Thursday, 28 February 2013

Jaguh La Liga : Real Madrid ingin meneruskan rentak kemenangan ke atas Barca




Real Madrid kini berada dalam prestasi terbaik apabila berjaya menumpaskan seteru utama Barca dalam Piala Raja Sepanyol minggu lepas ingin meneruskan rentak kemenangan apabila bertemu kali kedua dengan Barcelona dalam La Liga pagi Ahad ini

Pertembungan klasik antara Real Madrid dan Barcelona menarik perhatian peminat bola sepak dunia apabila kedua-dua pasukan akan bertemu lagi minggu depan  memperlihatkan pertembungan misi balas dendam Barcelona kepada Real Madrid selepas tersingkir dalam Copa de Rey seterusnya menjarakkan mata untuk terus di persada liga.

Selain itu pertarungan penyerang antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Missi menjadi nadi utama dalam perlawanan klasik antara Real Madrid dan Barcelona. Kapten Portugal Ronaldo berjaya menjaringkan gol dalam enam perlawanan terakhir memberi keyakinan kepadanya apabila bakal bertemu dengan kelab lamanya Manchester United dalam Juara-Juara Liga Eropah minggu depan.

Bagi Messi penyerang terbaik dunia pasti ingin membuktikan sentuhan berbisanya apabila gagal menjaringkan gol ketika bertemu Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir kedua  Copa de Ray untuk membantu pasukannya layak ke perlawanan akhir.

Mungkin pengurus Real MadridMauricio akan menurunkan pemain yang sama menewaskan Catalan apabila bertemu di La Liga atau ada perubahan akan terjawab apabila kedua-dua pasukan turun ke padang dalam perlawanan klasik kedua nanti.


Jaguh Le Tour de Langkawi: Meiyin mengesahkan jersi Raja Bukit

Penulis membuka lembaran baru bulan Mac dengan perkembangan terkini tentang perlumbaan Le Tour de Langkawi yang akan melabuhkan tirai esok di Terengganu destinasi pilihan untuk penutup pada edisi kali ini.

Bryan Conquer meraih podium kedua dalam Le Tour de Langkawi dengan bergaya setelah berjaya menjadi juara pada peringkat kesembilan selepas semalam mengecewakan sekali lagi Francesco Chicci dan Allan Davis dari pasukan Orica  di tempat kedua dan ketiga.

Dalam kelompok 10 terbaik Anuar Manan berjaya menempatkan diri apabila berjaya menduduki tempat ketujuh menjadi pelumba tempatan yang menyerlah pada tahun ini. Namun begitu, 2 km menghampiri garisan penamat di Kuala Berang  berlaku pelanggaran yang menjejaskan sedikit kayuhan pelumba- pelumba untuk ke garisan penamat.


Dari segi jersi pula  pelumba-pelumba yang sama berjaya naiki podium dengan jersi kuning terus selesa di pakai pelumba Nippo de Rosa Arrendondo dan jersi bukit dan Asia masih kekal menjadi milik pelumba dari Hengxiang Wang Meiyin.

Bagi perebutan jersi biru kategori Raja Pecut agak menarik apabila terdapat  tiga persaingan daripada pelumba yang kini di pegang oleh Andrea Guardini dengan mengumpul 70 mata tetapi dikejar rapat oleh Francesco Chicci dengan ketinggalan enam mata di belakang pendahulu manakala Anuar Manan di tempat ketiga ketinggalan 15 mata.

Destinasi terakhir dalam Le Tour de Langkawi mampukan pemegang jersi kuning, jersi biru dan jersi putih mempertahankan jersi yang dipegang mereka dalam beberapa peringkat akan terjawab esok.


Jaguh Le Tourde Langkawi: Raja Pecut milik Meiyin


Wang Meiyin mengesahkan gelaran Raja pecut menjadi miliknya dalam Le Tour de Langkawi edisi kali ini setelah berjaya merampas daripada pelumba Blanco Pro Team, Theo Boss apabila berjaya meraih kejuaraan di peringkat Cameroon Higland.

Sebelum ini pelumba berusia 23 tahun Wang Meiyin menjadi pelumba asia yang pertama berjaya memakai semua jersi Le Tour de Langkawi untuk dua peringkat dan pada peringkat pendakian yang mencabar di Genting Highland terpaksa menyerahkan jersi keseluruhan iaitu jersi kuning dan jersi merah pendakian kepada Julian Arrendondo pelumba Nippo de Rosa.

Walaubagaimanpun Wang Meiyin masih berjaya mengekalkan jersi putih terbaik asia mengubati kekecewaan kehilangan beberapa jersi dalam zon yang dianggap penentuan kepada jersi keseluruhan bagi Le Tour de Langkawi edidi sebelum ini.

Pada peringkat keenam Wang Meiyin berjaya merampas kembali jersi Raja Bukit daripada tangan Arredondo selepas berjaya dalam mengutip mata dalam beberapa zon pendakian.

Kecemerlangan pelumba China dari pasukan Hengxiang , Meiyin memperlihatkan pelumba Asia juga mampu menandingi pelumba-pelumba Eropah yang sebelum ini gah dalam edisi Le Tour de Langkawi terutamannya Raja Bukit.

Penulis mengucapkan Tahniah kepada Wang Meiyin yang berjaya menjadi Raja Pecut pada Le Tour de Langkawi tahun ini semoga  kebangkitan ini memberi inspirasi kepada pelumba-pelumba Asia yang lain.

Wednesday, 27 February 2013

Jaguh Le Tour de Langkawi: Conquer menang peringkat kelapan

Pelumba Eurocar Pro Team, Bryan Conquer berjaya meraih podium di peringkat kelapan apabila  yang berakhir di Tanah Merah menewaskan pelumba OPQ  Andrew Fenn dan Francesco Chicci di tempat kedua dan ketiga.

Anuar Manan merupakan pelumba tempatan yang  berada dalam kelompok sepuluh terbaik apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan tetapi belum cukup untuk mencabar jersi biru bagi kategori Raja pecut apabila Guardini berjaya menamatkan di tempat keempat mengukuhkan kedudukannnya untuk mempertahankan Raja pecut.

Dari segi jersi tiada banyak perubahan apabila wajah yang sama di atas podium dengan jersi kuning kukuh dipakai oleh pelumba Nippo de Rosa, Arrendondo dan jersi biru hampir pasti menjadi milik Guardini apabila mengumpul 80 mata dan Francesco Chicci di tempat kedua dengan 60 mata menolak Anuar Manan di tempat ketiga dengan 57 mata.

Manakala bagi jersi Merah Raja Bukit dan jersi putih kategori Asia kekal di tangan pelumba Hengxiang Team, Wang Meiyin.


Jaguh Bola Sepak: Atletico Madrid menempah tiket akhir bertemu Real Madrid



Atletico Madrid menempah tiket ke perlawanan akhir Copa de Ray untuk bertemu dengan Real Madrid setelah seri 2-2  agregat 4-3 dengan Sevila hasil jaringan Diego Costa dan Radapel Falcoa.

Dua jaringan daripada Costa di tempat lawan pada separuh akhir pertama memberi kelebihan kepada Atletico Madrid apabila sekadar seri di tempat sendiri sudah memadai untuk mara ke peringkat perlawanan akhir dalam Copa de Ray.

Pasukan pelawat Sevila tidak berputus asas untuk memperolehi jaringan hasilnya Ravas dan Rakitic berjaya juga membolosi pintu tuan rumah untuk mengikat 2-2. Namun jaringan tersebut tidak mampu menyekat Atletico Madrid untuk meraikan kejayan mara ke perlawanan akhir.

Malahan perlawanan separuh akhir kedua juga dicemari dengan layangan dua kad merah oleh pengadil kepada pemain Sevila Gary Medel dan Geoffrey Kondogbia yang mengasari Costa.

Perlawanan akhir Copa de Ray akan diadakan pada 18 May 2013 tetapi stadium untuk perlawanan tersebut belum diputuskan oleh pihak penganjur.


Jaguh Bola Sepak: Real Madrid ke pentas final Copa de Ray

Real Madrid ke pentas final Copa de Ray selepas menumpaskan juara bertahan Barcelona 3-1 di Nou Camp  dalam separuh akhir kedua pagi semalam.

Penyerang terbaik dunia, Lionel Messi terlebih dahulu mencemaskan pasukan bimbingan Mauricio apabila sepakan hampir menerjah gawang  tetapi diselamatkan tiang gol.  Real Madrid memperkemaskan rentak permainan dan hasilnya  penyerang sensasi Cristiano Ronaldo dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Piquet dan dengan mudah di sempurnakan untuk menewaskan penjaga gol lawan. Kedudukan 1-0 bertahan sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama.

Dalam separuh masa kedua kedua-dua pasukan berbalas serangan tetapi C.Ronaldo menambah penderitaan Catalan apabila percubaan pertama De Maria gagal menewaskan penjaga gol sebelum bola tersebut jatuh betul-betul di hadapan kapten Portugal C.Ronaldo mudah merembat masuk untuk menjaringkan gol kedua.

Varane mengesahkan Real Madrid ke perlawanan akhir apabila membuat tandukan kemas ke gawang gol Barcelona hasil sepakan sudut pada minit ke-58. Namun begitu, tuan rumah berjaya juga memperolehi gol saguhati hasil sepakan Jorge yang mudah menewaskan penjaga gol Real Madrid tetapi agak terlambat apabila pasukannya ketinggalan dua jaringan kepada Real Madrid.





Jaguh Le Tour de Langkawi: Guardini akhirnya meraih podium di peringkat keenam


Pelumba Astana Andrea Guardini akhirnya menamatkan kemarau lima peringkat tanpa kemenangan apabila terlebih dahulu mencecah  garisan penamat untuk muncul juara pada peringkat keenam menewaskan Francesco Chicci yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan ketiga pelumba OGE  Kruopis.Aidis.

Kemenangan ini ternyata berharga kepada Guardini setelah gagal dalam peringkat sebelum ini sekaligus menjarakkan mata dengan pelumba Baku, Anuar Manan kepada 72 mata. Malahan Guardini merupakan juara bertahan dalam raja pecut untuk dua edisi iaitu pada 2011 dan 2012.

Pada peringkat keenam pelumbaan bermula di Kuantan dan berakhir di Dungun sejauh 149.8 km dalam suasana mendung dan hujan renyai-renyai membuatkan kayuhan semua pelumba pada peringkat keenam agak perlahan. Dalam peringkat ini terdapat tiga zon pecutan dan dua zon pendakian. Pada zon pecutan pertama dan kedua di Chukai dan Kerteh serta dua zon pendakian menjadi milik dua pelumba OGE, T Meyer yang berjaya meraih kemenangan untuk mengumpul  mata penuh manakala tempat kedua pula milik pelumba Eurocar Gautier,C.
Bagi tempat ketiga dan keempat pula menjadi milik dua pelumba Malaysia iaitu Harrif Salleh dan Anuar Manan.

Pada zon pecutan terakhir di Paka Anuar Manan memastikan memperolehi 5 mata meninggalkan pelumba PPO di tempat kedua  Richeze,M dan Peter. Weening di tempat ketiga. Kejayaan Anuar Manan yang mewakili pasukan BAKU mengumpul mata di tiga zon pecutan membolehkannya merapatkan jurang mata dengan pemegangan jersi biru A.Guardini yang kini hanya ketinggalan tujuh mata.

Dalam perebutan jersi masih lagi pelumba yang sama di atas podium dengan jersi kuning milik Julian Arrendo dari pasukan Nippo de Rosa, jersi biru untuk raja pecut  dipegang oleh A.Guardini dan jersi Asia dan Raja Bukit pula masih kukuh menjadi milik pelumba Hengxiang,Wang Meiyin.

Tuesday, 26 February 2013

Jaguh Le Tour de Langkawi: Henjutan berbisa jaguh keirin untuk meraih podium pertama Le Tour de Langkawi

Pelumba Theo Bos dari pasukan Blanco Pro membuka langkah kanan apabila menjadi pembuka tirai Le Tour de Langkawi apabila sampai dulu ke garisan penamat menewaskan,Bryan Coquard dari Eurocar di tempat kedua dan Andrea Gurdini ketiga .

Bagi pasukan Malaysia, Anuar Manan dari pasukan Baku menjadi pelumba terbaik apabila menjadi pelumba ketujuh yang berjaya melintasi garisan penamat.

Theo Bos memakai jersi kuning diikuti Wang Meiyan yang  memakai tiga jersi iaitu pecutan ,pendakian dan Asia.

Negeri Kagar menjadi destinasi pilihan untuk membuka tirai jelajah Le Tour de Langkawi 2013 akan berakhir di Kulim sejauh 162.7 km.

Laluan yang landai dengan tiga zon pecutan dan satu zon pendakian bermula zon pecutan Jitra yang di menangi oleh pelumba dari China Wang Meiyan untuk mengutip mata lima diikuti Shinji Fukushima dari pasukan Nippo di tempat kedua tiga mata. Bagi tempat ketiga dan keempat diperolehi oleh J.Ho dan J Emben Van.

Pada zon pecutan kedua di Alor Setar pula, Wang Meiyan sekali lagi berjaya menduduki tempat pertama untuk mengutip lima mata penuh diikuti S.Fukushima serta J.Ho dan Emben Van di tempat keempat.

Dalam zon keempat juga Wang Meiyan sekali lagi membuktikan beliau berjaya mencecah garisan zon pecutan terakhir di Gua Cempedak untuk mengutip mata penuh sekaligus mengumpul 15 mata untuk memakai jersi pecutan diikuti J.Ho ketiga pula S.Fukushima dan keempat R. Tleubayev dari pasukan Astana.

Dalam zon pendakian Wang Meiyan dari pasukan Heixiang membuktikan beliau juga jaguh mendaki apabila memenangi zon pendakian di Bukit Selambau untuk mengutip lima mata kedua pula J.Ho dari pasukan TSI dan S.Fukushima di tempat ketiga.

Jaguh Le Tour de Langkawi : kemenangan kedua Theo Bos mengecewakan Guardini

Pelumba Belanda Theo Bos membuktikan henyutan bertenaganya di garisan penamat untuk meraih podium kedua di Le Tour de Langkawi  dari Serdang ke Kuala Kangsar sekaligus mengecewakan pelumba Astana yang berjaya menang lima kali kejuaraan podium Andrea Guardini di tempat kedua dikuti Kruopis,Aidis ketiga dari pasukan Orica Greenedge .

Destinasi kali ini turut mempunyai tiga zon pecutan dan satu zon pendakian, zon pecutan pertama di Kuala Kangsar yang dimenangi oleh pelumba Malaysia yang mewakili pasukan Baku Anuar Manan untuk mengutip lima mata diikuti J.Seo dari KSP tiga mata diikuti pelumba dari Terengganu M.Mat Amin dengan 2 mata dan C.Goh dari TSI tempat kelima.

Lima pelumba yang berjaya menjarakkan diri dari pelaton besar berjaya sampai dahulu di zon pendakian di Bukit Sumpitan yang dimenangi oleh J.Seo untuk mengutip 10 mata diikuti F.Xi dari pasukan Henxiang di tempat kedua dengan tujuh mata dan ketiga Anuar Manan dengan enam mata. Bagi tempat keempat pula milik pelumba KSP J.SO diikuti Mat Amin dari TSG dan M.Goos di tempat keenam.

Bagi dua zon pecutan di Lenggong dan Kati pelumba Malaysia unggul apabila Anuar manan berjaya menduduki tempat pertama untuk mengutip lima mata dan zon terakhir pula berjaya diraih oleh Mat Amin dari TSG.

 Dari segi jersi keseluruhan masih lagi menjadi milik Theo Bos diikuti tiga jersi Asia, pendakian dan pecutan dimiliki oleh Wang Meiyin dari pasukan Hengxiang China.


Jaguh Le Tour de Langkawi: Wang Meiyin merampas semua jersi Le Tour de Langkawi

Wang Meiyin membuktikan dia pelumba verstail apabila berjaya menjadi pemenang di peringkat ketiga untuk meraih podium  meninggalkan Arredondo M.,Julian dari pasukan Nippo de Rossa di tempat kedua dan ketiga pelumba dari Garmian Sharp Nathan Haas.

Kejayaan pelumba Hengxiang pada peringkat ini membolehkannya merampas semua jersi yang di pertandingan Le Tour de Langkawi edisi kali ini. Namun begitu, Wang Meiyan hanya memakai jersi kuning pada perlumbaan esok manakala jersi lain akan di pakai oleh pelumba kedua terbaik.

Pelumbaan peringkat ketiga ini sejauh 140.7 km bermula dari Sungai Siput berakhir di Cameroon Highland yang mempunyai tiga zon pecutan dan dua zon pendakian.

Dalam zon pecutan pertama di Ipoh dua pelumba Malaysia menduduki tempat pertama dan kedua iaitu Loh Seang mewakili pasukan TSI berjaya sampai dahulu untuk mengutip lima mata diikuti Harrif Salleh dari pasukan TSG di tempat kedua.Manakala pemakai jersi kuning Wang Meiyan di tempat ketiga dan keempat pelumba KSP J.Seo.

Dalam zon pecutan dan ketiga kedua di Kampar dan Kapah pelumba Terengganu mewakili TSG berjaya memperoleh tempat pertama untuk mengutip 10 mata diikuti pelumba Hengxiang Wang Meiyan tempat kedua dan ketiga  Loh Seang.

Di zon pendakian ternyata pemegang jersi kuning, Wang Meiyan unggul apabila menang dua zon pendakian di Ringlet dan Brinchang untuk mengumpul 30 mata. Di zon Ringlet tempat kedua dan ketiga milik pelumba TSI J.Ho dan Loh Seang yang masing-masing memiliki 12 dan 10 mata. Bagi zon pendakian di Brinchang pula, tempat kedua dimenangi pelumba pasukan Nippo de Rossa Julian Arredondo untuk mengutip 20 mata dan ketiga Nathan Haas dari pasukan Garmian Sharp 16 mata.







Jaguh Le Tour de Langkawi: Chicci mendominasi peringkat keempat


Pelumba Itali yang mewakili pasukan Vinni Sella Itali mendominasi peringkat keempat dengan bergaya melintasi garisan penamat selepas menewaskan pelumba yang menang lima peringkat podium tahun lepas Andrea Guardini tempat kedua dan Kruopis,Aidis dari pasukan Orica Greenedge di tempat ketiga.

Pelumbaan 168.0 km bermula dari Tapah dan berakhir di kampar satu destinasi yang landai untuk para pelumba dengan tiga zon pecutan dan tiada zon pendakian pada peringkat ini untuk memberi peluang kepada pelumba pecut untuk menguasai peringkat ini.

Di zon pecutan pertama di Teluk Intan  pelumba Jepun Sai-Udomsin,P dari TSI berjaya mencecah garisan terlebih dahulu untuk memperolehi lima mata diikuti Arashiro,Y dari pasukan Eurocar dengan tiga mata dan ketiga milik pelumba Nishitani,T dan tempat kelima hanya satu mata pelumba Malaysia Anuar Manan.

Dalam zon pecutan kedua di Sungai Besar pelumba Nishitani memperolehi tempat pertama diikuti P.Sai-Udomsin dari pasukan TSI dan ketiga Arashiro. Anuar manan pula terpaksa berpuas hati di tempat keempat.

Begitu juga zon pecutan terakhir di Kuala Selangor kali ini pasukan Jepun yang mewakili Eurocar mendapat tempat pertama memperolehi lima mata, tempat kedua Nishitani diikuti P.Sai Udomsin dan keempat B. Grabsch dari pasukan OPQ.

Dalam perebutan jersi tidak banyak perubahan hanya jersi biru Proton berjaya dimiliki oleh pelumba Astana Andrea Guardini manakala jersi kuning dan dua jersi lain iaitu jersi pendakian dan Asia masih menjadi milik pelumba China yang mewakili pasukan Heangxiang, Wang Meiyin.

Esok merupakan pelumbaan yang mencabar bagi semua pelumba-pelumba bermula dari Proton berakhir di Genting Highland. Dalam peringkat ini pelumba pendakian berpeluang besar untuk menakluki Genting Highland, malahan perubahan jersi juga akan berlaku pada peringkat ini.

Jaguh Le Tour de Langkawi: Julian menakluk Genting Highland

Pelumba Colombia Julian M. Arredondo yang mewakili pasukan Nippo de Rossa berjaya menakluki Genting Highland dengan bergaya apabila melintasi garisan penamat di puncak berseorangan dengan masa 3 jam 11 minit 4 saat meninggalkan pelumba Orica Greendege Pieter Weening di tempat kedua 26 saat dan tempat ketiga diperolehi pelumba RTS Racing, Victor Nino Corredor.

Manakala pemegang jersi kuning pula, Wang Meiyin sekadar di tempat ke-20 dengan masa 3 jam 16 minit ketinggalan 5 minit 13 saat kepada Julian menyebabkan beliau kehilangan jersi kuning dan jersi pendakian kepada pelumba Colombia.

Bagi pelumba Malaysia, Adiq Hussaini pelumba mewakili pasukan Pro Champion System muncul pelumba terbaik Malaysia yang berjaya mencecah puncak genting menduduki tempat ke-32 diikuti dua pelumba TSG  Mat Saufi Mat Senan dan  Md Shahrul Mat Amin tempat kedua dan ketiga. Kapten pasukan Malaysia berjaya menduduki tempat keempat tempat terbaik dengan masa 3 jam 23 minit.

Destinasi yang mencabar dalam Le Tour de Langkawi bermula dengan landai dari Shah Alam , pelumba T.Meyer dari pasukan OCE mengungguli satu zon pendakian dan dua zon pecutan pada peringkat kelima bermula di Bukit Cerakat sehingga zon pecutan terakhir di Gombak untuk mengumpul 19 mata.

Zon pendakian pertama dan zon pecutan kedua Anuar Manan terpaksa berpuas hati di tempat kedua untuk mengumpul lima mata manakala seorang lagi pelumba Malaysia yang mewakili TSG, Harrif Salleh menduduki tempat ketiga mengumpul empat mata.

Manakala di zon pecutan terakhir Gombak tempat kedua dimiliki pelumba Astana Andrea Guardini dengan tiga mata dan ketiga pelumba Belanda Theo Bos

Pada peringkat kelima, perubahan jersi kuning dan pendaki menjadi milik Julian M.Arrendondo, jersi biru Proton masih lagi dipakai oleh Andrea Guardini dari Astana dan Wang Meiyin terpaksa berpuas hati dengan jersi Asia Malaysia Airline selepas kehilangan kepada pelumba Colombia.

Jaguh Le Tour de Langkawi 2013: kemenangan bergaya Thomas


Pelumba Blanco Thomas Bleezer  melintasi garisan penamat  secara berseorangan dengan bergaya pada peringkat terpanjang Le Tour de Langkawi pada pada  ini dengan masa 4 jam 33 minit 22s  meninggalkan pelumba Korea mewakili pasukan KSP, Ji Ming Jung dan ketiga Michael Golas pelumba OCQ.

Pada peringkat keenam yang terpanjang pada edisi 2013 kepada pelumba-pelumba dengan jarak 217.5km.  Dua pelumba Malaysia Harrif Salleh dari TSG dan Anuar Manan mewakili pasukan BAKU merupakan pelumba Malaysia yang terbaik apabila menduduki tempat kesembilan dan kesepuluh yang menamatkan pelumbaan pada kali ini. Malahan kedua pelumba juga berjaya mengutip mata di zon pecutan pertama di Jerantut yang dimenangi Anuar Manan dan kedua Harrif Salleh.

Dari segi jersi keseluruhan tidak banyak perubahan pelumba apabila jersi kuning yang di taja oleh kerajaan Terengganu masih lagi milik pelumba Nippo de Rossa Julian Arrendondo, jersi biru untuk pecut masih dikekalkan oleh Andrea Guardini dari pasukan Astana manakala jersi merah pendakian dan Asia Malaysia Airline berjaya dikekalkan oleh pelumba Heangxiang, Wang Meiyin.


Monday, 25 February 2013

Jaguh Tenis: Kvitova melakar sejarah di Dubai

 Petra Kvitova melakar sejarah menjadi pemain tenis pertama dari  Republik Cech,  mencatat nama di Kejohanan Tenis WTA di Dubai setelah muncul juara menewaskan pilihan ketujuh Sara Errani 6-2,1-6,6-1
Bintang muda berusia 22 tahun ini bermula dengan langkah kanan apabila mudah menewaskan Sara Errani pada perlawanan pertama dengan 6-2. Namun set kedua pula berlaku sebaliknya apabila kesilapan servis Kvitova memberi peluang kepada pemain dari Itali untuk memperolehi mata mudah seterusnya memberi kemenangan untuk mengikat mata 1-1 untuk kejuaraan ditentukan di set ketiga.

Dalam set ketiga, pemain muda Republik Cech tidak ingin mengulangi kesilapan di set kedua dengan memperkemaskan pukulan dan servis dan hasilnya beliau berjaya mendahalui 2-0 di set penentuan. Walaupun Sara Errani cuba bangkit pada set ketiga namun Kvitova tidak memberi ruang kepadanya dengan pukulan forehand yang padu dan permainan ralli yang baik membolehkan pemain kelapan merangkul kejuaraan yang pertama pada tahun ini.

Bekas juara Wimbledon ini memastikan kejayaan miliknya walaupun tanpa jurulatih disisinya David Kotyza yang bercuti bersama keluarganya.

''Saya berharap jurulatih bergembira dengan kejuaraan ini dan sesuatu yang istimewa. Saya bersendirian di sini dam memberi sedikit kesukaran apabila berada dalam gelanggang memikirkan permainan sendiri katanya, ketika di perlawanan akhir di Dubai''.

Ini pertemuan yang keempat kedua-dua pemain semuanya di menangi oleh Petra Kvitova. Ini merupakan gelaran ke-10 yang diperolehi Kvitova sepanjang kerjayanya sebagai pemain tenis. Malahan apabila ranking terbuka dikeluarkan Kvitova akan naik ke tangga ketujuh seterusnya menyingkirkan Sara Errani ke tempat kelapan.

Dalam kejohanan WTA Dubai dua pemain utama dunia Serena Williams dan Victoria Azarenka terpaksa menarik diri  di suku akhir apabila mengalami kecederaan. Dengan ini, Serena masih lagi mengekalkan pemain pertama dunia.

Tuesday, 19 February 2013

Tenis: Nadal memberi amaran awal

Bintang Sepanyol, Rafael Nadal memberi amaran awal kepada pemain-pemain lain apabila meraih kejuaraan di Kejohanan Terbuka Tenis di Brazil menewaskan David Nalbandian straight-set 6-2 6-3.

Ini kejohanan pertama Nadal tahun ini semenjak mengalami kecederaan lutut tujuh bulan lalu. Walaupun Nadal belum mantap dari segi permainan kerana dalam proses penyembuhan tetapi beliau memberikan persembahan yang terbaik dalam perlawanan akhir tersebut.

Nadal yang digelar Raja Tanah Liat oleh peminat tenis dunia ternyata unggul dalam gelanggang tanah liat hingga lawannya terpaksa berhempas-pulas untuk membalas setiap pukulannya. Kemenangan ini memberi motivasi kepada pemain berusi 26 tahun untuk mendapatkan kembali rentak permainan dan memperbaiki ranking yang kini berada nombor lima.

Dalam perlawanan lain, Del Potro berjaya merangkul kejuaraan pertama tahun ini apabila mengalah Benneteau 7-6 6-3 di Kejohanan Tenis ABN AMRO.

Bintang Argentina diberi tentang oleh Benneteau pada set pertama sehingga ke tie-break sebelum menang. Dalam set kedua Del Potro memastikan kejayaan menjadi miliknya apabila menang mudah.
eruta

Benneteau yang melakar kejutan di separuh akhir menewaskan pemain nombor dua dunia Roger Federer gagal memberi tentangnya kepada pemain nombor enam dunia terutamannya di set kedua.

Tenis: Azarenka menunggu empat tahun untuk menewaskan Serena Williams




Bintang sensasi Belarus, Victoria Azarenka terpaksa menunggu empat tahun untuk menewaskan Serena Williams 7-6 3-6 6-3 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di stadium Khalifah Qatar.

Ini merupakan kemenangan kedua pemain berusia 23 tahun ini ke atas bintang Amerika Syarikat yang kali terakhir pada tahun 2009. Azarenka memastikan kali ini kejayaan miliknya apabila pada tahun lalu di Terbuka Tenis Amerika Syarikat kejuaraan hampir dalam genggamnya sebelum ditewaskan Serena untuk sekadar naib juara di kejohanan berkenaan.

Dalam pusingan pertama kedua-dua pemain saling mengejar mata sehingga pemain berusia 31 tahun Serena membuat kesilapan memberi satu perlawanan kepada Azarenka disebabkan kesalahan membuat servis 3-4 memberi kelebihan kepada pemain nombor satu dunia untuk menamatkan perlawanan pertama dengan kemenangan. Namun begitu, Vikka ternyata gagal mengambil kesempatan apabila memberi  perlawanannya kepada Serena untuk mengikat 4-4 juga disebabkan kegagalan servis.

Perlawanan terpaksa dibawa ke tie-break apabila kedua-dua terikat 6-6 sama pada permulaan Serena berjaya mendapat mata awal setelah memulakan servis tetapi Azarenka memastikan tidak ketinggalan jauh seterusnya berjaya mendahului lawan 4-1 untuk memberi keselesaan kepadanya. Namun sikap tidak berputus asa Serena untuk mengejar mata akhirnya berjaya menyamakan mata 4-4 seterusnya memberi tekanan kepada juara bertahan ini. Walau bagaimanapun Vikka akhirnya menang set pertama setelah berhempas pulas dalam perlawanan tersebut dengan 7-6.

Dalam perlawanan kedua Serena William bangkit daripada kekalahan dengan servis ace yang menjadi dibantu  kesilapan pemain nombor satu dua Vikka yang memberi mata kepada setelah kesalahan membuat servis membuka peluang kepada bintang Amerika untuk terus mencapai kemenangan 6-3 dalam set kedua untuk membawa kepada perlawanan penentuan.

Pada perlawanan penentuan Vikka bermula agak perlahan apabila memberi dua mata awal kepada lawan sebelum bangkit menyamakan mata 30-30 seterusnya menang. Kini giliran Serena pula yang membuat kesilapan dan Vikka mngambil sebaik mungkin peluang apabila berjaya mengambil permainan bintang AS.
Dalam set ketiga Vikka memperkemaskan permainan dan tidak membuat kesilapan mudah untuk mendahului 3-0 tetapi Serena juga tidak mudah mengaku kalah dan berjaya memecahkan kebuntuan dengan menang perlawanan pertama menjadi 3-1. Walau bagaimanapun Vikka tidak mengulangi kesilapan di set  kedua untuk mempertahan kejuaraan tahun lalu di Qatar.

Walaupun mempertahan kejuaraan di Qatar pemain nombor satu dunia Victoria Azarenka terpaksa melepaskan gelaran nombor satu kepada Serena William biarpun lawannya tewas dalam perlawanan tersebut. Namun kejayaan mengalahkan Serena Wiliiam dalam perlawanan akhir mengubati kekecewaan seterusnnya kemenangan keduanya dalam kedua daripada 13 pertemuan mereka.

Pemain nombor dua dunia Vikka boleh mendapatkan kembali gelaran pemain nombor satu daripada Serena sekirannya berjaya ke perlawanan akhir seterusnya muncul juara di Kejohanan Tenis Terbuka Dubai minggu depan. 
 


Sunday, 17 February 2013

Tenis: Pemain no 1,2,3 dan 4 menepati ramalan mara ke separuh akhir di WTA Qatar




Pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka mudah melepasi ke separuh akhir selepas mengenepikan pilihan ke tujuh Sara Errani 6-2 6-2 untuk bertemu dengan pemain pilihan keempat Aganeska Radwaska.

Walaupun begitu, pemain Belarus tidak diberi laluan yang mudah oleh Sara Errani dalam perlawanan di suku akhir apabila kedua-dua pemain bermain dengan bagus dan penonton di Qatar terhibur dengan permainan yang berkualiti yang dipamerkan kedua-dua pemain.

Azarenka hanya mengambil masa sejam untuk mengatasi pilihan keempat dan setakat ini masih belum memberi sebarang perlawanan kepada lawan di WTA Qatar.

Namun begitu, pilihan kedua Serena William terpaksa berhempas pulas untuk mengalahkan pilihan kelapan Petra Ktitova 3-6 6-3 7-5 dalam perlawanan yang berlangsung dua jam setengah di stadium Khalifah.

pemain Amerika Syarikat ini dikejutkan di perlawanan pertama apabila tewas mudah 3-6 kepada pemain Republik Cech sebelum bangkit dalam perlawanan kedua 6-3 untuk mengheret ke perlawanan penentuan.

Dalam perlawanan ketiga, Serena bermula dengan agak buruk apabila ketinggalan 4-1 kepada pemain muda 22 tanun ini hinggga memberi tekanan kepada dirinya sendiri dalam usaha untuk ke separuh akhir. Namun begitu, Petra tidak menggunakan kelebihan berada dihadapan apabila melakukan kesilapan memberi dua perlawanan kepada lawan untuk mengikat permainan semula.

perlawanan semakin mendebarkan apabila kedua-dua pemain mengikat perlawanan 5-5 sehingga Petra sekali lagi membuat kesilapan dari segi pukulan servis terpaksa melepaskan perlawananya memberi kelebihan kepada Serena William untuk menang seterusnya mara ke separuh akhir.

Kini, Serena William menjadi pemain nombor satu dunia yang tertua berusia 31 tahun dalam sukan tenis setelah mara ke separuh akhir untuk bertemu dengan pilihan ketiga Maris Sharapova.

Dalam dua permainan suku akhir lain Mara Sharapova tidak ada masalah menewaskan Samanta Stosur 6-3 6-4 manakala pilihan keempat pula mara ke separuh akhir setelah menumpaskan bekas pemain nombor satu dunia Caroline Wonazki 6-3 7-5.

Jaguh Santai: Fotografi Malaysia mendapat pengiktirafan dunia

=== RAKYAT MALAYSIA MENANG FOTOGRAFI DUNIA ===

Seorang jurugambar rakyat Malaysia, Wei Seng Chen mencipta sejarah apabila memenangi  tempat pertama bagi kategori sukan dalam anugerah World Press Phot0 yang diadakan di Amsterdam, Belanda, hari ini.

Gambarnya yang memaparkan sukan lasak yang terdapat di Indonesia merupakan antara kategori utama yang dinanti-nantikan oleh semua pencinta fotografi seluruh dunia

Imej yang dirakamkannya itu memaparkan gambar seorang lelaki sedang memegang ekor dua ekor kerbau jantan di kawasan sawah padi di Batu Sangkar, Indonesia.

Dalam ruangan santai ini penulis akan menceritakan isu-isu semasa yang berkaitan dengan dunia sukan tempatan dan antarabangsa. Penulis akan mulakan dengan kejayaan fotografi muda Weng Sen Cheng yang telah mengharumkan Malaysia apabila karyanya dalam Fotografi mendapat pengiktirafan dunia apabila memperolehi tempat pertama bagi anugerah sukan World Press Photo yang diadakan di Amsterdam, Belanda.

Fotografi yang menggambarkan seorang lelaki memegang ekor dua kerbau jantan di kawasan sawah padi di Batu Sangkar, Indonesia ternyata memberi tuah kepada fotografi Malays .


Penulis berharap kejayaan fotografi Malaysia di dunia akan memberi inspirasi kepada fotografi2 lain untuk menangkap gambar yang memberi satu kelainan dan impak yang besar kepada masyarakat.

Tenis: Azarenka vs Serena di perlawanan akhir Qatar


Pemain Belarus menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah menumpaskan pilihan empat Aganiska Radwaska di perlawanan separuh akhir pertama semalam 6-3 6-3 di stadium Khalifah.

Azarenka yang merupakan juara bertahan tahun lalu kini dalam misi untuk mempertahankan gelaran pemain nombor satu dunia seakan mendapat momentum baru dalam perlawanan separuh akhir dengan permainan yang bertenaga  dipamerkan oleh pemain berusia 23 tahun ini.

Dalam separuh akhir kedua Serena William tidak mengalami masalah mengenepikan pemain pilihan ketiga dunia Maria Sharapova 6-3 6-2 untuk menempah tiket akhir bertemu pemain nombor satu dunia Azarenka di perlawanan akhir.

Mengikut rekod kedua-dua pemain Serena William unggul dengan menang 11 perlawanan berbanding pemain nombor satu dunia Azarenka yang hanya menang satu perlawanan sahaja dengan pemain Amerika Syarikat ini. Namun ini semua hanya ramalan awal di atas kertas sebelum kedua-dua pemain turun ke gelanggang.

Namun begitu, penulis berharap pemain 23 tahun, Azarenka akan lebih bersedia untuk bertemu dengan Serena William pada kali ini dan semua peminat tenis di dunia ingin melihat satu perlawanan yang berkualiti daripada kedua-dua pemain terbaik dunia ini di perlawanan akhir di Qatar.

Malahan takha nombor satu juga menjadi rebutan kedua-dua pemain malam ini dan semoga pemain yang terbaik layak mendapat gelaran tersebut. 

Friday, 15 February 2013

BOLA SEPAK: MU ikat Real Madrid

Manchester United berjaya mengikat Real Madrid 1-1 pada pusingan pertama Liga Juara-Juara Eropah di stadium Barbeatau.
erus
Namun begitu, pasukan tuan rumah dikejutkan oleh jaringan pembukaan daripada pihak lawan hasil tandukan kemas penyerang MU Welbeck pada minit ke-20 untuk mendahului Real Madrid.

Terserentak dengan jaringan dari MU pasukan bimbingan Mauricho terus memperkemaskan rentak permainan dan hasil penyerang sensasi Real Madrid Christiano Ronaldo berjaya meledak dengan tandukan yang tepat ke gawang gol untuk mengikat MU 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Dalam separuh masa kedua, Real Madrid yang banyak melancarkan serangan ke kubu MU namun digagalkan oleh penjaga gol De Gea. Walau bagaimanapun MU sekali sekala melancarkan serangan balas ke atas Real Madrid mencemaskan penyokong tuan rumah apabila penjaring terbanyak Red Devil Van Persie hampir memberi gol kedua hasil kesilapan mereka menilai offside nasib baik Xabi Alonso berjaya menyelamatkan bola berkenaan.

Perlawanan Real Madrid dan MU memang ditunggu ramai peminat bola sepak dunia apabila melibatkan pertembungan antara C.Ronaldo dengan kelab lamanya MU.Malahan pertemuan semalam yang terbaik disajikan oleh kedua-dua pasukan walaupun berakhir dengan keputusan seri.

Kedua-dua pasukan akan bertemu lagi pada pusingan kedua pada 3 Mac di London untuk menentukan Real Madrid atau MU yang terbaik layak ke peringkat seterusnya dalam Liga Juara-Juara Eropah ini.

Sunday, 3 February 2013

BOLA SEPAK: Harimau Muda ditewaskan pertama kali di Australia






Harimau Muda Malaya yang menang bergaya dalam dua siri persahabatan di Australia terpaksa akur tewas pertama kali 1-2 kepada kelab Liga Perdana Australia (APL), Brisbane Olimpik pada perlawanan ketiga di Goodwin Park Brisbane .

Pasukan bimbingan Ong Kim Swee telah dikejutkan dengan dua jaringan awal minit 19 dan 39 sebelum Ferris Danial Mat Nasir merapatkan jaringan pada minit ke-88.

Jelajah ke Australia merupakan persiapan skuad bawah 23 tahun untuk mempertahankan pingat emas bola sepak di sukan  Sea di Myammar pada penghujung tahun ini.

Dalam dua perlawanan awal Harimau Malaya mencatat kemenangan dengan dua pasukan APL iaitu Palm Beach 5-1 seterusnya menang tipis ke atas Brisbane Lion FC 2-1. Aksi persahabatan ini akan berakhir pada 5 Februari apabila Harimau Muda dijangka menentang juara Liga Perdana Australia Brisbane Roar pada musim 2011/2012.

Selepas berakhirnya siri persahabatan di Australia, Harimau Muda A dijangka akan berlatih lima bulan di Slovakia bermula 15 Mac sehingga Ogos.
 



BOLA SEPAK: Nazmi menamatkan kontrak dengan Beira Mar


Penyerang muda negara Nazmi Faiz Mansoor kini telah sah menamatkan kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal Divisyen 1, SC Beira-Mar merungkap segala teka-teki kepulangannya ke tanah air semalam.

Nazmi Faiz sendiri mengesahkan tidak akan kembali semula ke Portugal  ketika menandatangani kontrak dengan Presiden PKNS Selangor, Noor Hisham Mohd Gouth  dalam majlis penyerahan jersi 33 yang akan dipakai bekas pemain Harimau Muda bawah 23 tahun.

Nazmi Faiz merupakan pemain pertama yang berjaya menembusi pasaran Eropah apabila menandatangani kontrak dengan kelab Portugal Divisyen 1, SC Beira Mar pada bulan Mei tahun lepas.

Nazmi Faiz hanya lapan bulan bermain bola sepak di Portugal sebelum membuat keputusan kembali ke Malaysia untuk beraksi dalam Liga Malaysia mewakili kelab PKNS, Selangor

Penyerang berusia 18 ini membuat keputusan dengan berbincang dengan ejennya dari Portugal, Marco Guimaraes dan ibu bapanya untuk menamatkan kontraknya dan segalannya dipersetujui bersama dengan kelab tersebut.

Bagi, Jaguh dan peminat bola sepak tanah air pasti terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Nazmi Faiz untuk meninggalkan kelab SC Beira-Mar kerana peluang untuk berkelana dalam menimba ilmu bola sepak di luar negara terutamannya Eropah bukan senang namun kita seharusnnya menghormati keputusan penyerang muda ini.


BOLA SEPAK: Mimpi buruk Ronaldo

Penjaring sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo mencatatkan mimpi buruk sepanjang karier bola sepaknya apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-23 sekaligus Real Madrid tumpas mengejut 1-0 di kepada Granada.

Ronaldo telah menjaringkan 21 gol pada musim ini termasuk gol sendiri pagi semalam. Kekalahan Real Madrid pagi semalam menyulitkan mereka untuk mengejar pendahulu liga Barcelona yang akan bermain hari ini menentang Valencia.

Real Madrid kini mengumpul 43 mata daripada 22 perlawanan dan ketinggalan empat mata kepada Atletico Madrid yang berada di tangga kedua yang akan bertemu Real Betis hari ini.

Malahan Real Madrid akan turun sekali lagi pada hari Rabu ini dalam separuh akhir kedua  selepas terikat 1-1 dengan Barcelona dalam Piala Copa Del Ray manakala pertemuan kedua pula melibatkan Atletico Madrid yang menang tipis ke 2-1 ke atas Sevila.

Keputusan La Liga yang lain:
Granada CF 1 - 0 Real Madrid
RCD Espanyol 3 - 2 Levante UD
Getafe CF 3 - 1 Deportivo La Coruña
Osasuna 1 - 0 Celta de Vigo

BOLA SEPAK: Rooney wira MU Scosster pemusnah Chelsea





Penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney menjadi wira kepada The Red Devil apabila gol tunggal  pada minit ke-79 berjaya menewaskan Fulham 1-0  membolehkan pendahulu liga ini mencatatkan 10 mata yang penting bagi menjarakkan mata dengan Manchester City yang akan bermain malam ini menentang Liverpool.

Pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan buntu dalam mendapatkan jaringan walaupun ada beberapa peluang terutamannya kepada Rooney.

Kini MU mengumpul mata  62 mata daripada 26 permainan selesa di puncak liga manakala Manchester City penyandang juara tahun lepas 52 mata di tempat kedua tetapi kekurangan satu perlawanan.






  
Sissoko pemusnah Chelsea

 Moussa Sissoko menjadi pemusnah kepada Chelsea 3-2 apabila  jaringannya pada minit ke-68 memberi  tiga mata berharga kepada  Newcastle United yang kini menghuni tangga ke- 15 dalam Liga Inggeris  .


Tuan rumah terleh dahulu menjaringkan pada  gol hasil tandukan cantik Jonas Gutierrez pada minit ke-41 untuk menewaskan Peter Cech kekal untuk separuh masa pertama dan empat minit bersambung masa kedua Tim Krul menyamakan kedudukan bagi Chelsea hasil kelam-kabut di hadapan pintu gol Newcastle United.

The Blues terus menyerang ke kubu NU hasilnnya.hantaran cantik Fernando Torrekepada Juan Mata membolehkan gol kedua Chelsea dengan satu rembatan yang kemas menerjah pintu gol Newcastle United.

Namun sikap tuan rumah yang tidak berputus asa untuk memperolehi gol kedua membuahkan hasil apabila 
Papiss Cisse mudah menyumbat gol kedua Newcastle United menghukum kelalaian barisan pertahanan Chelsea yang ghairah untuk menambah jaringan.

The berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada masa tambahan apabila salah seorang pemain NU Collocini telah menjatuhkan Demba Ba dalam kotak penalti tetapi pengadil Howard Webb  menafikan peluang Chelsea untuk memperoleh penalti.




Keputusan lain Liga Perdana Inggeris

Fulham 0 - 1 Manchester United
Wigan Athletic 2 - 2 Southampton
Arsenal 1 - 0 Stoke City
Everton 3 - 3 Aston Villa
Newcastle United 3 - 2 Chelsea
Reading 2 - 1 Sunderland
West Ham United 1 - 0 Swansea City
Queens Park Rangers 0 - 0 Norwich City










Saturday, 2 February 2013

BOLA SEPAK: Harimau Malaya mudah dijinakan Iran



Harimau Malaya mudah dijinakan oleh pasukan Iran 3-0 dalam perlawanan persahabatan malam tadi di stadium bukit Jalil sekaligus mencetuskan kegusaran peminat bola sepak apabila bakal bertemu dengan Qatar pada Rabu ini dalam kempen kelayakan Kumpulan D Piala Asia di Doha.

Pada babak pertama, pasukan bimbingan Rajagopal telah ketinggalan dengan dua gol hasil ledakan Alaa Abdul Zahra seawal minit ke-15 sebelum Muhannad Abdulrahim menambah gol kedua minit ke-38.

Malahan dalam separuh masa kedua skuad negara masih buntu mencari jaringan dan bertambah parah apabila pasukan Iran menambahkan gol ketiga hasil rembatan  Ismail Durgham pada minit ke- 66.

Kali terakhir Harimau Malaya bertemu dengan Iran pada 2006 turus tewas 0-4, kekalahan ini akan menimbulkan keresahan kepada jurulatih negara, Rajagopal kerana skuadnya akan bertemu Qatar ranking yang lebih rendah  daripada Iran.

BOLA SEPAK: Kepulangan Nazmi mengejutkan peminat bola sepak tanah air



Penyerang sensasi negara Nazmi Faiz yang beraksi di Liga Portugal selepas menangani tiga tahun kontrak bersama Beira Mar pertengahan tahun lalu telah pulang  mengejut ke Malaysia menimbulkan pertanyaan semua pihak termasuk jurulatih bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee.

Malahan penyerang muda ini juga telah membuat keputusan untuk untuk beraksi dalam pasukan Liga Super Selangor PKNS. Hal ini disahkan apabila gambar Nazmi Faiz yang bersalaman dengan pengurus Selangor PKNS dimuat naik dalam laman sosial Facebook PKNS FC.

Menurut laman web FOX, Nazmi Faiz mendapat pelepasan selama enam bulan daripada kelabnya Beira Mar.

Namun begitu, kepulangan penyerang 19 tahun ini masih menjadi tanda tanya semua peminat bola sepak tanah air dan sehingga kini beliau masih belum memberi sebarang penjelasan tentang kepulangan ke Malaysia.





BOLA SEPAK : Samba memecahkan rekod perpindahan QPR




Pemain pertahanan Congo Christopher Samba memecahkan rekod perpindahan  terbesar bagi kelab Queens Park Ranger  dengan nilai £12.5 juta (RM61.4 juta).

Samba akan bermain bersama dengan QPR selama empat setengah tahun dan berharap kedatangan pemain berbadan sasa ini mampu mengukuhkan pertahanan QPR.

Pada ketika ini, QPR yang dipimpin oleh Harry Redknapp  berada dalam tangga tercorot dalam Liga Inggeris.

Malahan QPR juga melengkapkan musim perpindahan pemain dengan membawa masuk pemain tengah Tottenham, Hotspur  Jermaine Jenas dan Andros Townsend.




























BOLA SEPAK: Hukuman Hazard dikekalkan



Pemain pertahanan Chelsea Eden Hazard yang dibuang padang setelah dikenakan kad merah oleh pengadil selepas menyepak  budak pengutip bola ketika perlawanan bertemu Swansea pada separuh akhir Piala Liga dikekalkan hukuman oleh Persatuan Bola Sepak (FA).

 Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris tidak berhasrat untuk menambah hukuman yang sedang dijalani Hazard pada ketika ini  digantung  tiga perlawanan selepas menerima kad merah.

Hazard akan terlepas bermain apabila Chelsea bertemu dengan Bretford dan Reading. Namun apabila The Blues bermain gelanggang sendiri minggu depan Hazard boleh diturunkan setelah bebas daripada hukuman.

Bagi pemerhati bola sepak hukuman yang dikenakan oleh Hazard tidak setimpal dengan tingkah lakunya untuk memberi peringatan kepada pemain-pemain lain untuk tidak mengulangi perkara yang sama.

BOLA SEPAK : Beckham milik PSG


 Bekas kapten England, David Beckham telah menandatangani lima bulan kontrak dengan kelab liga Perancis, Paris Saint-Germain setelah meninggalkan kelab Los Angeles Galaxy tahun lepas.

Ikon bola sepak dunia ini masih lagi popular apabila menjadi pemain yang mempunyai mempunyai kekayaan bersih £190 juta (RM934 juta) sepanjang menceburi sukan ini.

Perpindahan penyerang 37 tahun ini menamatkan desas-desus kelab yang bakal dipilih bekas bintang kelab Manchester United, Real Madrid dan AC Milan.

Malahan Beckham juga akan mendermakan seluruh gajinya miliknya sepanjang bermain dengan kelab PSG kepada dana kebajikan kanak-kanak.

Kedatangan Beckham ke liga Perancis akan menaikkan Ligue 1 yang sebelum ini pemain lebih memilih Liga Perdana Inggeris dan mengembangkan jenama Qatar yang menjadi penaja utama PSG ke Asia.

Pada masa ini, PSG berada di tangga pertama Ligue 1 dan masih bersaing dalam pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah.

BOLA SEPAK: Teka-teki Balotelli terjawab apabila disahkan ke AC Milan

Penyerang kontroversi Manchester City Mario Balotelli akhirnya  disahkan akan ke AC Milan menamatkan desas-desus dengan kelab itu tahun lepas apabila telah menandatangani empat tahun setengah dengan nilai perpindahan £17m.

Isu perpindahan penyerang muda dari Itali ini bertiup kencang apabila beliau telah bertengkar dengan pengurus MC, Roberto Mancini semasa latihan tahun lalu tetapi dinafikan  oleh pihak pengurusan MC. Malahan pemain ini juga pernah bergeser dengan rakan sepermainan dalam padang.

Pemain yang diberi jolokan 'pemain nakal' sepanjang bersama dengan MC pada tahun 2010 telah membuat penampilan sebanyak 80 kali dengan pasukan MC dan menjaringkan 30 gol dalam Liga Perdana Inggeris.

Penyerang muda berusia 22 tahun ini tampil buat kali terakhir dalam jamuan makan malam di London bersama rakan sepasukan sebelum Manchester City menentang Queens Park Ranger.

'' MC sebuah kelab yang istimewa  akan sentiasa dalam hati saya, terima kasih kepada peminat yang banyak menyokong  dan rakan sepasukan,''katanya dalam laman web Manchester City.