Tuesday, 7 August 2012

SUKAN OILIMPIK: Pandelela ingin menghadiah pingat untuk negara

Jaguh terjun negara Pandelela akan membuat yang terbaik bagi penampilan yang terakhir dalam acara kegemaarannya untuk meraih pingat untuk negara.

Sebelum ini Pandalela dan Lee Mung Yee yang disandarkan pingat dalam temasya sukan olimpik setelah meraih tempat ketiga di kejohanan dunia sebelum sukan olimpik tidak berupaya menadingi jaguh penerjun-penerjun terbaik lain apabila sekadar menduduki tempat ketujuh daripada lapan penerjun di peringkat akhir.

Dalam acara lelaki papan anjal 50 Meter gandingan Bryan dan Qiang yang turut disandarkan pingat juga mengikuti jejak langkah penerjun wanita negara apabila gagal dan menduduki tempat kelapan.

Penerjun China mendominasi acara terjunan apabila memperoleh tiga pingat memperlihatkan penguasaan mereka sukar digugat oleh mana-mana negara lain pada temasya sukan olimpik di London. 

SUKAN OLIMPIK : Jepun bertemu USA di perlawanan akhir bola sepak wanita untuk merebut pingat emas



Juara Piala Dunia tahun lalu Jepun membuktikan mereka berada dalam prestasi terbaik untuk merampas pingat emas daripada Amerika Syarikat setelah menewaskan Perancis 2-1 dalam pertarungan yang sengit pagi tadi.

Jepun terlebih dahulu membuka jaringan apabila  Ayumi mudah merembat ke arah gol menewaskan penjaga gol Perancis sehingga masa pertama tamat. Dalam separuh masa kedua pasukan Jepun meningkatkan asakan ke kubu lawan hingga membuahkan hasil apabila tandukan Animoto tidak dapat diselamatkan penjaga gol lawan untuk Jepun selesa dihadapan dengan 2-0.

Terserentak dengan jaringan kedua Jepun Perancis pantas mengubah corak permainan dan terus mengasak ke kubu Jepun dan hasilnya pemain gantian Samanta berjaya memperoleh gol awal melalui tandukan yang menewaskan penjaga gol Jepun.

Selepas jaringan tersebut pasukan Perancis seakan mendapat semangat baru apabila mereka terus mengasak kubu pertahanan Jepun sehingga penjaring gol pertama Jepun terpaksa melakukan kesilapan apabila menolak pemain perancis dalam kotak penalti untuk Perancis mendapat penalti.

Namun begitu. kapten Perancis mengecewakan pasukannya apabila gagal membuat jaringan setelah sepakannya tersasar dari gawang  melegakan pasukan Jepun.  Gol berkenaan kekal sehingga tamat permainan untuk Jepun layak ke perlawanan akhir.

Slot terakhir yang menjadi rebutan antara Amerika Syarikat selaku juara bertahan dengan Kanada. Pemenang pingat emas empat tahun lalu di Beijing yang merupakan ranking pertama dunia berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah Alex Morgan muncul wira USA setelah tandukan cantik pada masa tambahan berjaya menewaskan Kanada 4-3 untuk bertemu dengan pasukan Jepun yang mengecewakan mereka di Piala Dunia tahun lalu.

Monday, 6 August 2012

SUKAN OLIMPIK: Sejarah empat tahun lalu berulang lagi

 Jaguh pecut negara Azizulhasni awang seakan mengulangi kayuhan empat tahun lagi di Beijing China apabila hanya mampu ke suku akhir tetapi gagal menempatkan diri ke separuh akhir apabila gagal dalam dua pusingan dengan pelumba tuan rumah Dennis Jensson.

 Kegagalan  Azizulhasni dalam acara lumba pecut pasti mengecewakan semua peminat negara yang mengharapkan jaguh lumba negara akan membawa sebutir pingat apatah lagi harapan untuk meraih pingat emas pertama negara dalam sukan badminton gagal apabila Datuk Lee Chong Wei tewas kepada jaguh China Lin Dan.

Rakyat Malaysia jangan risau Azizulhasni masih berpeluang memenangi pingat apabila akan turun untuk acara kegemarannya keirin. Dalam acara keirin merupakan sasaran utama Azizulhasni untuk memperoleh pingat berbanding lumba pecut.

Namun begitu, hasrat  Azizulhasni untuk memperoleh pingat pasti mempunyai ranjau berduri apabila jaguh tuan rumah Chris Loy merupakan pilihan pertama di sukan olimpik kali ini akan berusaha untuk mengagalkan impian jaguh lumba basikal negara.

Namun kita jangan berputus asa dahulu peluang tetap kepada Azizulhasni Awang. Penulis dan seluruh rakyat Malaysia akan mendoakan semoga Azizulhasni Awang akan dapat menamatkan kemarau membawa pulang pingat ke tanah air.

SUKAN OLIMPIK LONDON: pasukan China mengekalkan pingat emas


  
                                             

Pasukan gimnas lelaki China berjaya mempertahankan pingat emas yang diperolehi mereka empat tahun lalu di Beijing selepas mengalahkan negara-negara lain. Dalam temasya kali ini berlaku kontrovensi apabila pasukan gimnas Jepun membuat bantahan apabila gimnas terakhir mereka tidak dikira mata menyebabkan pasukan jepun berada di tempat keempat. Bantahan pasukan gimnas Jepun membuahkan hasil apabila pihak juri akhirnya memutuskan untuk mengira markah gimnas terakhir membolehkan negara matahari terbit membawa pulang pingat perak terpaksa menolak pasukan gimnas tuan Great Britain untuk pingat gangsa.

Malahan pertama kali juga gimnas dari Amerika Syarikat gagal membawa pulang sebarang pingat emas dalam acara gimnastik sejak sukan olimpik di pertandingan apabila terpaksa berpuas hati di tempat keenam.

Dalam gimnastik wanita Amerika Syarikat berjaya merampas kembali pingat emas dari tangan pasukan China empat tahun lalu di Beijing. Pasukan Romania memperoleh pingat perak dan gangsa Russia. Pasukan gimnastik China terpaksa berpuas hati di tempat keempat dalam sukan olimpik kali ini.

SUKAN OLIMPIK :Victoria Azarenka menang emas dalam acara beregu campuran tebus kekalahan di perseorangan tenis menebus kekalahan di perseo

Victoria Azarenka  menebus kekalahan dalam acara perseorangan tenis apabila menang pingat emas dalam beregu campuran berpasangan dengan Miliev sebelum ini hanya berpuas hati dengan pingat gangsa selepas tewas di separuh akhir kepada bintang Amerika Syarikat Serena Williams.

Walau bagaimanapun beregu dari Belarus dikejutkan oleh beregu tuan rumah Great Britain Laura Bronson-Andy Murray dalam set pertama 1-6 sebelum bangkit dalam set kedua 6-4 untuk mengheret ke pusingan penentuan.

Beregu Belarus bermula baik dalam set penentuan namun sokongan padu dari pasukan tuan rumah telah mengembalikan semula semangat beregu campuran Britain sehingga berjaya  mengikat mata.Victoria Azarenka memastikan pingat emas tidak terlepas lagi dari gengamannya apabila pukulan kencangnya berjaya memberi Belarus pingat emas.

Dalam perseorangan lelaki tenis Andy Murray lebih bersedia kali ini untuk berdepan dengan Roger Federer apabila menumpaskan pemain nombor satu dunia 6-1 6-3 6-5 untuk memperolehi pingat emas untuk Great Britain. Del Porto dari Argentina pingat gangsa selepas mengejutkan bekas pemain nombor satu Novak Djokovic dari Serbia.

Bagi acara beregu wanita pula pasangan Williams menggondol pingat emas selepas mudah menewaskan beregu dari Republik Che 6-3 -6-4 pingat gangsa milik beregu Russia. Dalam acara beregu lelaki Amerika Syarikat membuktikan mereka terbaik apabila berjaya menggondol pingat emas apabila mengalah beregu dari Perancis. Kemenangan tersebut memperlihatkan dominasi Amerika Syarikat apabila menang tiga pingat emas dalam lima acara di sukan olimpik kali ini.




SUKAN OLIMPIK: Dominasi China dalam Badminton sukar digugat.


Tembok besar China ternyata sukar digugat oleh mana-mana negara lain dalam acara badminton apabila mereka menyapu bersih semua pingat emas dalam acara badminton di sukan olimpik di London.

Jaguh perseorangan China Lin Dan membuktikan dia yang terbaik apabila berjaya mempertahankan pingat emas yang di menangi di bumi mereka sendiri empat tahun  lepas dengan menewaskan lawan yang sama dari Malaysia Lee Chong Wei 19-15 21-1621-19.

Super Dan merupakan jaguh badminton yang terbaik pada abad ini yang pernah dilahirkan oleh negara China apabila beliau memperolehi semua gelaran dalam dunia badminton. Malahan Lin Dan juga terkenal dengan gaya  tabik hormat setiap kali dia berjaya menewaskan lawannya.

Walau bagaimanapun jaguh China ini terpaksa berhempas-pulas untuk menggondol pingat emas kali ini apabila mendapat tentang sengit dari jaguh Malaysia Lee Chong Wei sehingga ke pusingan penentuan.

Dalam acara perseorangan perempuan pula pertemukan dua puteri dari China di perlawanan akhir antara Wang Yihan pemain nombor satu dunia dan Li Xerui nombor tiga dunia. Namun begitu, kejutan berlaku apabila Li Xerui berjaya menewaskan rakan senegara Wang Yihan yang merupakan juara bertahan empat tahun lepas dunia untuk mengondol pingat emas. Jaguh India Saina Nehwal pingat gangsa selepas mendapat kemenangan percuma apabila Wang Sixian terpaksa menarik diri akibat kecederaan.

Dalam acara beregu lelaki juara bertahan empat tahun lepas Fu Haifeng-Cai Yun sukar digugat oleh  setelah menewaskan  pasangan beregu dari Denmark 21-12-21-17 untuk menggondol pingat emas manakala beregu Korea Selatan Lee Yong Dale-Jae Saeong terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.. Bagi acara beregu wanita jaguh beregu China berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya mengekalkan pingat emas mengalahkan beregu dari Jepun 21-12 23-21.

Malam gemilang China diteruskan lagi apabila beregu campuran mempertemuan dua jaguh beregu campuran dari negara tembok besar China. Beregu Zha Laoi- Zheng berjaya mengalahkan rakan senegara untuk pingat emas. Beregu China dapat kembali pingat emas dalam acara beregu campuran apabila terlepas pingat emas empat tahun lepas.

SUKAN OLIMPIK : Raja Pecut milik Usain Bolt

                        


Usain Bolt manusia yang terpantas di dunia apabila berjaya mencecah ke garisan penamat dengan catatan masa  9.63 saat untuk memenangi pingat emas dalam acara 100 Meter mengalahkan rakan senegara Yohan Blake di tempat kedua manakala pingat gangsa dimenangi oleh Justin Gatlin dari Amerika Syarikat.

Jaguh lumba lari dari Jamaica ini berjaya mempertahanan gelaran Raja Pecut yang dimenanginya empat tahun lepas di Beijing China. Setelah berjaya menggondol emas kedua di sukan olimpik Usain Bolt tidak teragak-agak untuk bersara dari sukan lumba lari.




SUKAN OLIMPIK: Impian emas lebur

impian seluruh rakyat Malaysia untuk melihat jaguh perseorangan negara Lee Chong Wei untuk membawa pulang pingat emas dalam acara badminton lebur semalam apabila Lee Chong Wei sekali lagi gagal untuk mengatasi seteru utamanya Lin Dan dalam perlawanan tiga set 21-17 15-21 21-19.

Namun begitu Lee Chong Wei terlebih dahulu mengejutkan pemain pilihan nombor satu dunia apabila mudah menewaskan Lin Dan dengan 21-15 tetapi dalam set kedua jaguh perseorangan negara tidak dapat mengekalkan rentak kemenangan apabila sering kali membuat kesilapan mudah dan lawannya mengambil kesempatan di atas kegoyahan jaguh negara untuk menang 21-15 untuk mengheret permainan ke pusingan penentuan.

Dengan sorakan yang padu dari sebilangan penyokong Malaysia untuk memberi sokongan kepada Lee Chong Wei mengamatkan stadium badminton Arena Webhem. Dalam pusingan penentuan permainan semakin sengit apabila kedua-dua pemain saling terikat mata beberapa kali membuatkan penonton kedua-dua pasukan tidak senang duduk dengan situasi tersebut.Permainan yang bermutu tinggi yang dipamerkan oleh kedua-dua pemain perseorangan badminton yang terbaik dunia kini

Lee Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan jaguh China apabila tewas 21-19 dan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak sekali lagi. Walau bagaimanapun Tahniah kepada Lee Chong Wei yang telah bertukung lumus untuk menang sehingga saat akhir.

Sunday, 5 August 2012

SUKAN OLIMPIK : Azizulhasni awang ke suku akhir


 


Jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang yang pertama kali turun di sukan olimpik di London tidak mengecewakan peminat tanah air apabila berjaya melayakkan diri ke suku akhir dalam acara pecut lelaki.

Dalam pusingan awal Azizulhasni Awang berjaya mengalah jaguh berbasikal dari China tetapi dalam pusingan kedua beliau kalah kepada jaguh pecut dari Venezuela. Dalam pusingan repercharge jaguh pecut negara menebus kembali kekalahan apabila berjaya menewaskan dua pelumba dari Jepun dan China untuk mara ke suku akhir.

SUKAN OLIMPIK : Roger Federer vs Andy Murray untuk pingat emas




                                                       





















Hari ini perlawanan akhir tenis lelaki akan menemukan sekali lagi dua seteru utama Roger Federer pilihan pertama dunia dengan Andy Murray di perlawanan akhir di sukan olimpik untuk merebut pingat emas. Di gelangang yang sama Roger Federer merangkul kejuaraan dalam wilbeldon dan mencipta sejarah pemain tenis yang mencatatkan keputusan hatrik dalam tenis menyamai jaguh tenis Pete Sampras.  Mampukah jaguh tenis tuan rumah Andy Murray merangkul pingat emas sekaligus menebus kekecewaan di depan penontonnya sendiri apabila tewas kepada Roger Federer?

Bagi pingat gangsa pula akan ditentukan antara bekas pemain nombor satu dunia Novak Djokovic dari Serbia dan Del Porto dari Argertina setelah kedua-duanya pemain tewas kepada lawan masing-masing di separuh akhir. 

Empat tahun lepas Rafeal Nadal di sukan Olimpik Beijing berjaya memperolehi pingat emas manakala tahun ini beliau tidak dapat turut serta dalam kejohanan olimpik di London disebabkan kecederaaan.

Saturday, 4 August 2012

SUKAN OLIMPIK : Panahan emas Ki Boo Tae


 Pemanah kedua dunia Ki Boo Bae menggondol emas kedua apabila berjaya menewaskan pemanah dari Russia Aida Roman dalam pertarungan yang dramatik apabila kedua-dua pemanah terikat mata sehingga pemenang pimgat emas  terpaksa di tentukan dengan panahan terakhir.

Ketenangan Ki Boo  Bae membuat panahan terakhir ternyata memberi emas kedua kepada Korea Selatan untuk menewaskan lawannya daripada Russia hanya memperoleh lapan mata untuk pingat perak manakala gangsa juga pemanah Russia.

Jaguh pemanah Korea Selatan yang merupakan pilihan pertama di sukan Olimpik pada tahun ini apabila berjaya memperoleh tempat pertama dalam saingan awal daripada 64 pemanah terbaik di dunia membuktikan Korea Selatan jaguh dalam sukan memanah. Dalam acara berpasukan memanah Ki Boo Bae muncul wira Korea Selatan apabila panahan terakhirnya berjaya membantu Korea Selatan menang pingat emas.

Dalam kejohanan berpasukan memanah wanita Korea Selatan membuktikan mereka yang terbaik di dunia apabila berjaya menyapu bersih pingat emas dua acara . Emas yang ketujuh dalam kejohanan memanah wanita berpasukan Korea Selatan memperlihatkan dominasi Korea Selatan yang sukar digugat oleh negara-negara lain.  Dalam perlawanan akhir hujan yang lebat turun  telah merencat sedikit panahan kedua-dua pasukan tetapi tidak menghalang penyokong untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka. Ternyata pasukan pemanah dari China berjaya memberi saingan sengit pasukan Korea Selatan terutamanya pusingan terakhir dan mereka terikat mata yang sama disebabkan kesilapan salah seorang pemanah Korea Selatan sekaligus memberi tekanan kepada pemanah terakhir Ki Boo Bae untuk mencari kemenangan. Ternyata hujan memberi tuah kepada pasukan pemanah Korea Selatan apabila pemanah terakhir mereka berjaya memanah sembilan mata untuk memberi emas kepada Korea Selatan.


 

SUKAN OLIMPIK : Khairul gagal mara ke separuh akhir dalam acara memanah


 



Impian Jaguh memanah negara Khairul Anuar untuk mencipta sejarah pemanah pertama negara yang berjaya melayakkan diri ke separuh akhir tidak kesampaian apabila tewas kepada pemanah dari Jepun 2-6. Pemanah negara gugup dalam membuat panahan di suku akhir menyebabkan beliau tewas kepada lawannya dari Jepun.


Sebelum itu jaguh Terengganu ini cemerlang menewaskan rakan senegara dalam pusingan kedua Chen Chu Shiang 7-6 untuk ke peringkat ketiga. Khairul Anuar membuktikan beliau merupakan pemanah terbaik negara pada masa kini apabila  berjaya menewaskan pemanah dari China 9-8 untuk ke suku akhir mengikut jejak langkah pemanah senior Chen Chuan Shiang empat tahun lepas. Dalam sukan olimpik ini Khairul Anuar Mohammad membuat penampilan pertama.

Korea Selatan ternyata unggul dalam memanah apabila berjaya merangkul tiga pingat emas daripada empat acara dalam sukan olimpik kali ini. Pemanah lelaki Korea Selatan Ki Boem berjaya menebus kekalahan dalam acara berpasukan lelaki apabila merangkul pingat emas setelah menewaskan pemanah dari Jepun.  -Dalam acara berpasukan lelaki Perancis berjaya mengejutkan pilihan pertama dunia Amerika Syarikat apabila berjaya memperoleh pingat emas. Namun begitu kemenangan hanya dapat ditentukan dengan panahan terakhir apabila kedua-dua pasukan terikat 6-6. Pemanah terakhir Perancis ternyata dekat dengan tanda X untuk membolehkan mereka membawa pulang pingat emas, perak pasukan Amerika Syarikat manakala Korea Selatan gangsa.


SUKAN OLIMPIK : Serena memperoleh pingat emas dalam tenis wanita

 


Jaguh tenis wanita Amerika Syarikat Serena William ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila mudah menewaskan wakil Russia yang juga pilihan ketiga dunia Maria Sharapova 6-0 6-2 di perlawanan akhir tenis di sukan olimpik untuk merangkul pingat emas.

Sebelum itu pemain nombor satu dunia yang merupakan pilihan pertama wanita tenis di sukan olimpik Victoria Azrenka dari Belarus memperoleh pingat gangsa selepas berjaya menewaskan Maria Kalinkeu dari Rusia 6-3 6-4. Azrenka terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa apabila tersungkur di peringkat separuh akhir kepada jaguh Amerika Syarikat 6-3 6-4.

Gelanggang Webley ternyata memberi tuah kepada Serena William apabila baru-baru ini beliau berjaya menjadi juara dalam kejohanan Wilbeldon dan sekali lagi diangkat menjadi juara dalam sukan olimpik apabila berjaya memperoleh pingat emas untuk Amerika Syarikat.

Perlawanan yang dijangka sengit untuk memperoleh pingat emas oleh peminat tenis indah khabar dari rupa apabila Jaguh Amerika Serena William dengan mudah menewaskan Maria Sharapova di perlawanan akhir dan hanya memberi dua set kepada jaguh Russia.


SUKAN OLIMPIK: Mampukah Lee Chong Wei membawa pulang pingat emas pertama negara




Jaguh perseorangan negara satu-satunya wakil negara yang rmenepati ramalan semua pihak apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir di sukan olimpik. Lee Chong Wei akan bertemu seteru utamanya Lin Dan untuk menentukan pingat emas dalam kejohanan badminton. Sebelum itu Lee Chong Wei telah berjaya menewaskan seorang lagi pemain China Cheng Long di separuh akhir 21-19 21-13 manakala Lin Dan mudah menewaskan wakil dari Korea Selatan Lee Hyun II 21-15 21-12. Lee Chong Wei sandaran utama negara untuk menamatkan kemarau pingat emas oleh Malaysia dalam sukan olimpik.

Namun begitu Lee Chong Wei perlu melepasi halangan terakhir malam ini apabila turun menentang Lin Dan yang merupakan juara bertahan dalam sukan olimpik empat tahun lepas. Impian untuk melihat dua wakil malaysia mara ke perlawanan akhir badminton di sukan olimpik tidak menjadi kenyataan apabila beregu utama negara terpaksa akur 21-15 21-19 dengan jaguh beregu China yang merupakan pilihan kedua dalam kejohanan ini.
walau bagaimanapun  beregu negara Koo-Tan masih berpeluang untuk membawa pulang pingat gangsa sekirannya berjaya menewaskan beregu Korea Selatan malam ini.

Malam ini peminat badminton negara akan bertumpu kepada perlawanan akhir antara Lee Chong Wei dan Lin Dan untuk merebut pingat emas dalam badminton di sukan olimpik. Mampukah Lee Chong Wei membawa pulang pingat eams pertama negara akan terjawab malam ini ?.