-dua pemain saling berkejaran mata biarpun pemain dari Serbia terpaksa menerima rawatan akibat kecederaan kaki yang pernah dialaminya sebelum ini belum pulih sepenuh. Apabila perlawanan bersambung Djokovic memastikan kemenangan 10-8 kepada biarpun sekali lagi terpaksa bermain tie-break untuk membawa ke perlawanan penentuan.
Dalam set ketiga ternyata memberi kelebihan kepada Dimitrov apabila berjaya merampas tiga set dari Djokovic untuk mara ke pusingan ketiga sekaligus kejayaan yang manis menumpas pemain nombor satu dunia Djokovic.
Ini merupakan kekalahan ketiga Djokovic musim ini setelah bermula dengan baik pada awal tahun mempertahankan gelaran grand slam di Australia. Pemain-pemain pilihan lain seperti Roger Federer selaku juara bertahan, Rafeal Nadal dan Andy Murray tidak menghadapi masalah untuk mara ke pusingan seterusnya.

Jaguh Badminton: Tiada dominasi badminton Super Series Terbuka India
Pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Super Series Terbuka India menyaksikan tiada dominasi sesebuah negara tetapi pemecahan kejuaraan yang dimenangi lima negara Malaysia, Jepun, Indonesia, Thailand dan Indonesia.
Beregu nombor dua dunia Tontavi Ahmad-Liyana Nasir yang merupakan pilihan pertama kejohanan menepeti ramalan apabila tidak menghadapi masalah menewaskan beregu campuran Korea Sung Ko-Ha Na Kim 21-16-21-13.
Dalam beregu wanita pula kebangkitan pasangan Jepun Mayuki Maeda-Sasuki Suesuna daripada kekalahan set pertama dan menang dua set berikutnya untuk melakar kejutan menewaskan pasangan beregu pilihan kedua kejohanan Christina Pedersen-Kamila Rytter Juhl 12-21 23-21 21-18 di perlawanan akhir Kejohanan Badminton Super Series Terbuka India.
Bintang perseorangan Thailand Ratchanok Intanon pula mengambil masa 45 minit untuk mengenepikan pilihan kedua kejohanan Julian Sanchek dari Jerman 22-20 21-14.
Ratchanok yang berjaya meninggalkan pemain Jerman dengan agak jauh sebelum terikat 20-20 mata tetapi bintang muda Thailand memastikan kemenangan pada set pertama dan mengekalkan aksi cemerlang pada set kedua untuk meraih kejuaraan di Badminton Super Series Terbuka India.
Beregu Lelaki yang mempunyai wakil tunggal China Liu Xianlong-Qiu Zihan menyelamatkan maruah negara tembok besar apabila terpaksa bekerja keras untuk menumpaskan pilihan kedua kejohanan beregu Korea Lee Yong Dale-Ko Hyun Soo 22-20 21-18.
Biarpun Korea, Jepun dan Eropah mempunyai dua wakil di pentas final tetapi gagal dimanfaat kelebihan tersebut. Korea dan Eropah agak tidak bernasib baik apabila tumpas kepada lawan masing-masing.

Jaguh La Liga: Misi mempertahankan rekod tanpa kalah di laman sendiri
Real Madrid kini memberi fokus untuk mempertahankan rekod tanpa kalah di laman sendiri sepanjang musim ini setelah hampir pasti kehilangan gelaran liga kepada Barcelona yang mendahului mereka dengan 11 mata dengan baki empat perlawanan lagi.
Skuad bimbingan Maurinho bakal menerima kunjungan Malaga pagi ini dengan misi mencari tiga mata penuh sambil mengharapkan Barca tewas dalam beberapa perlawanan untuk membolehkan mereka mengapai juara lal liga kali kedua.
Biarpun khabar angin tentang penghijrahan pengurus Portugal bertiup kencang dikaitkan dengan beberapa kelab ternama belum menemui kata putus sehingga musim ini berakhir tidak lama lagi. Maurinho mahu anak buah terus fokus kepada baki perlawanan yang tinggal dan mengabaikan tentang berita di luar padang.
Malahan Real Madrid masih berpeluang menjulang sekurang-kurang satu piala apabila mereka akan bermain di perlawanan akhir di Piala Copa de Ray menentang jiran mereka Altelico Madrid 17 Mei ini setelah mereka gagal mara ke final piala Juara-Juara tewas tipis kepada kelab dari Jerman Dortmund.

Subscribe to:
Posts (Atom)