Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic dua kali bangkit sebelum berjaya menewaskan pemain ke-10 dunia Staniska Wawrinka 7-6 6-3 6-4 2-6 3-6 dalam masa perlawanan yang berlangsung 4 jam 10 minit di gelanggang tenis Arthur Ashe untuk melangkah ke perlawanan akhir dalam kejohanan tenis terbuka Amerika Syarikat.
Djokovic dikejutkan pemain berusia 28 tahun Wawrinka apabila tewas set pertama sebelum menyamakan kedudukan 1-1 setelah menang set kedua yang terpaksa ditentukan di tie-break selepas kedua-dua pemain terikat 6-6.
Dalam set ketiga Wawrinka sekali lagi mendahuhui Djokovic apabila mempamerkan permainan yang menakjubkan untuk menang set ketiga tetapi gagal mencari mata berharga pada set keempat apabila pemain Serbia Djokovic mempertingkatkan permainan dan semangat juang yang tinggi akhir berjaya mencari mata sangat penting untuk mengheret ke set penentuan.
Dalam set terakhir Djokovic terpaksa menggunakan segala pengalamannnya untuk menumpaskan Wawrinka akhirnya berjaya memperolehi mata kemenangan selepas berkerja keras di separuh akhir .
Wawrinka yang mengejutkan pemain nombor empat dunia David Federer dan melakar kejutan terbesar apabila menumbangkan juara tahun lalu Andy Murray straight set di suku akhir terpaksa akur dengan kehebatan juara dua kali Grand Slam Australia Djokovic biarpun menguasai perlawanan hanya air mata sahaja dapat mengambarkan kekecewaan pemain Switzeland Wawrinka apabila gagal ke perlawanan akhir .
Bagi Djokovic ini merupakan permainan yang berkelas tinggi yang dipamerkan dalam kejohanan tenis di US dan pemain berusia 25 tahun ini turut memberi kredit kepada Wawrinka yang memberi tentangan sengit kepadanya sehingga ke set penentuan
Dalam perlawanan separuh akhir kedua Rafael Nadal menang straight-set 6-2 7-6 6-3 ke atas qasuet untuk bertemu Novak Djokovic di perlawanan akhir .
Sunday, 8 September 2013
Jaguh Tenis Terbuka US: Azarenka ingin menebus kejuaraan dan Serena mahu gelaran ke-18 Grand Slam
Pemain nombor dua dunia Victoria Azarenka akan menentang Serena William lagi di perlawanan akhir di kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat untuk menentukan kejuaraan pada hari Ahad nanti.
Kedua-dua pemain akan turun dengan misi berbeza bagi Serena kemenangan akan merangkul gelaran ke-18 Grand Slam manakala Azarenka mahu gelaran pertama US sekaligus menebus kekecewaan pada tahun lalu.
Selepas perjalanan yang panjang bagi pemain berusia 23 tahun Azarenka apabila terpaksa dua kali bangkit semasa bertemu dengan pemain nombor 27 dunia Alize Cornet bekas pemain nombor satu dunia Ana Ivanovic sebelum menang untuk teruskan impian untuk ke perlawanan terakhir di kejohanan tenis di Terbuka Amerika Syarikat.
Namun begitu, berbeza bagi juara 17 kali grand Slam Serena apabila mudah ke perlawanan akhir dengan rekod bersih menang straight-set dalam semua perlawanan sekaligus memberi amaran awal untuk merangkul kejuaraan ke-18.
Bagi Azarenka masih jelas di ingatannya apabila hampir memperolehi gelaran Grand Slam US apabila memerlukan satu set sahaja untuk merealisasikan impiannya setelah mendahului 5-1 tetapi dinafikan oleh Serena William yang berjaya mengejar dan mengikat mata 5-5 sekaligus memperolehi mata kejuaraan.
Namun pada tahun ini, Azarenka nampak lebih bersedia apabila berjaya menang dua kali ke atas Serena sekaligus memberi keyakinan kepada pemain Belarus untuk berhadapan dengan pemain nombor satu dunia Willam digelaggang yang sama mengecewakannya pada tahun lalu.
Biarpun rekod memihak kepada Serena dalam 12 pertemuan mereka dan tiga sahaja dimenangi Azarenka tidak boleh menjadi ukuran kerana prestasi semasa akan menjadi penentu kepada kemenangan dalam perlawanan akhir nanti
Yang menjadi persoalan adalah cerita yang sama akan berulang Serena kejuaraan ke-18 sekaligus mencipta sejarah menjadi pemain tertua memenagi Grand Slam pada usia 33 tahun atau Azarenka akan menafikan gelaran tersebut untuk menebus kekecewaan pada tahun lalu akan terjawab pada perlawanan akhir nanti?
Jaguh Tenis Terbuka US; Azarenka melangkah ke final buat kali kedua di US

Dalam set pertama kedua-dua pemain bergelut dengan servis dan permainan masing-masing dalam mendapatkan mata tetapi nasib lebih memihak kepada Azarenka apabila berjaya menang set pertama. Bekas pemain nombor satu dunia meneruskan kecemerlangan apabila memastikan kemaraan yang kedua di perlawanan akhir di kejohanan tenis terbuka Amerika Syarikat.
Dalam separuh akhir pertama pemain berusia 31 tahun Pennneta menguasai permainan berbanding pemain nombor dua Vikka tetapi gagal menggunakan kelebihan tersebut apabila banyak membuat kesilapan yang memisahkan kedua-dua pemain dalam perlawanan tersebut.
Dalam separuh akhir kedua Serena William tidak menghadapi masalah mengenepikan bintang utama China Li Na 6-0 6-3 untuk melangkah ke perlawanan akhir pada hari Ahad.
Li Na ternyata gagal menyayangi juara 17 kali grand Slam terutamanya pada set pertama apabila gagal mendapatkan satu set daripada Serena. Pemain 31 tahun Li Na bermula baik pada set kedua apabila berjaya break point set Serena tetapi gagal mengambil kesempatan apabila kerap membuat kesalahan mudah yang membolehkan Serena mengikat mata seterusnya memenagi perlawanan tersebut.
Tuesday, 3 September 2013
Jaguh Tenis Terbuka US: Li Na dan Serena melangkah ke suku akhir
Bintang sensasi China Li Na terpaksa berhempas pulas menumpaskan pemain Russia Ekarina Makarova dalam tiga set 6-4 7-6 6-2 sebelum melangkah ke suku akhir sebagai pemain pertama mara ke suku akhir di kejohanan tenis terbuka Amerika Syarikat.
Pada set pertama Li Na bermula baik apabila mendahului Makarova 4-0 tetapi gagal mencari dua set terakhir apabila membuat kesilapan apabila memberi dua set kepada pihak lawan untuk mengikat 4-4. Li Na memastikan set pertama menjadi miliknnya. Li Na sekali lagi gagal memanfaatkan peluang apabila berada dihadapan sebelum disamakan kedudukan oleh Makarova sekaligus perlawanan diheret ke tie-break yang memihak kepada Makarova untuk perlawanan ini ditentukan di set penentuan.
Dalam set ketiga Li Na sekali lagi berada dihadapan pihak lawan dan pada kali ini pemain berusia 30 tahun tidak membuat kesilapan seperti set pertama dan kedua apabila memastikan kemaraan dalam kejohanan terbuka US.
Pemain nombor satu dunia, Serena William tidak menghadapi masalah untuk ke suku akhir apabila menundukkan pemain Sepanyol Suanez 6-0 6-0 akan berhadapan Li Na di suku akhir.

Jaguh Tenis Terbuka US: Federer kalah lagi

apabila dikejutkan pemain Sepanyol Rodbreddo straight-set 7-6 6-4 6-3 di kejohanan tenis terbuka Amerika Syarikat.
Federer yang mendapat kritikan yang hebat daripada peminat tenis ternyata gagal beraksi cemerlang biarpun perlawanan terpaksa bermula lewat selepas tertangguh 4 jam akibat hujan lebat. Federer pada mulanya berjaya merampas set pihak lawan tetapi gagal memanfaat apabila membuat kesilapan yang membolehkan Rodbreddo menyamaakan kedudukan kembali . Kedua-dua pemain terikat 6-6 untuk mengheret perlawanan di tie-break yang lebih memihak kepada pemain Sepanyol Rodbreddo.
Dalam set kedua dan ketiga Federer seperti hilang fokus apabila membuat kesilapan mudah yang memberi peluang kepada Radbreddo menang untuk mendahului 2-0. Bintang Swiss Federer cuba bangkit tetapi dinafikan oleh Redbreddo sekaligus kemenangan yang pertama ke atas Federer dalam 11 pertemuaan mereka.
Bagi Federer ini merupakan prestasi yang terburuk sepanjang karier apabila gagal mara ke pusingan keempat dan kejatuhan pada ranking ketujuh dunia sekaligus gagal menjadi pemain pilihan dalam tiga pemain terbaik buat kali pertama dalam kejohanan grand slam.
Sekaligus prestasi Federer menjadi tanda tanya peminatnya tentang masa hadapan pemain berusia 32 tahun yang mungkin tidak memihak kepadanya lagi . Umur sering dibahaskan oleh peminat tenis menyebabkan Federer semakin hilang sengat dalam permainan biarpun berhadapan dengan pemain kurang ternama.
Dalam perlawanan lain Rafael Nadal menepati pilihan apabila berjaya melangkah ke pusingan keempat. Namun begitu Nadal akan bertemu dengan rakan senegaranya di pusingan keempat selepas keinginan untuk bertemu dengan Federer tidak kesampaian selepas bintang Swiss kecundang.
Dalam perlawanan lain pemain nombor satu dan dua dunia Novak Djokovic dan Andy Murray tidak menghadapi masalah melepasi pusingan ketiga.
Jaguh Tenis Terbuka US: Makarova kejutkan Makarova
Ekarina Makarova mengejutkan pilihan ketiga Agieska Radwaska apabila menang straight-set 6-4 -6-4 untuk melangkah ke pusingan keempat di kejohanan tenis terbuka US.
Pemain nombor 24 dunia Makarova bangkit daripada ketinggalan 4-0 kepada Radwaska sebelum menyamakan mata 4-4 sekaligus memenangi set pertama selepas berjaya merampas set lawan.
Dalam set kedua, bintang Poland bermula dengan agak buruk apabila memberi set pembukaan kepada Makarova 2-0 tetapi kembali berada dalam persaingan apabila sekali lagi berjaya mengikat mata 2-2.
Radwaska yang bergelut dalam set pertama sekali lagi membuat kesilapan ketiga kedua-dua pemain terikat 4-4 sebelum memberi mata yang berharga kepada pihak lawan untuk menamatkan perlawanan ini.
Makarova tidak mengsia-siakan peluang ketiga untuk menamatkan perlawanan selepas kedua-dua terikat 40-40 akhirnya kesilapan pemain nombor empat dua Radwaska memberi kemenangan yang bermakna.
Bagi Radwaska ini merupakan kegagalan untuk mara dalam kelompok ke-16 pemain terbaik di kejohanan tenis terbuka US selepas beraksi cemerlang dalam kejohanan utama pada tahun ini.
Bagi pemain-pemain yang lain Serena dan Li Na mudah mengenepikan lawan masing-masing di peringkat ketiga untuk mara ke peringkat seterusnya.
Pemain nombor 24 dunia Makarova bangkit daripada ketinggalan 4-0 kepada Radwaska sebelum menyamakan mata 4-4 sekaligus memenangi set pertama selepas berjaya merampas set lawan.

Radwaska yang bergelut dalam set pertama sekali lagi membuat kesilapan ketiga kedua-dua pemain terikat 4-4 sebelum memberi mata yang berharga kepada pihak lawan untuk menamatkan perlawanan ini.
Makarova tidak mengsia-siakan peluang ketiga untuk menamatkan perlawanan selepas kedua-dua terikat 40-40 akhirnya kesilapan pemain nombor empat dua Radwaska memberi kemenangan yang bermakna.
Bagi Radwaska ini merupakan kegagalan untuk mara dalam kelompok ke-16 pemain terbaik di kejohanan tenis terbuka US selepas beraksi cemerlang dalam kejohanan utama pada tahun ini.
Bagi pemain-pemain yang lain Serena dan Li Na mudah mengenepikan lawan masing-masing di peringkat ketiga untuk mara ke peringkat seterusnya.
Monday, 2 September 2013
Jaguh Bola Tampar: Brazil memenangi gelaran juara kali keempat
Pasukan bola tampar wanita Brazil membuktikan keunggulan di kejohanan Grand Print akhir yang berlangsung di Jepun apabila merangkul kejuaraan dunia kali keempat selepas menumpaskan pasukan China 3-0 di perlawanan akhir sekaligus mengekalkan kemenangan bersih mereka dalam semua perlawanan sebelum ini.
Brazil membuktikan di kejohanan dunia satu permulaan awal untuk mempertahankan pingat emas yang akan berlangsung di tanah air mereka pada 2016 Rio Brazil. Brazil yang menurunkan barisan terbaik pada perlawanan akhir ternyata membuahkan hasil apabila mudahmana memenangi set pertama biarpun mendapat sedikit tentang dalam set kedua dan ketiga daripada pasukan China tetapi tidak cukup untuk mengoyahkan pasukan Amerika Selatan.
Pasukan China terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas akur dengan kehebatan Brazil
Kegembiraan pasukan Brazil memenagi kejuaraan diceriakan lagi apabila Daniella Rodrigoes atau lebih dikenali Dani Lins dipilih sebagai pemain yang cemerlang dalam perlawanan akhir.
Dalam perlawanan lain Serbia bangkit daripada kekalahan untuk menewaskan Itali 3-2 bagi memperolehi tempat ketiga manakala Itali tempat keempat selepas Jepun gagal memanfaatkan bermain di depan penyokong sendiri apabila terpaksa tunduk kepada juara dunia tahun lepas 3-2 dalam perlawanan yang penuh dramatik.
Brazil membuktikan di kejohanan dunia satu permulaan awal untuk mempertahankan pingat emas yang akan berlangsung di tanah air mereka pada 2016 Rio Brazil. Brazil yang menurunkan barisan terbaik pada perlawanan akhir ternyata membuahkan hasil apabila mudahmana memenangi set pertama biarpun mendapat sedikit tentang dalam set kedua dan ketiga daripada pasukan China tetapi tidak cukup untuk mengoyahkan pasukan Amerika Selatan.
Pasukan China terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas akur dengan kehebatan Brazil

Dalam perlawanan lain Serbia bangkit daripada kekalahan untuk menewaskan Itali 3-2 bagi memperolehi tempat ketiga manakala Itali tempat keempat selepas Jepun gagal memanfaatkan bermain di depan penyokong sendiri apabila terpaksa tunduk kepada juara dunia tahun lepas 3-2 dalam perlawanan yang penuh dramatik.
Subscribe to:
Posts (Atom)