Monday, 25 March 2013

Jaguh F1 : Vettel menyamai rekod lagenda Jackie Stewart

Juara dunia tiga kali Sebastian Vettel berjaya meraih gelaran sulung pada tahun ini dalam perlumbaan Formula Satu (F1) selepas muncul juara di Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang.

Hari gemilang bagi pasukan Red Bull apabila Mark Webber berada di tempat kedua di belakang rakan sepasukan untuk memberi kemenangan satu dan dua manakala Hamilton di tempat ketiga untuk meraih podium pertama dengan pasukan baru Marcedes.

Kemenangan ke-27 Vettel sepanjang karier membolehkan pemandu Jerman menyamai rekod lagenda Jackie Stewart.

Namun begitu, kemenangan Vettel menimbulkan kontrovosi apabila mengasak rakan sepasukan Webber yang berada di tempat pertama biarpun mendapat arahan daripada pasukannya untuk kekal di kedudukannya.

Vettel berjaya meraih tempat pertama dengan masa yang terpantas tetapi di pintas rakan sepasukan Webber ketika memasuki pit sebelum merampas kembali di pusingan ke-46 sebagai pendahulu seterusnya muncul juara.

Pemandu Lotua Kimi Raikkonen yang membuka kalendar Formula Satu di Australia sekadar di tempat keenam.

Jaguh All England: Tina Baeum muncul juara tertua di Kejohanan Seluruh England


 Tangisan kegembiraan Tine Baum selepas berjaya menewaskan bintang muda Thailand Rachanok Intanon 21-14, 16-21 21,10 untuk muncul juara tertua Kejohanan Seluruh England di Birmigham semalam.

Perlawanan yang menemukan dua generasi berbeza dalam perlawanan akhir perseorangan wanita dengan misi untuk merangkul gelaran Kejohanan Seluruh England terutamannya Ratchanok yang pertama kali berjaya ke perlawanan akhir di kejohanan badminton tertua ini.

Sebelum turun ke gelanggang juara tiga kali remaja dunia Ratchanok memiliki sedikit kelebihan apabila memenangi tiga pertemuan daripada empat perlawanan ke atas pemain Denmark Tine Baum .

Dalam set pertama langkah kanan di mulai oleh pemain berusia 33 tahun apabila berada di hadapan 11-8 yang mendapat sokongan padu di Birmigham seterusnya berjaya menang 21-14 pada set pertama.

Namun begitu dalam babak kedua situasi berlainan pemain muda Thailand beraksi lebih bertenaga di set kedua dengan mendahului 11-6 tetapi Tine tidak mudah berputus asa untuk mengejar mata yang agak besar di tinggalkan Ratchanok sehingga berjaya merapatkan mata 16-17 tetapi pemain muda Thailand menghalang kebangkitan Tine apabila berjaya merampas set kedua 21-16 untuk membawa ke perlawanan penentuan.

Dalam set ketiga Tine terpaksa menggunakan segala pengalaman untuk menewaskan pemain berusia 18 tahun berjaya mendominasi set terakhir apabila Ratchanok gagal menandingi rentak permainan serta membuat kesilapan mudah sekaligus Tine Baum merangkul gelaran ketiga di Kejohanan Seluruh England selepas melakar pada tahun 2008 dan 2011.

Ratu badminton Denmark membuat penampilan terakhir di Kejohanan Badminton Seluruh England dan arena badminton membuat keputusan untuk bersara untuk melanjutkan pelajaran dan menumpukan kepada keluarga. Namun Tine merupakan lagenda badminton Eropah yang cemerlang dengan memenangi pelbagai gelaran dalam sukan badminton meraikan pengakhiran perjalanan sebagai atlet sukan dengan kenangan manis di hadapan penyokong sendiri.



Monday, 18 March 2013

Jaguh All England: Kekentalan Tina Baeum




Tina Baeum ingin merangkul gelaran ketiga All England selepas bertungkus-lumus menewaskan pemain muda Korea Sang baek dalam tiga set 24-22,19-21,21-19 sebelum melangkah ke peringkat akhir.

Pada set pertama pemain nombor lima dunia sang Baek bermula dengan baik apabila berjaya mendahui Tina Baem yang kelihatan sedikit beremosi dalam permainan bagi penampilan terakhir dalam kejohanan tertua ini. Namun begitu, kesilapan yang dilakukan oleh pemain Korea yang agak selesa dihadapan lawan membawa padah apabila Tina berjaya mengutip mata demi mata sehingga berjaya mengikat mata 20-20 sebelum dimenangi oleh pemain Denmark.

Skrip yang sama berulang dalam set kedua apabila kali ini Tina Baem pula mendahului  Sang Baek tetapi tidak gagal mengekalkan momentum sehingga pemain Korea berjaya mengikat mata 18-18 sekaligus menang 21-18 untuk membawa ke set penentuan

Dalam set penentuan kedua-dua pemain lebih berhati-hati dalam permainan dan saling mengejar mata hingga Tina terlebih dahulu menjumpai mata ke-11 untuk berehat seketika bagi mendapat tip daripada jurulatih masing-masing. Permainan bersambung Sang Baeuk memperkemaskan permainan hingga memberi tekanan kepada Tina apabila berjaya mengikat mata 15-15. Daripada mata 15 kedua-dua pemain saling bergilir mendapat mata hingga pukulan Baeuk terkandas sekaligus memberi kemenangan berharga kepada pemain Denmark Tina








Jaguh Badminton: Dominasi China di terbuka Swiss

Jaguh badminton mendominasi perlawanan akhir di kejohanan badminton terbuka Swiss selepas mencatat tiga gelaran juara perlawanan akhir sekaligus membuktikan negara tembok besar China terus menguasai arena badminton.

Pesta kem badminton China bermula dengan dua jaguh China perseorangan lelaki turun menentang sesama sendiri yang di menangi oleh Wang Zhengming menewaskan rakan sepermainan Du Pengyu 21-18 21-18.

Perseorangan wanita China Wang Sixian terus memberi kegembiraan kepada negaranya apabila menumpaskan pemain muda Thailand Ratchanok 21-12 21-16 sekaligus menebus kekecewaanya di Kejohanan Seluruh England.


Beregu lelaki Biao Chai-Wei Hong menutup gelanggang dengan kejayaan ketiga kepada China selepas menumpaskan beregu Korea Lee Yong Dale-Sung Hyun Ko 21-16 21-18.

Namun begitu, beregu campuran Eropah Joachim Fischer Nilsen-Christina Pedersen menewaskan  beregu campura China Zhang Nan-Tan Jinhua 22-20 21-19  sekaligus menafikan  China untuk membolot semua kejuaraan kecuali dalam beregu wanita di dominasi oleh dua beregu Korea yang di menangi oleh Kyung Eun Jung-Ha Na Kim menewaskan rakan sepasukan Lee So Hee-Chin Chan Seong 23-21 21-16.

Beregu wanita Vivian-Khei Wei yang muncul wakil negara tunggal berjaya mara di separuh akhir teasrbuka Swiss terpaksa akur kepada beregu Korea Lee Chin Seong-Chin Chan Seong 16-21 19-21 tetapi wajar diberi pujian atas usaha kepada beregu negara yang tidak memberi laluan mudah ke pihak lawan.

Jaguh Bola Sepak: Malaysia mudah di tundukan Arab Saudi


Arab Saudi  menewaskan Malaysia 4-1 dalam perlawananan persahabatan yang berlangsung di stadium Shah Alam semalam.

Negara Timur Tengah telah membuka tirai pada minit ke-7 oleh Yousef Al Salem dan penyerang Yahya Al-Shelri menambah parah skuad negara dengan gol kedua untuk kekal dihadapan pada separuh masa pertama. Dalam babak kedua Malaysia berjaya memperolehi gol pertama hasil umpanan cantik Manaf Mamat yang dirembat kencang oleh pemain tengah Safiq Rahim tetapi Arab Saudi terus meranapkan impian pasukan negara dengan gol ketiga Naif Hazazi dan Hamdan Al- Hamdan turut mencipta nama sebagai penjaring sekaligus melengkapkan malam gemilang pasukan bimbingan Lopez Caro.

Ini merupakan kekalahan kedua pasukan negara dalam perlawanan persahabatan sebelum ini kecundang kepada pasukan Iraq 0-3. Jurulatih negara Rajagopal menjadikan perlawanan persahabatan Malaysia dengan AraB Saudi sebagai medan eksperimen dalam memilih pemain yang layak menyarung jersi Harimau Malaya dalam kelayakan Piala Dunia yang berlangsung di Doha..

Malaysia akan berhadapan dengan wakil Timur Tengah Yemen dalam kumpulan D pada hari Jumaat ini.

Jaguh Terjun: Pandelela merangkul pingat gangsa di Kejohanan Dunia

Ratu terjun negara Pandelala Rinong merangkul pingat gangsa dalam acara 10 meter papan anjal di Kejohanan Terjun Dunia yang berlangsung di Beijing China.

Bekas pemenang pingat gangsa di Olimpik, Pandelela memperolehi pungutan mata (337.35), pingat perak di menangi penerjun dari Kanada Meaghan Beagnito (362.25) dan pingat emas di rangkul juara olimpik selaku juara bertahan Chen Ruolin (403.75).

Penerjun berusia 22 tahun menyertai kejohanan terjun antarabangsa pertama selepas berehat panjang dari sukan olimpik di London akibat kecederaan pergelangan kaki hingga terpaksa melupakan Kejohanan Asia dan Kejohanan Universiti Asean

Kemenangan ini akan menyuntik semangat Pandelala untuk meraih kejayaan dalam sukan terjun di peringkat asia dan antarabangsa. Pandelela merupakan prospek pingat empat tahun lagi di Sukan Olimpik di Brazil selepas berjaya merealisasi membawa pulang pingat gangsa di Sukan Olimpik di London.

Selain itu, Pandelala bersama Cheong Jun Hoong sekadar di tempat kelima dalam acara 10 meter berirama akhir. Penuntut UM ini tidak berseorangan di Kejohanan Terjun Dunia apabila enam wakil negara berjaya melayakkan diri pada tahun ini.

Jaguh Hoki : Malaysia terpaksa akur kepada Australia


Malaysia terpaksa akur kepada jaguh dunia Australia apabila kecundang 2-3 di perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala  Azlan Shah semalam.

Pasukan negara terlebih dahulu membolosi gawang gol Australia hasil pukulan sudut penalti yang cemerlang disudahi oleh penyerang muda Faizal Ashaari. Dalam masa perlawanan tinggal beberapa minit untuk di tamatkan separuh masa pertama Australia memperolehi pukul sudut penalti dengan mudah ditolak oleh Nicholas Budgeon untuk menewaskan S.Kumar bagi meyamakan kedudukan 1-1. Gol tersebut seakan memberi semangat baru kepada pasukan Australia Craig Boyne meledak gol kedua untuk memberi kelegaan kepada pasukannya sebelum waktu rehat.

Babak kedua Malaysia mengasak kubu Austaralia untuk mendapatkan gol penyamaan akhirnya pada minit ke-49 Tengku Ahmad Tajuddin berjaya menjaringkan gol padang  menggamatkan lebih 15000 penonton yang hadir memberi sokong kepada pasukan negara di stadium Ipoh. Perlawanan seakan berkesudahan kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam 10 saat terakhir untuk perlawanan dibawa ke masa tambahan sebelum  Trent Millton muncul wira dengan pukulan kilas menewaskan S.Kumar sekaligus memberi kejuaraan ketujuh kepada Australia menjulang Piala Azlan Shah.

Pasukan bimbingan Paul Wellington telah melakukan yang terbaik dalam perlawanan akhir namun nasib tidak menyebelahi pasukan negara untuk mencipta sejarah menjulang pertama kali Piala Azlan Shah. Malaysia cemerlang dalam Kejohanan Piala Azlan Shah dengan empat kemenangan dan dua seri menjadi wakil tunggal dalam enam pasukan bertanding memiliki rekod bersih di pusingan kelayakan.

Dalam perlawanan klafikasi ketiga dan empat Korea Selatan mengecewakan juara bertahan tahun. lalu New Zealand 2-1. Gol dijaringkan oleh Hyun Hyen Song dan Nam Hyun Woo manakala jaringan tunggal All Black oleh Stephen Jennes.



Bagi perebutan tempat kelima dan keenam India menundukkan Pakistan 4-3 untuk tempat kelima. Penjaring gol India ialah Rupender Pal Sigh,(10,62)  Akasdeep Singh,(35) Malek Singh (43) manakala gol Pakistan dijaringkan Mohd Imran (8) dan Kashif Shah (46)

Pemain hoki Australia membantah keputusan pengadil memberi pukulan sudut penalti kepada Malaysia
Faizal Ashaari cuba menghalang pemain Australia daripada melepasi kubu Malaysia

Tengku Ahmad Tajuddin diraikan rakan sepasukan setelah menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat Australia

Jaguh Bola Sepak : MU menang, Man City tewas


Manchester United menang tipis 1-0  ke atas West Ham untuk kekal di puncak liga melebarkan 15 mata ke atas Manchester City yang tewas mengejut kepada Everton semalam.

Penyerang kontroversi Wayne Rooney menjaringkan gol tunggal perlawanan sudah cukup untuk memberi kemenangan berharga kepada The Red Devil yang bermain di laman sendiri Old Trafford. Namun begitu,berbeza pula kepada nasib yang dialami jirannya Man City tewas mengejut kepada Everton 2-0 menyukarkan pasukan bimbingan Roberto Mancini mempertahankan gelaran juara liga.

Jaguh Tenis: Nadal dan Sharapova bergelar juara di Indian Wells


Maria Sharapova mudah menewaskan Caroline Wonazski 6-2 6-2 di Kejohanan Tenis BNP Paribas sekaligus kejuaraan pertama pada tahun ini yang menemukan dua bekas pemain nombor satu dunia.

Kemenangan Sharapova di BNP Paribas membolehkannya melonjak ke ranking nombor dua dunia di belakang Serena Willliam minggu depan. Victoria Azarenka pula turun ke tempat ketiga selepas menarik diri dalam kejohanan BNP di sebabkan kecederaan ibu jari kaki.

Dalam perseorangan lelaki Rafael Nadal bangkit  menewaskan Juan de Potro 2-6 di perlawanan akhir untuk merangkul gelaran ketiga di ATP BNP Paribas Indian Wells Amerika Syarikat.

Bintang Sepanyol Nadal mempamerkan permainan rali yang menakjubkan untuk mematahkan servis Del Potro  bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menang dua set berikut. Ini merupakan gelaran keempat Nadal pada tahun ini selepas kembali semula ke gelanggang tenis pada bulan Februari akibat kecederaan lutut.

Nadal yang mencatat kemenangan ke-400 sepanjang penglibatan dalam sukan tenis akan melonjak ke ranking empat dunia minggu depan. Namun begitu, Nadal tidak akan mengambil bahagian di Kejohanan Tenis Miami Amerika Syarikat setelah di nasihatkan oleh doktor untuk memastikan kesembuhan lututnya berada dalam tahap yang terbaik.

Sunday, 17 March 2013

Jaguh La Liga: Real berpesta gol

Real Madrid berpesta gol di laman sendiri menewaskan Real Mallorca 5-2 meneruskan rekod cemerlang dalam La Liga yang kini di tempat kedua ketinggalan 10 mata kepada Barcelona.

Namun begitu, pasukan pelawat terlebih dahulu berjaya membolosi gawang Real hasil tandukan Alejandro Alfaro menewaskan Diego dan gol kedua pada minit ke-21. Real berjaya merapatkan jurang hasil jaringan penyerang Higuin dan bintang Portugal Cristiano Ronaldo menyamakan 2-2 kedudukan sebelum waktu rehat.

Dalam babak kedua pemain tengah Luka Modric merebat kencang untuk gol ketiga Real diikuti jaringan daripada keempat Karim Benzema untuk mengukuhkan kedudukan tuan rumah dan Gonzalo Higuin meneruskan pesta gol Real dengan jaringan kelima menggamatkan stadium Santiago Bernabeu.

Pengurus Galatasary Fatih Terim menyaksikan penuh minat perlawanan Real Madrid menentang Real Mallorca apabila pasukannya akan bertemu dengan Real Madrid di suku akhir di Liga-Liga Juara pada 3 April dan 9 April.



Jaguh F1: Raikkonen menjulang kejuaraan sulung GP Australia


Pemandu Lotus Kimi Raikkonen  menjulang kejuaraan sulung formula 1 musim ini yang membuka tirai di litar Melbourne Australia .

 Pemandu Ferrari Fernando Alonso tempat kedua 12.4 saat dan juara dunia tahun lalu dari Red Bull sekadar di tempat ketiga 9.8 ketinggalan dengan Raikkonen.

Bekas juara dunia Raikkonen mencatatkan kemenangan kedua di litar Melbourne selepas muncul juara pertama di Australia pada tahun 2007 ketika bersama dengan pasukan Ferrari.

Pemandu yang dikenali dengan gelaran 'ice man' dalam kalangan pemandu F1 memberi amaran awal kepada pelumba-pelumba lain jentera Lotus mampu bersaing dengan pengeluar yang hebat seperti Ferrari, McLaren dan Red Bull pada tahun ini.

Pemandu berusia 33 tahun Raikkonen menamatkan 58 pusingan dengan menukar dua tayar sahaja berbanding dua pesaing Fernando Aloso dan Sebastian Vettel dengan tiga.

Rakan sepasukan Alonso dari Ferrari Felippi Massa di tempat keempat dan Hamilton bersama pasukan baru Mercedes di tempat kelima dan keenam pemandu Red Bull Mark Webber.

 Litar Sepang di Malaysia destinasi kedua bagi pelumba-pelumba F1 dan peminat yang akan berlangsung minggu depan.

Fernando Alonso, Kimi Raikonnen dan Sebastian Vettel bergambar kenangan di atas podium GP Australia

Raikkonen menunjukkan kejuaraan pertama
                                           
Raikkonen mendapat ucapan tahniah daripada Sebastian Vettel







Jaguh Hok: Chua Boon Huat muncul wira menentang Korea


 Skuad hoki malaysia membuka tirai Piala Hoki Azlan Shah dengan kemenangan ke atas Korea Selatan 3-2 dalam perlawanan yang menarik semalam.

Penyerang veteran negara Chua Boon Huat muncul wira apabila menghasilkan dua jaringan yang pantas pada lewat permainan untuk memastikan kemenangan kepada pasukan negara.

Malaysia terlebih dahulu membolosi gawang Korea pada minit ke-21  hasil jaringan penalti korner disudahi dengan cemerlang oleh penyerang muda Faizal Ashaari. Namun begitu,Korea Selatan yang berada di ranking lebih baik daripada negara tidak berputus asa akhirnya berjaya menjaringkan dua gol tetapi terlewat untuk menghalang Malaysia meraikan kemenangan.

Dalam perlawanan lain Pakistan menewaskan New Zealand 4-3 dan Juara dunia Australia turut mencatakan kemenangan menumpaskan India 4-3. Malaysia akan berhadapan dengan juara bertahan New Zealand pada perlawanan kedua esok.

Jaguh Berbasikal: Malam gemilang skuad berbasikal negara di Delhi


Pada hari terakhir Kejohanan Berbasikal Asia di Delhi skuad berbasikal negara cemerlang dengan merangkul lima pingat emas semalam.Pelumba berbasikal negara, Josiah Ang memberi kilauan emas kedua kepada Malaysia dalam acara keirinn  menewaskan pelumba Iran Hassanati Nartapovi pada hari terakhir Kejohanan Berbasikal Asia di New Delhi semalam.

Josiah membuktikan  masih lagi berbisa apabila berjaya mengekalkan gelaran juara keirin dua tahun berturut-turut yang di menangi di Kejohanan Berbasikal Asia di Kuala Lumpur. Ini merupakan emas kedua pelumba veteran negara, Josiah Ang berjaya merangkul pingat emas yang pertama dalam acara pecut.

Fatehah Mustafa membuka malam gemilang skuad berbasikal apabila mencipta sejarah pelumba berbasikal wanita pertama yang memenagi pingat emas dalam acara pecut setelah menewaskan pelumba China Shi Jinjing.

Kemenangan ini merupakan hadiah berharga kepada pelumba Terengganu yang meraikan ulang tahun ke-23 semalam. Namun begitu, Fatehah tewas kepada pelumba China Shin Jinjing pada pusingan pertama sebelum bangkit pada set kedua untuk kejuaraan di tentukan pada pusingan penentuan.

Fatehah yang agak kecewa apabila gagal mempertahan kejuaraan dalam acara keirin terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa setelah tumpas kepada pelumba Hong Kong Lee Tze Ser.

 Pelumba remaja Mohd Firdaus Mohd Zonis melakar kejutan apabila merangkul tiga pingat emas dalam acara keirin, pecut dan ujian masa di Kejohanan Berbasikal Asia di India. Permata baru trek Firdaus membuat kejutan ketika skuad negara lebih menumpukan pelumba elit seperti Azizulhasni Awang, Josiah Ang dan Fatehah Mustafa.

Dalam kejohanan berbasikal Asia di India skuad berbasikal negara cemerlang dengan tujuh emas,tiga perak dan tujuh gangsa. Skuad berbasikal trek negara mencatatkan kecemerlangan yang pertama di kejohananan berbasikal Asia.

Jaguh All England: Chen Long meranapkan impian Lee Chong Wei cipta hatrik di All Englang




Chen Long merangkul gelaran All England yang pertama selepas menumpaskan Lee Chong Wei sekaligus meranap impian pemain perseorangan negara untuk mencipta hatrik di  Kejohanan All England yang berlangsung di stadium tertutup Arena.

Pemain nombor dunia Chen Long bermula dengan bergaya meninggalkan  Lee Chong Wei 7-0 sebelum pemain negara memecah kebuntuan untuk mendapat mata pertama 1-7 . Chen Long memastikan terus mendahului pemain negara apabila terlebih dahulu sampai ke angka 11-1 sebelum berehat. Chen Long yang turun ke gelanggang dengan lengan berbalut tidak membiarkan kecederaan menganggu permainan  terus mendahului pemain negara 11-1 sebelum rehat.


Namun pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei tidak berputus asa memperkemaskan corak permainan  hingga merapatkan mata 10-15 ketika bintang muda China Chen Long kerap membuat kesilapan mudah. Chen Long yang terleka berada di hadapan sehingga pemain negara berjaya merapatkan mata 13-17 tetapi pemain kedua China ini memastikan menang set pertama untuk menghalang kebangkitan Lee Chong Wei.

Dalam babk kedua skrip sama berulang kepada pemain negara Lee Chong Wei yang bermula buruk ketinggalan 6-11 kepada bintang China Chen Long. Kedua-dua pemain terbaik dunia mempamerkan permainan yang bermutu tinggi dalam perlawanan akhir. Lee Chong Wei mengurangkan kesilapan di set kedua terus mengutip mata sehingga berjaya mengikat mata 14-14 dengan Chen Long.

Lee Chong Wei yang mengutip lima mata berturut-turut sehingga berjaya berada di hadapan kali pertama di set kedua tetapi pemain China Chen Long segera mendapatkan mata penyamaan. Selepas itu kedua-dua pemain terikat beberapa kali tidak membenarkan satu sama lain melebarkan jurang mata dengan permainan rali dan jaring berkelas dunia ditunjukkan dua jaguh dunia ini.

Walau bagaimanapun Chen Long memastikan gelaran All England menjadi miliknya setelah pukulan bekas juara bertahan Lee Chong Wei terkandas di jaring di sambut  dengan tangisan oleh Chen Long.



l

Jaguh Hoki: Malaysia selangkah untuk bergelar juara


Pasukan Hoki Malaysia mengekalkan rekod bersih sepanjang kejohanan Piala  Sultan Azlan Shah selepas mencatat keputusan seri 2-2 dengan India dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan semalam.

Malaysia yang turun berhadapan India tanpa tekanan selepas berjaya melayakkan diri dalam perlawanan akhir selepas juara dunia Australia menewaskan juara bertahan tahun lalu New Zealand 3-2 sekaligus memberi tiket automatik kepada negara ke pentas final.

Malaysia terlebih dahulu membuka tirai jaringan daripada penyerang muda Faizal Asharri pada minit ke-6 hasil  pukulan sudut penalti. Namun begitu, India berjaya menyamakan kedudukan 1-1 juga melalui sudut penalti yang berjaya di jaringkan oleh pakar sudut penalti Runder Singh. Kedua-dua pasukan terikat sehingga separuh masa pertama.

Dalam babak kedua kedua-dua pasukan saling menyerang untuk mendapatkan gol kedua, namun India terlebih dahulu berjaya menenbusi gawang gol Malaysia hasil serangan kilat yang di jaringkan penyerang India Mander Sigh mudah menewaskan Roslan Jamaluddin. Dalam minit terakhir perlawanan Malaysia berpeluang menyamakan kedudukan selepas pukulan bola hoki Faizal Ashaari badan mengenai salah seorang pemain India menyebabkan pengadil memberi pukulan penalti kepada Malaysia biarpun pasukan India membantah.

Penyerang yang berkelana di liga hoki India, Faizal Ashaari  di beri tanggungjawab oleh rakan sepasukan mengambil pukulan penalti dengan tenang pemain berusia 23 tahun ini menyumbat masuk gol kedua Malaysia mengamatkan 15 ribu penonton yang hadir di stadium hoki Azlan Shah.

Malaysia akan bertemu sekali lagi dengan Australia dalam perlawanan merebut Piala Azlan Shah selepas kedua-dua pasukan hanya seri dalam peringkat kumpulan.  Anak-anak buah Paul Wallengton berpeluang mengakhiri kemarau Malaysia menjulang Piala Azlan Shah sekirannya menewaskan juara dunia Australia pada hari Ahad ini.

Jaguh Tenis : Sharapova vs Wonazski


Maria Sharapova mudah ke pentas final kejohanan tenis India Wells apabila menumpaskan rakan senegara Maria Kalianaov 6-4 6-3 untuk bertemu dengan Caroline Wonazski.

Dalam set pertama Sharapova mendapat sedikit tentangan daripada Kirilenko namun bintang Russia tidak memberi peluang kepada rakan senegara bangkit apabila menang. Kirilenko yang cemerlang dalam kejohanan WTA  di India Wells apabila mengejutkan pemain keempat dunia Agnieska Radwaska di pusingan keempat dan mengecewakan juara terbuka Dubai Petra Kvito di suku akhir gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tumpas kepada rakan senegara Maria Sharapova.

Namun begitu, Wonazki pula terpaksa berhempas pulas di separuh akhir untuk menewaskan pemain nombor lima enam dunia Kerber 2-6, 7-5 6-4 dalam perlawanan yang berlangsung 2 jam 31 minit untuk mara ke perlawanan akhir.

Bekas pemain nombor satu dunia, Wonazski yang memperolehi kemenangan percuma daripada rakan karibnya merangkap pemain nombor dua dunia Victoria Azarenka akibat kecederaan lutut bangkit daripada kekalahan set pertama untuk memastikan melangkah ke slot perlawanan akhir pada hari Ahad ini.

Kedua-dua pemain menunjukkan mutu permainan tenis yang berkelas dunia hingga menghiburkan penonton yang hadir di Indian Wells. Dalam set pertama Kerber ternyata mudah menewaskan Wonazski apabila berjaya mengambil dua set lawan.

Babak kedua pula situasi berbeza, pemain berusia 22 tahun ini bangkit daripada ketinggalan 2-0 kepada Kerber sebelum menang untuk mengheret perlawanan ke set penentuan. Namun set penentuan juara pada tahun 2011 Wonazski berupaya menamatkan perlawanan awal apabila berada di hadapan 4-1 Kerber tetapi gagal menggunakan peluang tersebut. Bintang Jerman, Kerber pula bangkit daripada ketinggalan akibat kesilapan memberi tiga set kepada lawan  menebus apabila berjaya menyamakan mata 4-4 dalam perlawanan yang menarik.


Wonazki mempamerkan kekuatan mental apabila memastikan kemenangan untuk menempah ke final . Ini merupakan perlawanan yang terbaik di pamerkan oleh kedua-dua pemain dalam Kejohanan Tenis di India Wells dan semangat juang yang tinggi daripada Wonazski dan Kerber untuk meraih kemenangan.

Jaguh Tenis: Nadal bertemu Del Potro di final


Rafael Nadal cemerlang di perlawanan pertama ATP di India Wells apabila melangkah ke perlawanan akhir selepas mudah mengenepikan Tomas Berdacyh 6-4 6-2 di separuh akhir.

Bintang Sepanyol Nadal yang masih belum sembuh sepenuhnya membuktikan dirinya bersedia untuk kembali semula dalam arena tenis selepas berehat lapan bulan tahun lalu akibat kecederaan. Dalam perlawanan klasik antara dua pemain tenis terbaik dunia antara Nadal dan Roger Federer.

Federer yang turun selaku juara bertahan dalam perlawanan ini tidak mampu menghalang kebangkitan Nadal apabila tumpas dengan straight-set  6-5 6-3 merupakan kegagalan kedua bintang Swiss untuk mempertahan kejuaraan selepas di Kejohanan Tenis Dubai.

Dalam separuh akhir kedua bintang Argentina Del Potro meleburkan rekod kemenangan pemain nombor satu dunia Novak Djokovic yang bangkit daripada set pertama untuk menang 4-6 6-4 6-4 untuk ke perlawanan akhir menentang Rafael Nadal.

Bintang Serbia Djokovic yang cemerlang dengan rekod kemenangan 21-0 pada tahun lalu sehingga merangkul dua gelaran pada tahun ini di Kejohanan Tenis Grand Slam Australia dan Dubai gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas mengejut kepada pemain nombor tujuh dunia, Del Potro.

Pemain berusia 26 tahun Del Potro cemerlang dalam di Kejohanan India Wells apabila berjaya menumpaskan dua pemain terbaik dunia sebelum ini menewaskan pemain nombor tiga dunia Andy Murray 4-6 7-6 6-3 di suku akhir.


Sunday, 10 March 2013

Jaguh La Liga 2013: Real Madrid menang lagi


Real Madrid meneruskan rentak kemenangan kedua berturut-turut ke atas Barcelona dalam seminggu kali ini menumpaskan Barca dalam La Liga 2-1 di stadium Santiago Barnebeteau.

Pengurus Real Mauricio merombak barisan pemainnya dalam pertemuan kedua  dengan Barcelona apabila menurunkan barisan kedua yang diketuai oleh Benzema dan Kaka sebagai kebelasan pertama malam ini. Walau bagaimanapun pemain yang diturunkan membalas kepercayaan yang diberi oleh pengurus mereka apabila berjaya membuka tirai jaringan hasil hantaran cantik Morita di dalam kotak penalti untuk di tampan dengan mudah oleh penyerang Real Karim Benzema pada minit ke-6 tetapi penyerang terbaik dunia, Lionel Messi melenyapkan kegembiraan Real apabila melepasi perangkap off-side dengan tendangan yang kencang menewaskan penjaga gol Sergio Raul untuk mengikat 1-1 sehingga rehat.

Separuh masa kedua penyerang sensasi Real Ronaldo dimasukkan untuk menguatkan barisan serangan, sentuhannya hampir memberi gol kedua kepada pasukan tuan rumah tetapi di gagalkan oleh penjaga gol Barca.

Pencaturan Mauricio ternyata berhasil apabila beberapa percubaan yang berjaya dihasilkan oleh anak buahnya ke kubu lawan hanya kecekapan penjaga gol yang menghalang Real untuk memperolehi gol kedua.C.Ronaldo juga mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol terutamanya melalui sepakan percuma namun dihalang dengan kepantasan penjaga gol Barca yang menyelamatkan pintu golnya dibolosi.

Namun begitu, kekebalan kubu The Catalan akhirnya berjaya dibolosi oleh Real hasil tandukan cantik kapten Real Sergio Ramos untuk gol kedua pasukannya yang disambut gembira oleh seluruh penyokong Real.

Barcelona cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan biarpun Sanchez telah dijatuhkan dalam kotak penalti tetapi pengadil tidak memberi sepakan penalti menyebabkan beberapa pemain Barca tidak berpuas hati biarpun perlawanan telah tamat sehingga penjaga gol Barca dilayangkan kad merah.

Saturday, 9 March 2013

Jaguh All England: Ratchanok mengejutkan Saina Nehwal untuk ke final





Bintang muda Thailand Intanon Ratchanok  melakar kejutan ke atas pemain nombor ketiga dunia,Saina Nehwal apabila menang straight-set 21-15,21-19 untuk melangkah pertama kali ke final di All England.


Ratchanok mencipta sejarah sebagai pemain pertama Thailand yang menjejak kaki ke pentas akhir di Kejohanan All England sekaligus berpeluang untuk merangkul kejuaraan setelah kuasa besar China tiada wakil di separuh akhir pada kejohanan tertua tahun ini.

Pemain berusia 18 tahun membuka langkah kanan setelah menang set pertama apabila permainan pantas dan agresif berjaya memerangkap bintang India Saina Nehwal yang kelihatan tertekan dengan permainannya yang serba tidak menjadi di set pertama.

Ratchanok tidak memberi peluang kepada Saina bangkit di set kedua apabila terus berada di hadapan sehingga pemain India Saina membuat pukulan terkandas di jaring untuk memberi mata kemenangan kepada pemain Thailand.


Jaguh All England: Lee Chong Wei menghampiri gelaran ketiga di All England







Datuk Lee Chong menepati ramalan selepas mara ke perlawanan akhir apabila mudah menewaskan pemain muda Thailand Tanongsak 22-21,21-8 sekaligus menghampiri gelaran ketiga Kejohanan All England.


Pemain utama perseorangan negara, Lee Chong Wei diberi sedikit tentang pada set pertama oleh  Tanongsak dengan permainan yang pantas dan rali yang menarik dari kedua-dua pemain sehingga terikat  20-20 sebelum dimenangi Lee Chong Wei.

Dalam set kedua pemain nombor satu dunia  bermain dengan agresif dan pantas menyebabkan Tanongsak tidak berjaya mengikut rentak permainan pemain negara memberi kemenangan mudah kepada Lee Chong Wei  yang mendapat sokongan padu daripada peminat Malaysia yang berada di stadium Arena,London.

Lee Chong Wei dijangka bertemu dengan pemain nombor dua dunia dari China Chen Long yang akan turun sebentar lagi menentang pemain muda dari Denmark Jorgesen di separuh akhir.

Jaguh All England Lee: Chong Wei wakil tunggal di All England

Datuk Lee Chong menjadiwakil tunggal negara yang masih meneruskan cabaran di Kejohanan All England setelah mengenepikan pemain Taiwan 21-15 21-17 dalam masa 34 minit untuk bertemu dengan pemain muda Thailand


Namun begitu, kejayaan pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei gagal diikuti tiga pasangan beregu apabila terkandas di suku kepada lawan masing-masing.

Beregu kedua negara Boon Hiew-Khee terpaksa tunduk kepada beregu berpengalaman Indonesia Mohd Ahsan-Hendra Setiawan 21-12,21-16 manakala bekas beregu negara yang kini bermain dengan kelab KLRC  Mohd Zakry Latif-Mohd Fairuzizuan pula tumpas di  gandingan baru beregu China Xianlong Liu-Zihan Qiu juga straight-set 12-21,10-21.

Malah hari suram terus berlaku kepada kem Malaysia apabila beregu wanita Vivian-Wei Voon yang mengejutkan pasangan Korea semalam kecundang kepada beregu Jepun Miyuka Maeda-Satoko Suetsuna 16-21 13-21 yang menduduki ranking lebih baik daripada beregu negara.

Friday, 8 March 2013

Jaguh All England: Saina Nehwal dipaksa berhempas pulas sebelum ke separuh akhir



Saina Nehwal terpaksa berhempas-pulas sebelum mara ke peringkat separuh akhir menewaskan pemain China Wang Sixian 23-21-19-21,21-15 pagi tadi .

Pemain nombor tiga dunia ini bermula dengan baik pada set pertama dengan permainan yang agresif sehingga mematikan langkah pemain perseorangan ketiga China Wang Sixian, biarpun kedua-dua pemain saling berkejaran meraih mata sebelum dimenangiSaina Nehwal.


Pada set kedua permulaan yang buruk daripada Saina apabila ketinggalan 1-5 kepada pemain pilihan keenam kejohanan, Namun begitu, Saina terus memperkemas permainan dan berjaya mengikatkan mata 8-8 sebelum Wang Sixian memperolehi mata ke-11 untuk berehat seketika bagi mendapatkan tip-tip terbaru daripada jurulatih masing-masing. Skrip  pertama seakan berulang dalam set kedua apabila kedua-dua pemain saling berkejaran mata dan terikat beberapa kali sebelum dimenangi Wang Sixian untuk membawa permainan ke set penentuan.

Pada set ketiga kedua-dua pemain bermula dengan baik sehingga Saina berjaya menjarakkan mata 11-7 dengan Wang Sixian. Bintang India Saina  bermain dengan agak  pantas pada set ketiga dan berjaya memerangkap pergerakan pemain China untuk memastikan kemaraan ke peringkat separuh akhir di Kejohanan All England.

Jaguh Le Tour de Langkawi: Gelaran Raja Pecut milik Ferdasco Chicci

Pelumba Vinnci, Francesco Chicci  menutup Le Tour de Langkawi dengan kenangan manis apabila menjadi juara peringkat terakhir di Kuala Terengganu sekaligus merampas jersi biru Raja Pecut di tangan Andre Guardini.

Kejayaan  pelumba Fantini Sella Italia mengukir nama sebagai Raja Pecut pada edisi kali satu kebanggaan kepada pelumba kelahiran Itali ini. Malahan Chicci juga berjaya menyekat hasrat bekas pelumba Fantini Guardini untuk mencipta hatrik kali ketiga merangkul gelaran Raja Pecut di Le Tour de Langkawi.

Francesco Chicci sangat berterima kasih kepada rakan sepasukannya yang berusaha keras dalam pelumbaan terakhir ini dengan membalas apabila berjaya meraih podium dan merangkul gelaran Raja Pecut.

Jaguh Le Tour de Langkawi : Arredondo juara Le Tour de Langkawi edisi-13


Pelumba Columbia, Julian Arredondo dinobatkan juara keseluruhan Le Tour de Langkawi  edisi ke-13 yang melabuh tirai di Kuala Terengganu.

Julian yang merampas jersi kuning daripada pelumba Hengxiang Wang Meiyin ketika menang bergaya secara solo di Genting Highland dan semenjak daripada itu pelumba ini terus mengekalkan jersi kuning ini sehingga ke peringkat terakhir di Le Tour de Langkawi.

Kejayaan pelumba Nippo de Rosa Arrendondo memperlihatkan penguasaan jaguh pelumba pendakian edisi sebelum ini dalam  LeTour de Langkawi  biarpun pihak penganjur telah membuat perubahan dari segi peringkat untuk membolehkan pelumba bersaing dalam perebutan jersi kuning tidak muthlak menjadi milik pelumba yang berjaya di puncak Genting Highland.

 MTQ,Qhubeka muncul juara berpasukan keseluruhan  Le Tour de Langkawi apabila mengenepikan pasukan Tabriq Petrochemical dan Androni Giocattoli di tempat kedua dan ketiga.




Jaguh Liga Juara-Juara: Ronaldo singkirkan MU dalam UEFA





Real Madrid menyingkirkan Manchester United dari Liga Juara-Juara Eropah untuk mara ke suku akhir dalam perlawanan yang di warnai dengan drama layangan kad merah kepada Nani dan gol sendiri kapten Real Madrid Sergio Ramos di Old Trafford.

Perlawanan pusingan kedua UEFA  mempertemukan dua kuasa besar bola sepak Real Madrid dengan Manchester United setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan pertama di Santiago Barnebau. Dalam pusingan kalah mati ini dua misi berbeza kedua pasukan Real mesti menang dalam pertemuan ini manakala MU hanya perlu seri untuk mara ke pusingan seterusnya.

Separuh masa pertama menyaksikan persembahan yang hambar daripada kedua-dua pasukan apabila gagal menghasilkan gol biarpun beberapa peluang diperolehi terutamannya kepada gergasi England biarpun Real menguasai perlawanan.

Namun dalam babak kedua perlawanan pula drama berbeza pada minit ke-48 kapten Real Sergio Ramos yang baru menjulang pasukannya menewaskan Barca membuat kesilapan besar menjaringkan gol sendiri setelah berlaku kelam-kabut dalam kotak penalti menceriakan penyokong Red Devil untuk MU mendahului 1-0 secara agregat 2-1.


Terserentak dengan jaringan itu, Real memperkemaskan rentak permainan untuk memperoleh jaringan penyamaan secepat mungkin untuk memastikan masih dalam persaingan untuk merebut slot lapan pasukan terbaik dalam Liga Juara-Juara.


Dalam keghairahan kedua-dua pasukan menyerang,  MU dikejutkan dengan  layangan kad  merah oleh pengadil  dari Turki Cuneyt Cakir kepada pemain tengah MU Nani dalam pertembungan merebut bola di udara dengan Alvaro Arbeloa  telah mengubah seluruh permainan  pasukan bimbingan Alex Ferguson yang terpaksa bermain dengan 10 pemain dalam perlawanan yang masih berbaki 33 minit.

Bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho memanfaat situasi dengan lawan kehilangan seorang pemain  dengan memasukkan bintang Croatia  Luka Modric untuk mempertajamkan barisan serangan Real yang diketuai bekas pemain MU Cristiano Ronaldo. Percatuan ini ternyata menjadi apabila Modric berjaya meledak gol pertama Real hasil rembatan  yang cantik dari kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol  Dea Gea.  Kapten Portugal, C.Ronaldo mengecewakan ribuan penyokong The Red Devil apabila menjaringkan gol kedua Real pada minit ke-68 sekaligus memberi kelebihan kepada The Blanco 2-1 agregat 3-2.



Mourinho berkata '' MU bermain dengan baik dengan melancarkan serangan yang agresif dan bersedia dari segi mental dan fizikal bermain di hadapan ribuan penyokongnnya menyukarkan Real untuk membolosi kubu mereka pada separuh masa pertama''.

'' Saya mengambil keputusan memasukan Modric pada masa kedua kerana pemain ini mungkin akan membawa perubahan  kepada corak permainan Real untuk menghasilkan beberapa peluang jaringan kepada pasukannya''katanya ketika perlawanan berakhir di Old trafford.

''

MU terdesak untuk mendapatkan gol penyamaan walaupun beberapa peluang berjaya diperolehi oleh pasukan tuan rumah terutamannya kepada penjaring terbanyak liga Inggeris Van de Persi dan Wayne Rooney tetapi di gagalkan dengan ketangkasan penjaga gol Real Diego Lopez.






Sumber Skysport

Jaguh Liga Juara-juara: Cristiano Ronaldo beremosi di Old Trafford






Cristiano Ronaldo mengucapkan selamat tinggal kepada kelab lamanya apabila  Manchester United tersungkur kepada Real Madrid dalam merebut tiket suku akhir Liga Juara-Juara di Old Trafford pagi tadi.

Kapten Portugal  C.Ronaldo yang menjejak kaki pertama kali di Old trafford sejak meninggalkan kelab lamanya MU  untuk berhijrah ke Real Madrid agak bergelut untuk mendapatkan rentak permainan pada separuh masa pertama mungkin sedikit beremosi terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong Red Devil dan rakan lamanya di stadium yang cukup dikenalinya. Pada separuh masa pertama berakhir dengan seri setelah kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol.

Ronaldo yang bermain bersama MU dari 2003 hingga 2009 sebelum berhijrah ke liga Portugal untuk mewakili Real Madrid dengan nilai perpindahan 80 Million kini terpaksa berhadapan dengan kelab lamannya MU di pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Dalam separuh masa kedua Real bangkit daripada ketinggalan kepada MU hasil gol sendiri kapten Real Sergio Ramos yang tertampan ke gawang sendiri akibat kelam kabut dalam kotak penalti. Bekas pemain Tootham spur Luka Modric yang dibawa masuk oleh Maurinho memberi impaks kepada pasukan yang di gelar The Blanco untuk meledak gol cantik dari kotak penalti menewaskan penjaga gol untuk menyamakan kedudukan 1-1

Real terus ceria apabila penyerang  C.Ronaldo berjaya menjaringkan gol kedua sekaligus mengecewakan ribuan penyokong The Red Devil untuk melihat pasukan bimbingan Alex Ferguson ke suku akhir Liga Juara-Juara. Walaupun C.Ronaldo muncul wira menjaringkan gol kemenangan Real tetapi jelas tiada riak kegembiraan di wajah pemain Portugal ini mungkin menghormati kelab lamanya Manchester United.

Real meneruskan rentak kemenangan mereka setelah berjaya melayakkan diri ke suku akhir Liga Juara-Juara  mengenepikan gergasi Inggeris MU di Old Trafford sebelum ini menewaskan Barcelona dalam La Liga dan Piala Raja Sepanyol.

Penulis berharap penyokong MU menerima kekalahan ini hati terbuka dan tidak menyalahkan C.Ronaldo yang menyebabkan MU terkeluar dari saingan Liga Juara-Juara. Penulis mengerti C.Ronaldo sendiri mengalami kesukaran untuk mengekpresi jaringan tersebut di hadapan penyokong yang pernah memuja namanya pada masa dahulu sebagai pemain Manchester United. Pada satu sisi Ronaldo gembira berjaya membantu Real ke peringkat seterusnnya dalam Liga Juara-Juara dan sedih melihat kelab lamanya terkandas di pusingan kedua.  Ini adalah adat permainan ada yang menang dan kalah, penyokong mesti menerimanya biarpun susah melihat pasukan kesayangan kita tersungkur.























Thursday, 7 March 2013

Jaguh Tenis: Gelaran Dubai milik Djokovic


Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic meneruskan rentak kejayaan apabila muncul juara di Kejohanan Tenis Terbuka Dubai selepas menewaskan bintang Republik Cech Tomas Berdych 7-6,6-3.

Bintang muda berusia 22 tahun ini hanya menghadapi sedikit tentangan daripada pemain pilihan keenam Berdaych pada set pertama apabila perlawanan terpaksa ditentukan di set tie-break selepas kedua-dua pemain terikat 6-6 yang berjaya di menangi Djokovic.

Pada set kedua, Berdych yang mengejutkan pemain nombor dua dunia, Roger Federer ternyata tidak mampu menandingi  Djokovic pada set kedua apabila tumpas mudah sekaligus kemenangan kedua bintang Serbia pada tahun ini selepas mempertahankan gelaran Grand Slam di Australia.

Jaguh All England:; Lee Chong Wei ketuai cabaran di All England di suku akhir





Pemain utama negara, Lee Chong Wei mengetuai cabaran negara di Kejohanan All England apabila mudah ke suku akhir menewaskan pemain China Wang Zhengming 21-17, 21-19 di pusingan ketiga yang berlangsung di stadium  Arena.

Peluang Lee Chong Wei untuk memperolehi gelaran ketiga All England nampak cerah setelah ketiadaan bintang China Lin Dan pada edisi kali ini tetapi China masih mempunyai dua pemain perseorangan  Chen Long  dan Chen Jin turut mara ke suku akhir sekaligus boleh menyekat hasrat pemain negara untuk maraih kejuaraan di All England.

Selain Lee Chong Wei tiga beregu negara berjaya mengikut jejak pamain perseorangan negara ke pusingan seterusnnya iaitu beregu lelaki kedua negara Hoon Thiew How -Tan Wee Keong, beregu naungan KLRC  Mohd Zakri Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan dan beregu wanita Vivian -Khe Wei yang mengejutkan kita dengan persembahan yang menakjubkan pada kejohanan All England kali ini.

Namun begitu di sebalik kegembiraan terdapat kedukaaan dalam kem negara apabila dua beregu harapan negara yang turun selaku pemain kedua dunia Koo Keat -Tan Boon Heong tersingkir di pusingan kedua mengulangi skrip All England tahun lepas apabila tumpas dengan pasangan terjun Thailand Maneepong Jongjit-Nipitphon Puangpuapech 18-21, 17-21 dalam masa 34 minit. Beregu campuran utama negara Peng Soon-Liu Ying turut terkandas di pusingan kedua setelah tewas kepada beregu bukan pilihan Indonesia Fran Kurniawan-Shendy Puspa Irawati15-21-17-21.

Saturday, 2 March 2013

Jaguh Bola Sepak: Kagawa mengegar Old Trafford


Shinji Kagawa mengegar Oldtraford apabila meledak tiga gol semalam menumpaskan Norwich City 4-0 untuk Manchester United gah di persada liga.

Penyerang Jepun Kagawa membuka tirai jaringan pada masa tambahan apabila mendapat hantaran cantik daripada Wayne Rooney untuk meletakkan MU di hadapan 1-0 sebelum rehat .

Malam ini ternyata milik Kanagawa apabila terus menceriakan penyokong MU apabila menjaringkan gol kedua juga hasil gerakan  menarik  Rooney untuk penyerang Jepun terus mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-76. Kagawa terus cemerlang apabila menjaringkan gol ketiga MU untuk mengukuhkan kedudukan pasukannya di hadapan Norwich City 3-0

Penyerang England  W.Ronney menambah parah Norwich City apabila menjaringkan gol keempat MUpada minit terakhir perlawanan seterusnya melengkapkan malam gemilang pasukan bimbingan Alex Ferguson.

MU kini gah di persada liga Inggeris dengan kelebihan 15 mata kepada Manchester City di tangga kedua dan Chelsea.

Jaguh Tenis : Roger tersingkir Djokovic di final

Juara bertahan  Roger Federer  tersingkir di kejohanan Tenis Terbuka Dubai apabila dikejutkan  pemain pilihan keenam Tomas Berdacyh 6-3, 7-6, 6-5 di separuh akhir semalam.

Bintang Swiss ini bermula dengan baik apabila menang mudah di set pertama 6-3 tetapi gagal meneruskan rentak di set kedua apabila tewas dalam permainan tie-break yang memihak kepada pemain Republik Cech 7-6 untuk membawa perlawanan ke set penentuan.

Dalam set ketiga kedua-dua pemain terikat 2-2 sehingga Federer membuat kesilapan apabila memberi set kepada lawan apabila melakukan banyak pukulan keluar gelanggang. Berdacyh  tidak mengulangi kesilapan ketika di set pertama untuk mengecewakan Federer yang turun sebagai pemain pilihan dalam perlawanan ini.

Federer yang tampil dengan sedikit bergelut dalam kejohanan tenis di Terbuka Dubai  sebelum mendapat rentak sehingga ke perlawanan separuh akhir terpaksa melupakan hasrat mempertahankan gelaran di Dubai untuk bertemu pemain nombor satu dunia di final esok.

Friday, 1 March 2013

Jaguh Tenis; Djokovic dan Federer selangkah lagi ke final di Dubai







Pemain nombor satu dan dua dunia, Novak Djokovic dan Roger Federer selangkah lagi untuk mara ke final  selepas mudah menumpaskan lawan masing-masing di suku akhir di stadium Khalifah semalam.


Bintang muda Serbia ini tidak menghadapi masalah menewaskan Andrea Seppi dengan straight-set set 6-0, 6-3 untuk bertemu dengan pilihan keempat J. del Potro di separuh akhir.

Bagi pilihan kedua dunia Roger Federer turut mengiringi pilihan pertama apabila tidak mempunyai masalah menumpaskan N.Davydenko 6-2 , 6-2 di suku akhir akan bertemu dengan Tomas Berdych di separuh akhir esok. Federer yang datang ke sini dengan gelaran juara bertahan akan berusaha meraih mempertahanan kejuaraan yang di menangi tahun lepas.

Sekirannya kedua jaguh tenis ini berjaya mengatasi halangan di separuh akhirkita akan melihat pertembungan  Djokovic dan Federer  berentap di perlawanan akhir di Dubai pada hari Ahad ini.