Saturday, 31 March 2012

Jaguh Badminton Kejohanan Axiata: Malaysia tewas lagi


Malaysia leopark gagal menangani barisan muda Indonesia Rajawali apabila tewas 3-0 dalam perlawanan pertama yang berlangsung di stadium negara, Kuala Lumpur.

Misbun Ramdan yang turun sebagai perseorangan Malaysia Leopark pertama gagal memberi mata pertama kepada negara apabila tewas mudah kepada Tommy Sugiarto 21-18, 21-16.

Namun beregu kedua negara yang mesti menang untuk menghidupkan peluang negara ternyata tidak dapat menangani beregu Indonesia Rajawali yang berpengalaman Yulianto-Chandra terpaksa tunduk 14-21-21-22.

Jaguh remaja dunia, Zulfadli Zulkifli sebagai perseorangan ketiga turut tidak berdaya memberi sekurang-kurangnya satu mata kepada pasukan negara tewas mudah 16-21,5-21 kepada Rumbaka.

Kekalahan pasukan Malaysia Leopark mengikut jejak skuad utama negara Malaysia Tiger apabila turut tewas kepada Indonesia Rajawali 2-1.

Pasukan negara masih berpeluang menebus kekalahan kepada Indonesia apabila bertemu sekali lagi pada esok hari untuk menentukan pasukan yang akan bermain di perlawanan akhir Kejohanan Axiata.

Namun begitu dua liku berbeza dihadapi pasukan negara Malaysia Tiger mesti menang ke atas Indonesia Garuda 3-0. Sekirannya Malaysia ingin ke perlawanan akhir mungkin perlu menurunkan Lee Chong Wei untuk menghadapi Taufik Hidayat.

Malaysia Leopark yang dibarisi pemain remaja mempunyai misi yang sukar untuk menewaskan Indonesia Rajawali apabila mesti menang 3-0 tanpa melepaskan sebarang perlawanan kepada lawan. Misi ini nampak mustahil untuk skuad remaja negara tetapi boleh direalisasikan sekirannya semangat juang yang tinggi dalam diri pemain negara.

Penulis berharap kedua-dua pasukan negara akan bermain dengan penuh semangat apabila menentang Indonesia esok seterusnya layak ke peringkat akhir untuk menepis segala kritikan orang ramai terhadap pasukan negara.

Monday, 26 March 2012

Jaguh Badminton : Kejohanan Axiata Harimau hilang taring kepada Rajawali


Pasukan Malaysia Tiger dikejutkan oleh pasukan Rajawali Indonesia  tewas 2-1 dalam Kejohanan Axiata yang berlangsung di stadium negara semalam.

Malaysia Tiger telah layak di separuh akhir dalam kejohanan berpasukan termahal dalam badminton hanya turun ke gelanggang semalam untuk menentukan juara dan naib juara dalam kumpulan A apabila bertemu pasukan Rajawali.

Dalam perlawanan tersebut pasukan Malaysia Tiger telah menurunkan Hafiz Hashim sebagai perseorangan pertama telah mengejutkan penyokong negara apabila kecundang kepada pemain muda Indonesia Rajawali 21-16, 20-22, 21-15 untuk memberi mata pertama kepada pasukan Indonesia.

Walaubagaimanapun, beregu utama negara Koo Kien Kiet dan Tan Bon Heong yang boleh menebus kekalahan Hafiz Hafiz seterusnya menyamakan kedudukan untuk menghidupkan peluang Malaysia Tiger menjadi juara kumpulan ini ternyata mengecewakan pasukan Malaysia apabila tewas kepada beregu muda Indonesia Rajawali 21-8, 18-21,17-21 sekaligus Indonesia menjadi juara kumpulan A.

Liew Daren menjadi penyelamat maruah negara apabila menyumbang mata tunggal negara menang 21-15,21-17 ke atas perseorangan ketiga Indonesia Rajawali.

Kekalahan pasukan Malaysia Tiger yang dibarisan pemain utama negara kepada pasukan muda Indonesia menggambarkan pasukan badminton negara menghadapi masalah besar untuk mempersiapkan pasukan ini di Kejohanan Piala Thomas kelak.

Walaupun Jurulatih negara Rashid Sidek memberi alasan pasukan Malaysia Tiger keletihan selepas mengharungi tiga perlawanan sebelum ini pasti tidak boleh diterima oleh peminat badminton negara tewas kepada barisan kedua Indonesia.

Prestasi Hafiz Hashim dan Koo-Tan dalam aksi terakhir dalam pusingan pertama sungguh mengecewakan apabila tewas kepada pemain muda Indonesia sedangkan mereka pemain terbaik dunia. Pasukan negara akan bertemu dengan pasukan utama Indonesia di separuh akhir.

Sebelum itu, pasukan Malaysia Leopark yang terlebih dahulu turun digelanggang tewas 3-0 kepada Indonesia Garuda di stadium Senayan. Pasukan remaja negara yang turut layak ke separuh akhir selepas berjaya menewaskan Vietnam dan Singapura.

Friday, 23 March 2012

Jaguh Badminton Kejohanan Axiata : Harimau bintang terkam Singa



 Harimau bintang terkam Singa apabila Malaysia junior mewakili Leopark menang ke atas Singapura 3-0 pada perlawanan perbukaan Kejohanan Axiata yang berlangsung di stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Namun begitu barisan muda negara tidak  menang mudah ke atas pasukan Singapura apabila terpaksa bermain tiga set dalam semua permainan sebelum menjinakan Sang Singa.

Ramdan Misbun diberi tugas untuk perseorangan pertama negara dalam perlawanan pembukaan tidak mengecewakan apabila memberi mata pertama Malaysia setelah  menang  22-20, 21-17, 21-19 ke atas Gostana dari Singapura.

Kemenangan tersebut telah menyuntik semangat kepada beregu negara apabila turun menentang beregu Singapura. Beregu negara terpaksa berhempas-pulas untuk menang ke atas beregu kedua Singapura. Beregu negara menang pada set pertama tetapi tewas  pada set kedua  sebelum bangkit kembali 21-15, 17-21  21-18 untuk memberi mata kedua negara.

Kapten junior Malaysia , Zulfadli Zulkifli  bermain sebagai perseorangan ketiga hanya untuk mengesahkan kemenangan pasukan negara setelah mendahului 2-0 ke atas Singapura.  Namun Zulfadli mengejutkan pasukan Malaysia apabila tewas mudah set pertama kepada Huang Qio sebelum bangkit dua perlawanan berikutnya untuk kemenangan bergaya pasukan Malaysia 17-21, 21-16 21-18.

Walaupun pasukan junior negara mencatatkan kemenangan  ke atas Singapura, Pasukan remaja negara masih perlu memperbaiki banyak kelemahan sekirannya ingin pergi jauh dalam kejohanan ini. Dalam perlawanan pertama jelas kelemahan mental pemain remaja yang turut dihadapi pasukan utama Malaysia. Setiap pemain negara mampu bermain dengan baik pada awal permainan tetapi hilang fokus pada saat perlawanan hampir tamat yang menyumbang kepada kekalahan pasukan.

Pasukan Malaysia junior akan menentang pasukan Vietnam pada perlawanan kedua esok. Perlawanan Malaysia dan Vietnam esok dijangka sengit untuk kedua-dua pasukan . Bagi Malaysia menang dengan Vietnam akan memberi moral yang tinggi kepada pemain-pemain negara untuk menentang pasukan Indonesia. Manakala Vietnam pula menang ke atas Malaysia akan menghidupkan peluang mereka untuk terus bersaing dalam kejohanan Axiata.

Namun begitu, cabaran sebenar barisan pelapis negara ialah apabila berhadapan dengan pasukan tuan rumah Indonesia Garuda pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Pasukan Malaysia bukan sahaja akan berhadapan dengan pemain indonesia sahaja dalam perlawanan tersebut tetapi penyokong tuan rumah yang akan memenuhi stadium keramat mereka Gelora Bong Karno. Pasukan Garuda senior tuan rumah ini merupakan barisan terkuat Indonesia dalam kejohanan ini yang diketuai oleh pemenang pingat emas olimpik 2004, Taufik Hidayat.

Bagi penulis pasukan muda negara mampu memberi tentangan kepada Indonesia sekirannya mental pemain-pemain negara mampu menyerap tekanan dalam perlawanan tersebut. Malaysia mampu mencuri sekurang-kurangan satu mata dalam perlawanan dengan Garuda melalui pemain perseorangan negara.

Pasukan Senior negara yang mewakili Tiger dalam kumpulan B akan bertemu dengan Filipina pada perlawanan pertama pada malam ini yang berlangsung di Kuala Lumpur dijangka tidak berdepan masalah untuk mengalahkan pasukan Filipina.

Thursday, 22 March 2012

Jaguh Badminton : Lee Chong Wei menarik diri menyertai Kejohanan Axita



Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei tidak akan bertanding dalam Kejohanan Axiata yang akan bermula pada esok di Malaysia dan Jakarta.


Lee Chong Wei telah membuat keputusan untuk menarik diri bertanding dalam kejohanan termahal dalam sukan badminton agar kecederaannya tidak bertambah parah sehingga laporan kesihatannya mengesahkan jaguh negara ini boleh bermain semula.


Pemain kelahiran Pulau Pinang sebelum ini dijadualkan akan tersenarai dalam Kejohanan Axita oleh Persatuan Badminton Malaysia ( BAM ) walaupun jaguh negara masih belum pulih kecederaaan bahu semenjak menarik diri dalam Kejohanan Seluruh England baru-baru ini.

Semalam Lee Chong Wei menjalani pemeriksaan kecederaan bahu di hospital Kuala Lumpur untuk mengetahui tahap kesihatannya. Jaguh negara mulai rasa kesakitan apabila bermain dengan jaguh perseorangan Korea Selatan Lee Hyun II di separuh akhir dan bertambah teruk apabila menentang musuh utamannya Lin Dan di perlawanan akhir di Kejohanan Seluruh England.

Kejohanan Axiata menawarkan  RM3 juta yang termahal dalam sukan badminton. Namun kejohanan ini melibatkan pasukan Asia Tenggara sahaja seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dll. Dalam kejohanan ini setiap pasukan akan menghantar dua pasukan untuk mewakili negara masing-masing yang terdiri pemain senior dan junior.

Dalam Kejohanan Axiata Hafiz Hashim dijangka mengetuai pasukan Tiger dan juara dunia junior Zulfadli Zulkifli diberi tanggungjawab mengalas sebagai ketua untuk pasukan Leopark.

Bagi penulis keputusan jaguh negara adalah tepat untuk tidak mengambil bahagian dalam kejohanan yang terdekat agar kecederaan tidak parah walaupun beliau masih lagi boleh bermain badminton. Bagi peminat badminton jangan kecewa dengan keputusan Lee Chong Wei, ingat misi utama negara ialah Kejohanan Sukan Olimpik 2012 untuk merangkul emas pertama negara.


Wednesday, 21 March 2012

Jaguh Bola Sepak : Messi pemain termahal dunia




Pemain terbaik dunia Lionel Messi kini menerima gaji yang termahal dalam sejarah bola sepak mengatasi bekas kapten England David Beckham.

Gaji tahunan Messi sebanyak RM64 juta bakal meningkat apabila menjadi duta kepada jenama terkemuka Pepsi dan Adidas. Bintang Argentina ini dijangka memperoleh pendapatan RM133.577 juta pada tahun ini bersama dengan gaji dan bonus. Disamping itu, penyerang Barcelona ini juga laris dalam pengiklanan dan penajaan yang turut menyumbang kepada pendapatannya.

Bintang England, David Beckham yang sebelum ini menerima gaji termahal di dunia terpaksa akur di tempat kedua sebagai pemain yang menerima gaji pendapatan tertinggi yang dikeluarkan oleh majalah France Football baru-baru ini.

Bekas kapten England ini bertuah walaupun beraksi di Liga Amerika LA Galaxy, beliau tetap menerima bayaran yang mahal dalam bola sepak. Idola pujaan ramai ini mendapat tajaan yang cukup lumayan daripada pengiklanan dan menjadi duta yang terkenal di dunia. Bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid ini dijangka memperoleh pendapatan sebanyak RM126 juta pada tahun ini. Disamping itu, Becham akan dilantik menjadi duta Samsung di Sukan Olimpik London 2012.

Penyerang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo menduduki tangga ketiga yang menerima gaji tertinggi, diikuti bekas penyerang Barca Samuel Eto dan penyerang Manchester United  Wayne Rooney kelima dalam bola sepak.

Sementara itu, jurulatih sensasi Real Madrid Jose Mourinho yang terkenal  dengan gelaran The Special One menerima bayaran gaji yang paling  tinggi sebanyak RM49.67 juta pada tahun ini diikuti kedua tertinggi jurulatih PSG Carlo Ancelotti dan jurulatih Barcelona Pep Guardiola di tangga ketiga.

Pemain-pemain ini bertuah mempunyai bakat yang semulajadi dalam bola sepak dan telah berjaya mencipta nama menjadi pemain bola sepak yang terbaik dunia. Bagi anak-anak muda yang bercita-cita menjadi pemain bola sepak satu hari nanti teruskan hasrat anda untuk mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.



Tuesday, 20 March 2012

Jaguh Terjun di Kejohanan Dunia : Pandalela menyerlah di hari pertama kejohanan






Pandalela menceriakan pasukan negara apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 10 meter platform di hari pertama Siri Kejohanan Dunia di komplek Sukan Hamdan Bin Mohammad bin Rashid, semalam.

penerjun berusia 19 tahun ini membuat terjunan yang cemerlang apabila memperolehi mata 364.75 mata membuktikan beliau mampu bersaing dengan jaguh-jaguh dunia terutamanya penerjun China.

Kejayaan penerjun negara yang akan bersaingan dalam dua acara di Sukan Olimpik ini membanggakan Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia ( Asum ) Edwin Chong apabila Pandelala telah berjaya merapatkan jurang dengan seteru utama jaguh dunia dari China, Chen Roulin.

Jaguh dunia China Chen Roulin merangkul tempat pertama mencatat 395.70 mata diikuti penerjun Mexico Paola Espinosa 392.1 tempat kedua dan ketiga Pandalela 364.75 mata.



Mung Ye dan Pandalela menyumbang perak di Kejohanan Dunia

Percikan pingat di Sukan Olimpik dalam acara terjun semakin cerah apabila gandingan Pandalela Rinong dan Leong Mung Yee berjaya menyumbang pingat perak acara 10 meter platform seirama di Siri Kejohanan Dunia di Dubai.

Gandingan negara di tempat kedua mengumpul 316.38 manakala jaguh China, Chen Roulin- Wang Ha0 memperoleh 344.40 mata untuk muncul juara dalam acara 10 meter platform seirama. Penerjun Kanada Meagan Benfeli0-Roseline Felio menduduki tempat ketiga.

Mung Yee akan membuat penampilan ketiga di sukan olimpik pada tahun ini. atlet terjun merupakan kontigen yang terbesar mewakili Malaysia yang layak ke  Sukan Olimpik London. Sekirannya prestasi cemerlangan ini berjaya dikekalkan oleh atlet terjun tidak mustahil mereka akan menyumbang pingat buat negara di Olimpik pada bulan Julai nanti.

Jaguh Liga Juara-Juara Eropah 2012 : Undian suku akhir




 Undian suku akhir Liga Juara-Juara Eropah telah berlangsung di Nyon Switzeland. Jerman akan menjadi medan terakhir untuk merebut Piala UEFA apabila perlawanan akhir pada 19 Mei akan diadakan di Munich.

Pertembungan juara bertahan Barcelona ke atas gergasi Itali Ac Milan di suku akhir akan menyaksikan satu pertarungan yang menarik. Chelsea satu-satu wakil dari England akan menentang kelab Portugal Benifa di suku akhir. Real Madrid pula mendapat laluan mudah di suku akhir apabila menentang kelab Cyprus Apoel.

Perlawanan suku akhir akan diadakan pada 27 dan 28 Mac dan timba balik akan berlangsung pada 3 dan 4 April 2012. Pasukan yang berjaya di suku akhir akan bermain di separuh akhir pada 24 dan 25 April.



                                                                                                                 Sumber UEFA   



Jaguh Bola Sepak Piala FA Inggeris : Torres akhirnya kemarau gol


SELAMAT KEMBALI TORRES



Fernando Torres akhirnya menamatkan badi tanpa jaringan pada musim ini apabila meledak dua gol untuk membantu pasukan Chelsea menang 5-2 ke atas Leceicester pada suku akhir Piala FA, semalam.

Torres yang gagal menjaringkan gol dalam tempoh lima bulan perlawanan semenjak menentang Genk dalam Liga Juara-Juara pada Oktober berjaya menemui sentuhan berbisanya di Stamford Bridge.

Pengurus sementara Chelsea Roberto del Matteo gembira apabila Torres berjaya menjaringkan gol seterusnya  bakal menutup mulut pengkritik terhadapnya sebelum  ini  yang tidak puas hati dengan prestasinya sebagai penyerang yang menerima yuran perpindahan 50 juta pound pada musim lalu.


Walaupun menentang pasukan Divesyen dua, Torres memanfaat peluang yang diperolehi apabila menjaringkan gol pada minit ke- 64 disusuri tandukan pada minit ke-86. Jaringan tersebut mendapat sokongan yang gemuruh daripada penonton The Blues apabila penyerang kesayangan mereka menyinar pada malam itu.

Semoga Torres akan terus menjaringkan gol pada masa akan datang dan mencapai kegemilangannya menjadi seorang penyerang digeruni dalam dunia bola sepak.

Jaguh Bola Sepak Liga Super : Amukan sang penyu di Terengganu


Pasukan bimbingan Mat Zan seakan melepaskan kemarahan dan kritikan daripada orang ramai terhadap pasukan apabila membelasah Sabah  6-3 di  Kuala Terengganu.

Penyerang sensasi Terengganu Ashari Shamsudin membuka tirai jaringan pada minit keempata untuk menewaskan penjaga gol Sabah. Selangkan beberapa minit kemudian penyerang import Terengganu Doe bijak melolosi lawan apabila menjaringkan kedua pasukan Terengganu.

Pada minit ke-13 sekali lagi Doe menjadi pemusnah kepada Sabah apabila menjaringkan gol kedua peribadi dalam perlawanan tersebut untuk menjadikan 3-0.

Pasukan pelawat memperkemaskan permainan apabila mudah dibolosi oleh pasukan tuan rumah berjaya mendapat gol pertama apabila bekas pemain kebangsaan Zainizam Marjam minitke-33.

 Manaf Mamat melebarkan jaringan untuk pasukan Terengganu dengan gol keempat, Bintang import Sabah meledak gol kedua untuk menghidupkan sisa-sisa perjuangan pada babak pertama.

Pada babak kedua perlawanan pasukan Sabah terus mengasak kubu tuan rumah akhirnya berjaya merapatkan defisit jaringan 3-4 hasil jaringan Rozaimi Suhaimi pada minit 64.

Terserentak dengan jaringan tersebut, sang penyu bangkit untuk menambah gol dan membuahkan hasil apabila Doe sekali lagi meledak gol untuk mencipta hatrik pada perlawanan malam itu. Gol tersebut jelas mematikan terus semangat juang pasukan Sabah.

Seakan belum puas dengan lima gol pasukan pantai Timur, Joseph Kaling the memastikan namanya tersenarai dalam penjaring malam itu apabila menjaringkan gol keenam pada minit 74.

Kemenangan ini akan memberi suntikan moral kepada pasukan Terengganu yang akan bersaingan dalam perlawanan AFC menentang pasukan Hong Kong hari Selasa ini.









Jaguh Hoki Kelayakan Olimpik : Korea pasukan Asia ketiga layak ke Olimpik



Lee Nam Yong menjadi wira pasukan Korea Selatan apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada 2 saat sebelum perlawanan tamat untuk menghantar pasukan Korea ke sukan Olimpik 2012.

Jaringan kontrovesi  Lee Nam Yong hadir selepas pasukan Korea mendapat pukulan percuma di luar penalti sebelum disudahi dengan pukulan kencang oleh pemain Korea sekaligus mencipta kemenangan kepada Korea 3-2 menewaskan pasukan Ireland.

Pasukan Korea muncul negara ketiga dari Asia yang berjaya ke Olimpik London mengiringi  pasukan Pakistan dan India.

Pasukan Ireland terlebih dahulu mencemaskan pasukan Korea Selatan apabila berjaya menjaringkan gol awal pada minit ke-13 oleh Peter Caruth. Namun sikap tidak berputus asa pasukan Asia ini untuk mendapatkan gol akhirnya terlerai apabila larian solo penyerang Korea Nam Yong berjaya menewaskan benteng pertahanan Irish untuk mengikat 1-1 sebelum masuk ke bilik persalinan.


Babak kedua permainan pasukan Korea Selatan mendominasi permainan dengan pukulan pantas dan kemahiran individu yang tinggi oleh pemain mereka. Pasukan tuan rumah yang mendapat sokongan padu dari penyokong mereka sekali lagi berjaya membolosi kubu Korea Selatan jaringan  Timothy Cockram penyerang terbanyak  Ireland dalam pusingan akhir kelayakan hoki ke Olimpik untuk mendahului 2-1.

 Pasukan nombor enam dunia ini tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila penjaga gol Irish menjatuhkan penyerang Korea dalam kotak penalti  memaksa pengadil memberi pukulan penalti stroke kepada pasukan Korea.

 Penyerang Korea Lee Nam Yong yang diberi tanggungjawab mengambil pukulan penalti tenang menewaskan penjaga gol Ireland untuk mengikat pasukan tuan rumah 2-2  seterusnya mendiamkan penyokong tuan rumah dengan gol tersebut.

Perlawanan yang nampak akan berakhir dengan seri untuk membawa ke masa tambahan tetapi pasukan Korea menggunakan kelebihan apabila menerima pukulan percuma beberapa saat sebelum masa ditamatkan. Gol kemenangan yang dijaringkan oleh pasukan Korea mendapat bantahan daripada pemain Irish walaubagaimanapun gol tersebut disahkan hasil tayang semula video gol tersebut.

Pasukan Irish terpaksa menerima kekalahan di laman mereka sendiri dan peluang untuk mencipta sejarah pertama kali layak ke sukan Olimpik tidak kesampaian apabila disekat pasukan Korea Selatan. Dalam permainan selagi masa belum tamat apa-apa boleh berlaku sekirannya mana-mana pasukan yang tidak memberi tumpuan yang sepenuh akan menerima padah.








Monday, 19 March 2012

Jaguh Tenis Kejohanan ATP Paribas Indian Wells : Federer dan Azarenka muncul juara




Roger Federer ternyata unggul dengan pukulan kencang apabila menewaskan Isner  7-6, 6-4 di perlawanan akhir untuk muncul juara di Kejohanan Tenis Indian Wells semalam.

Pemain no 2 dunia ini terlebih dahulu dipaksa berkerja keras sehingga ke tie-break  oleh pemain Amerika Syarikat ini sebelum menang 7-6 pada set kedua.

Hujan renyai-renyai pada awal perlawanan menjejaskan sedikit rentak pemain apabila perlawanan terpaksa dihentikan untuk menunggu hujan reda. Penulis tabik kepada penyokong kedua-dua pemain sanggup berhujan dan tidak berganjak dari tempat duduk demi melihat pemain kesayangan mereka beraksi dalam perlawanan akhir.

Pada set kedua Roger Federer menafikan kebangkitan Isner apabila menang mudah 6-4 untuk melakar kejuaraan ketiga pada tahun ini.Pemain Switzeland ini masih segar dengan kejuaraan yang diraih di Kejohanan  Abu Dhabi membuktikan sebagai jaguh tenis terhebat dengan tiga gelaran utama berjaya dijulang pada tahun ini.

Bagi John Isner mengejutkan pilihan pertama dunia Novak Djokovic di separuh akhir merupakan kejayaan terbesar yang dilakar oleh pemain Amerika Syarikat ini. Pemain no 11 dunia ini akan berada dalam kelompok 10 ke atas dalam ranking terbaru tenis setelah cemerlang dalam Kejohanan Tenis India Wells.




Tarian Kejuaraan Azarenka






Victoria Azarenka menang bergaya ke atas musuh ketatnya Maria Sharapova di perlawanan akhir 6-2, 6-4 untuk menjulang kejuaraan di Kejohanan Tenis Indian Wells.

Azarenka meraikan kejayaan dengan cara tersendiri apabila menari di gelanggang tenis setelah menewaskan Maria Sharapova apabila tamat perlawanan. Azarenka melebarkan 23-0 rekod kemenangan pada tahun in 2012 tanpa kekalahan.



Pukulan kencang yang dipamerkan oleh pemain pertama dunia ini menjadi pemusnah kepada Sharapova pada set pertama apabila mudah menang 6-2.

Ratu Russia cuba bangkit pada masa kedua namun pukulan dan kesilapan sendiri memberi mata mudah kepada Azarenka apabila  terpaksa akur dengan kehebatan lawannya apabila tewas 4-6. Sharopova tidak berjaya membalas dendam kekalahan kepada Azarenka di Grand Slam Australia apabila tewas kali kedua kepada pemain yang sama.

Jaguh Formula One 2012 : J. Button juara



Pelumba Mclaren Jenson Bunton  muncul juara sulung perlumbaan Formula One di Melbourbe Australia dengan catatan masa terpantas 1jam 34 minit :09.565 saat.

Litar Melbourne ternyata memberi tuah kepada J. Button apabila muncul juara kali ketiga selepas melakukannya pada 2009 dan 2010. Bekas jaguh dunia 2009 mencatatkan kejuaraan yang ke-13 sepanjang kariernya dalam pelumbaan Formula One.

Juara dunia tahun lalu Sebastian Vettel di tempat ketiga selepas menduduki tempat ke-6 dalam catatan masa semalam berjaya menebusi kesilapanya dengan menaiki podium pada hari ini manakala pelumba utama Mclaren Hamilton yang meraih tempat pertama gagal meneruskan kecemerlangan dalam perlumbaan Formula One pada hari apabila sekadar di tempat ketiga.

Namun begitu, litar Melbourne yang menjadi acara pembukaan perlumbaan Formula One tidak gembira bagi beberapa pasukan gagal menamatkan perlumbaan akibat masalah teknikal yang dihadapi jentera mereka. Pelumbaan F1 masih jauh dan mampukah pasukan Ferarri, Mclaren dan Redbull bersaing dari segi pengeluar ?

Bagi peminat F1 jangan lupa beli tiket awal untuk melihat lebih dekat jaguh-jaguh F1 beraksi di litar Sepang destinasi kedua selepas Melbourne.

Sunday, 18 March 2012

Jaguh Hoki kelayakan Olimpik : impian ke London berkecai




Sedih hakikat yang terpaksa ditelan skuadb hoki negara apabila sekadar seri dengan Ireland dalam perlawanan penuh dramatik yang berlangsung di stadium Dublin Ireland semalam.

Jaringan Nabil Fikri pada minit ke 40 tidak mampu di pertahankan skuad negara untuk ke final untuk bertemu pasukan Korea Selatan untuk mencerahkan pulang ke Olimpik London apabila 10 minit terakhir untuk tamat perlawanan asakan pasukan Ireland yang mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri  ke kubu Malaysia berhasil apabila pasukan tuan rumah mendapat pukul penalti.

John Jerymn dengan tenang memukul bola ke gawang gol Malaysia untuk mengikat 1-1 hingga perlawanan di tamatkan. Pasukan Ireland akan bertemu Korea Selatan di perlawanan akhir untuk merebut tempat slot ke sukan Olimpik pada malam ini.

Skuad hoki negara yang kecewa dengan keputusan seri ini akan bertemu pasukan Russia untuk tempat ke 3 dan 4. Perlawanan ini mungkin tidak memberi makna apa-apa kepada kedua-dua pasukan apabila gagal untuk layak ke sukan Olimpik.

Namun begitu, perlawanan penuh emosi akan dipamerkan oleh pasukan negara terutamanya kapten negara Mazli Akmal yang akan bersara selepas tamat perlawanan malam ini dan beberapa pemain lain. Walaupun pasukan hoki negara gagal untuk layak ke sukan Olimpik dan perlu menunggu empat tahun lagi di Olimpik Brazil.




Saturday, 17 March 2012

Jaguh Hoki Kelayakan Olimpik : misi hidup mati skuad negara


Menang! misi hidup mati skuad hoki negara  ke atas Ireland untuk melayakan diri ke slot sukan olimpik akan ditentukan malam ini.

Pasukan Hoki negara yang cemerlang di kelayakan hoki olimpik pada tiga perlawanan awal apabila menang dengan jaring besar ke atas negara Russia, Ukraine dan Bulgaria ternyata tidak mampu mengekang asakan pasukan korea apabila tewas 2-3 di pusingan ketiga.

Pada pertemuan dengan Korea, skuad telah bekerja keras untuk menang pada malam itu namun tiga minit terakhir telah memusnahkan harapan pasukan negara apabila pasukan Korea Selatan menerima pukulan penalti dan berjaya menjaringkan gol untuk menang ke atas Malaysia.

Skuad Malaysia mesti menang dengan Ireland walaupun rekod pertemuan dengan pasukan tuan rumah tidak baik sebelum ini, sedangkan pasukan Ireland hanya perlu seri sahaja dengan Malaysia untuk layak automatik ke London.

 Jurulatih Tang Beng Hai bersama pasukannya optimis Malaysia mampu menang ke atas pasukan Irelan.  Penulis bersama rakyat Malaysia akan mendoakan kejayaan Malaysia agar mampu sekali lagi ke sukan Olimpik selepas kali terakhir skuad hoki negara ke Olimpik pada tahun 2000. 


Jaguh Badminton Grand Print Emas Terbuka Swiss : Beregu wanita negara wakil tunggal ke separuh akhir di Terbuka Swiss



Beregu wanita utama negara Chin Eei Hui-Wong Pei Tty muncul wakil tunggal negara yang mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Grand Print Emas Terbuka Switzeland selepas menewaskan pilihan kelima dunia dari Denmark Christina Pedersen- Kamila Ryter Juhl 21-18, 15-21, 21-8 untuk bertemu Xian Hua - Jian Tang dari China.

Liew Daren satu-satunya wakil negara dalam perseorangan lelaki yang berjaya ke pusingan ketiga dalam Terbuka Swiss bagaimanapun disekat oleh jaguh China Chen Ji yang merupakan pilihan kelima kejohanan 21-17, 21-18.

Kem negara terus suram apabila beregu muda negara V-Shem- Kok Siang yang melakar kejutan terbesar apabila menewaskan beregu China Chai Biao - Guo Zhendong  pilihan utama kejohanan pada pusingan ketiga.Bagaimanapun beregu negara terpaksa tunduk kepada  beregu Indonesia Alvien Yulianto- Chandra Wijaya dengan tiga set 21-15, 12-21, 12-21 walaupun mereka berjaya menang set pertama tetapi tidak dapat mengekalkan rentak kemenangan tersebut.

Malahan beregu campuran negara Peng Chong Chan dan Liu Ying Goh yang baru sahaja menduduki ranking ke 5 dunia tidak dapat membalas dendam kekalahan mereka di Kejohanan Seluruh England kepada beregu Indonesia Tantowi Ahmad dan Liyana Natsir. Beregu negara tewas dengan tiga set 21-19, 18-21, 25-23 kepada pilihan utama kejohanan di suku akhir.








Friday, 16 March 2012

Jaguh badminton Grand Print Emas Terbuka Switzeland : Gara-gara menunggu Zulfadli tewas






 Jaguh Remaja Dunia Zulfadli Zulkifli tewas pemain kurang ternama Bulgaria Sti-lian Makarski 22-20, 20-22 dan 17-20 pada pusingan kedua di Kejohanan Badminton Grand Print Emas Terbuka Switzeland awal pagi semalam.

Kekalahan mengejut jaguh muda negara ini gara-gara menunggu lama disebabkan perlawanan tertunda selama empat jam sebelum pada 11.30 malam pemain di minta turun ke gelanggang. Zulfadli terlebih dahulu turun seawal 6.30 petang kerana dijadual bermain pada pukul 8.05 malam ( waktu Switzeland)  ke gelanggang sebelum dimaklumkan masalah tersebut secara langsung membantut persiapan pemain negara ke atas lawannya.

Zulfadli akan bersaing bersama pemain lain dalam merebut tempat dalam pasukan Piala Thomas menerima sedikit tempias akibat kekalahan awalnya pada Terbuka Switzeland.

Pemain-pemain negara lain yang berjaya ke pusingan ketiga Terbuka Switzeland ialah Liew Daren yang kini mendaki tangga ke-37 dalam ranking dunia yang baru  berjaya menewaskan pemain dari Taiwan Hsu Jen Hao 21-19, 21-8. Liew Daren meneruskan langkah cemerlang dalam kejohanan ini selepas membuktikan dalam Kejohanan Seluruh England layak ke suku akhir sebelum tumpas kepada jaguh Korea Selatan Lee Hyun II.

Beregu lelaki negara Goh V Shem dan Teo Kok Siang mudah mengalahkan pemain nombor 17 dunia Ingo Kindervater - Johannes Schoettler dari Jerman 21-16- 21-17. Pada pusingan ketiga beregu negara akan bertemu pilihan kelima dari China Chai Biao- Guo- Zhendong.






Jaguh All England : China terus kuasai All England












Kuasa tembok besar terus mendominasi Kejohanan di Seluruh England apabila meraih empat gelaran juara di kejohanan yang tertua di dunia. Rentak kemenangan pasukan China dimulakan oleh perseorangan wanita yang membuka perlawanan badminton di arena Birmigham apabila kedua-dua perseorangan dari negara China berjaya melangkah ke final selepas menumpaskan lawan masing-masing di separuh akhir. Perlawanan perseorangan wanita menemukan antara Li Xerui merupakan pemain muda dari China menduduki ranking ketujuh dunia dan Wang Yihan pemain nombor satu di dunia. Namun begitu kejutan telah berlaku apabila Li Xerui berjaya menewaskan Wang Yihan pada set pertama 21-13 dan memastikan gelaran pertama di Seluruh England apabila menag 21-19 untuk muncul juara di penampilan pertamanya di kejohanan yang tertua ini. Wang Yihan yang merupakan pilihan pertama dalam kejohanan ini terpaksa akur kepada keghairahan dan semangat tinggi juniornya apabila hanya menjadi naib juara pada tahun ini.





 Satu-satunnya wakil dari negara Eropah dalam beregu campuran Thomas Layburn dan Kamilla Ryter Juhl yang tiada wakil daripada negara China. Beregu daripada Indonesia Tantowi Ahmad dan Liyana Nasir yang merupakan pilihan kempat kejohanan berjaya muncul juara selepas menewaskan beregu campuran daripada Denmark yang berada di rangking kelapan di dunia  dengan straight set 21-17, 21-19. 





Dalam beregu wanita dominasi China memang tidak dapat dinafikan oleh negara-negara lain apabila dua jaguh terbaik di dunia iaitu Xiaoli Wang dan Yang Yu menepati ramalan dengan status nombor satu di dunia menentang jaguh beregu nombor dua di dunia Xian Tian dan Yunlei Zhaoi. rekod pertemuan kedua-dua jaguh beregu dari China ini memihak ke pasangan nombor satu dunia dengan sembilan kemenangan berbalas tiga. Dalam Kejohanan Seluruh England 2012 pasangan nombor dua dunia telah mengejutkan pasangan pilihan dengan menang 21-17, 21-12 ke atas rakan sepasukan.



Perlawanan beregu lelaki juga menemukan pilihan pertama dan kedua di dunia antara Cai Yun dan Fu Haifeng dengan Lee Yong Dale dan Jae Song Jung. Perlawanan kedua-dua beregu terbaik di dunia ini antara yang mengkagumkan semua peminat badminton dengan ketangkasan, kelajuan servis dan pertahanan yang mantap ditunjukkan kedua-dua beregu sehingga memaksa permainan dilanjutkan ke permainan ketiga setelah set pertama dimenangi pasangan China 21-23 tetapi beregu korea menebus kembali kehampaan mereka apabila menang mudah set kedua 21-9 untuk membawa permainan ke set ketiga. Jaguh beregu korea tidak ulangi kesilapan set pertama apabila jauh meninggalkan beregu China 11-4 sebelum rehat dan memastikan kemenangan milik mereka dengan 21-14 untuk muncul juara kali kedua di Kejohanan di Seluruh Englandn 2012.

Jaguh Liga Juara-Juara Eropah : Ronaldo wira Real Madrid









Pasukan bimbingan Maurichio berjaya ke suku akhir selepas menewaskan CSKA Moscow 4-1 dalam pusingan kedua dengan agregat 5-2.

Ronaldo menjadi wira Real Madrid selepas menjaringkan dua gol untuk pasukannya diikuti Higuain, Karim Benzema. Bintang Portugal ini terus melebarkan jaringan peribadinya kepada 19 gol  dalam Liga Juara-Juara bersama Real Madrid berbanding 16 gol pada tahun lepas bersama pasukan lamanya Manchester United..

Dalam masa yang sama bekas kelab lama Mouricho Chelsea turut mara ke suku akhir selepas mengenepikan Napoli dalam keputusan yang penuh dramatik menang  4-1 secara agregat 5-4. 


Thursday, 15 March 2012

Jaguh Liga Juara-Juara Eropah : Chelsea penyelamat maruah Liga England





Jaringan Branislav Ivanovic pada masa tambahan telah membawa pasukan The Blues ke suku akhir Liga Juara-juara.

ketinggalan tiga gol di tempat lawan sebelum ini tidak mematahkan semangat Chelsea untuk memburu tiket ke slot kedua dalam liga Juara-juara.

Kapten Chelsea membuka tirai jaringan untuk The Blues diikuti jaringan kedua penyerang sensasi Ivory Coast Dider Drogra untuk mengikat kedudukan secara agregat 3-3 sebelum pasukan Napoli sekali lagi mendahului menerusi jaringan Gokhan Indler.

Namun gol tersebut tidak membunuh semangat pasukan The Blues yang mendapat sokongan padu daripada penyokong setia Chelsea di stadium Stamford Bridge apabila menerima sepakan penalti selepas pemain Napoli menampan bola dengan tangan. Frank Lampark diberi tugas untuk sepakan penalti mudah menyepak masuk bola menewaskan penjaga gol Napoli untuk mengikat kembali Napoli 4-4.

Jurulatih sementara Chelsea Roberto bangga pemainnya berjaya melakarkan kemenangan yang berharga ini untuk meneruskan kemaraan ke peringkat   lapan pasukan terbaik dalam Liga Juara-Juara.

Jaguh Tenis Kejohanan ATP Paribas di Indiana Wells: Djokovic dan Federer bergelut ke suku akhir lls
















Pemain pilihan  Djokovic, Roger Federer dan Rafael Nadal menepati ramalan awal apabila layak ke suku akhir dalam kejohanan tenis ATP yang berlangsung  di Indiana Wells, California USA.

Namun begitu pemain pilihan utama kejohanan yang merupakan pemain pertama di dunia terpaksa bergelut untuk ke suku akhir apabila diberi tentangan hebat oleh pemain bukan pilihan dari Sepanyol Pablo Anduyar.

Set pertama Djokovic mudah menang ke atas lawannya 6-0 manakala dalam set ke dua Anduyar telah bangkit memberi tentangan sehingga berjaya membawa Djokovic ke set tie break selepas kedua-dua pemain terikat 6-6 sebelum berjaya menewaskan pemain pilihan utama dengan 6-5 untuk mengheret perlawanan ke set ketiga.

Dalam set ketiga Djokovic telah memperkemas pukulan dan servis ace  untuk  meranap terus impian Anduyar  dengan menang 6-2 untuk ke suku akhir.




 Roger Federer  pilihan ketiga hampir tersingkir  apabila dikejutkan dengan kekalahan 3-6 kepada Thomas Belluci dari Brazil pada set pembukaan. Pada set kedua Federer telah bangkit untuk menang ke atas lawannya 6-3 untuk mengheret ke perlawanan ketiga. Pengalaman Roger Federer ternyata banyak membantu menang 6-4 ke atas Thomas melalui pukulan kencang, shot dan servis. Roger Federer akan bertemu pilihan kesembilan kejohanan Juan Martin del Porto dari Argertina.

Namun bagi Rafael Nadal pilihan kedua kejohanan tidak berdepan masalah mara ke suku akhir apabila hanya mengambil masa 1 jam 16 minit untuk  menang 6-0, 6-2  ke atas lawannya Dolgopolov dari Ukraine.





Pemain pilihan tersungkur





Jaguh Belarus  Angelique Kerber mengejutkan pilihan kelapan dunia   Li Na jaguh dari China dengan menang dalam masa satu jam 23 minit 6-4, 6-2 untuk mara ke suku akhir dalam kejohanan ATP Paribas di California, USA.

Azrenka pemain yang baru menduduki pemain nombor satu dunia tidak berdepan masalah untuk mengenepikan pilihan kelima dunia Radwanska 6-0, 6-2 untuk mara ke suku akhir.







\

Wednesday, 14 March 2012

Jaguh Bola Sepak Kelayakan Olimpik: Harimau Malaya pulang tangan kosong




Harapan skuad bola sepak Malaysia musnah untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata ke tanah apabila tewas kepada Syria 3-0 perlawanan yang berlangsung di stadium Raja Abdullah, Amman Jordan.

 Pertaruhan Ong Kim Swee nampak menjadi pada separuh masa pertama apabila skuad negara berjaya mengekang asakan pemain Syria 0-0.

Namun awal masa kedua gawang gol Malaysia akhirnya dibolosi pada minit 47 hasil rembatan cantik pemain Syria daripada kotak penalti sebelum menewaskan penjaga gol Malaysia Izan Tarmizi.

Malang turut menimpa skuad Malaysia apabila pemain pertahanan Fadhli Shas  menerima kad merah apabila mengasari pemain Syria memaksa skuad negara bermain 10 orang.

Skuad Syria menggunakan kelebihan pasukannya ke atas Malaysia untuk menambah dua gol lagi pada minit 69' dan 80 . Jaringan tiga gol berkekalan sehingga akhir perlawanan.

Jepun juara kumpulan C dan layak automatik ke sukan olimpik manakala pasukan Syria terpaksa berpuas hati di tempat kedua untuk bersaing sekali lagi dalam play off menentang wakil Afrika untuk merebut tiket ke sukan olimpik.

Malaysia pula tewas dan gagal mengutip mata dalam semua perlawanan. Secara keseluruhannya Malaysia di tempat tercorot dalam kumpulan C menjaringkan tiga gol dan dibolosi 16 gol dalam semua perlawanan peringkat kumpulan.

Pencapaian skuad bawah 23 tahun negara dalam kelayakan olimpik tiada apa yang membanggakan kerana banyak kelemahan yang harus skuad negara atasi dan pelajari untuk menentang pasukan terbaik di Asia.

Monday, 12 March 2012

Jaguh All England : Super Dan rangkul gelaran kelima di All England






Lin Dan bersama piala yang dimenangi di Kejohanan Seluruh England 2012


Jaguh tembok besar China sekali lagi berjaya merangkul gelaran juara kali ke-5 di Kejohanan Seluruh England selepas jaguh negara Lee Chong Wei memberi kemenangan percuma kepada musuh ketatnya apabila mengalami kecederaan bahu.

Lin Dan berjaya menewaskan Lee Chong Wei 19-21 di separuh masa pertama ,sebelum jaguh negara terpaksa menarik diri akibat kecederaan ketika ketinggalan 2-6 separuh masa kedua. Impian Lee Chong Wei mencipta juara kali ketika di Kejohanan Seluruh England untuk kali ketiga tidak kesampaian.

Namun begitu sebelum perlawanan perseorangan lelaki ini berlangsung terdapat desas-desus yang mengatakan jaguh negara mengalami kecederaan tangan tetapi pasukan Malaysia cuba menyembunyikan untuk mengelakkan pemain lawan mengetahui tentang tahap kesihatan Lee Chong Wei. Segala desas-desus berjaya dinafikan apabila jaguh negara Lee Chong Wei melangkah masuk dengan semangat ke gelanggang arena Birmingham di sertai laungan' Malaysia Boleh' oleh sebahagian pelajar-pelajar Malaysia kepada pemain nombor satu di dunia.

Perlawanan pertama sangat sengit apabila kedua-dua pemain saling berkejar mata tetapi jaguh negara Lee Chong kelihatan bergelut pada awal perlawanan apabila beberapa pukulan tidak setangkas semasa menentang jaguh Korea Selatan, Lee Hyun II di separuh akhir. Walaupun beberapa kali Lin Dan mendahului tetapi jaguh negara tidak membiarkan lawannya meninggalkan jauh apabila menyamakan kedudukan 10-10 sebelum jaguh China menjumpai mata 11-10 untuk berhenti rehat seketika. Semasa rehat Lee Chong Wei telah meminta pengadil memanggil pegawai perubatan untuk mendapatkan rawatan kecederaan bahu yang kelihatan berbalut sebelum turun ke gelanggang. Penyokong Malaysia di Birmingham dan di tanah air  sedikit kegelisah melihat Lee Chong Wei terpaksa menerima rawatan dan berdoa kecederaan jaguh negara tidak teruk.

Datuk Lee Chong Wei menerima rawatan di bahu kanan yang cedera daripada pegawai perubatan

Jaguh negara dapat meneruskan perlawanan sambil mendapat sokongan padu daripada penyokong negara. Lin Dan ternyata mengambil kesempatan ke atas kecederaan Lee Chong Wei apabila terus menyerang kepada Lee Chong Wei sehingga berjaya mendahului 16-11. Jaguh tembok besar China ini menggunakan pelbagai variasi pukulan untuk memerangkap jaguh negara hingga Lee Chong Wei terpaksa merebahkan badan untuk menyelamatkan bulu tangkis. Lee Chong berjaya mendekatkan mata kepada 15-16, perlawanan berhenti seketika apabila pegawai perubatan sekali lagi terpaksa di panggil untuk memberi rawatan kepada Lee Chong Wei.  Selepas rawatan itu  jaguh negara berjaya membuat pukulan pantas lebih pantas dan mendapat rentak permainan sehingga mata terikat 19-19 sebelum tewas kepada Lin Dan 19-21.
.
Kecekalan dan semangat Lee Chong Wei walaupun menanggung kesakitan untuk terus melawan jaguh dari China wajar dijadikan contoh kepada pemain pelapis negara yang lain agar jangan mudah menyerah kalah sebelum berjuang. Namun yang menarik perhatian penulis apabila pertama kali kedua-dua jaguh badminton yang merupakan musuh ketat antara satu sama lain dalam gelanggang bertukar baju mereka menggambarkan semangat kesukanan yang tinggi daripada kedua-dua pemain.

Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan bertukar baju selepas jaguh negara menarik diri akibat kecederaan
 

Mengikut rekod kedua-dua jaguh ini ternyata jaguh China lebih unggul daripada jaguh negara apabila menang 18 kali ke atas pemain nombor satu dunia sedangkan jaguh negara hanya menang sembilan perlawanan. Namun itu semuanya atas kertas sebelum kedua-dua bertemu sekali lagi di final di kejohanan tertua di dunia ini.Pertemuan terakhir kedua-dua jaguh terbaik di dunia ini pada Kejohanan Terbuka Korea 2012 dengan Lee Chong Wei muncul juara menewaskan Lin Dan dengan tiga set 12-21, 21-18, 21-14.

Penulis dan rakyat Malaysia mendoakan  Datuk Lee Chong Wei akan cepat sembuh sebelum Kejohanan Olimpik di London pada bulan Julai nanti. Malang menimpa kedua-dua jaguh badminton yang terbaik di dunia Taufik Hidayat dan Pete Gade apabila penampilan terakhir mereka di Kejohanan Seluruh England memberi mimpi buruk terutamanya kepada Pete Gade apabila tewas pada pusingan pertama kepada pemain kurang ternama dari England Rajiv Osind manakala Taufik Hidayat tewas kepada Lin Dan di suku akhir.Peminat badminton pasti akan merasa kehilangan kedua-dua Legenda badminton apabila mereka bersara dalam arena badminton selepas sukan Olimpik.


Sunday, 11 March 2012

Jaguh All England : Siapa hebat Lee Chong Wei atau Lin Dan ?




Malam ini akan menentukan siapa jaguh dalam dunia badminton  Lee Chong Wei atau Lin Dan dalam merebut gelaran All England pada tahun ini. Jaguh perseorangan negara yang merupakan pemain nombor satu dua melangkah dengan  bergaya di kejohanan yang tertua ini  apabila menumpaskan pemain korea selatan Lee Hyun II   21-19, 21,18. Kemenangan jaguh negara ke atas pilihan kelapan menghampiri Lee Chong Wei untuk mencipta sejarah menjadi pemain ketujuh merangkul gelaran hatrik kejohanan All England . Menanti Lee Chong Wei di akhir nanti ialah musuh utamanya Lin Dan yang juga menepati ramalan sebagai nombor dua di dunia.. Jaguh China ini  mudah menumpaskan pemain muda dari Jepun Kenichi Tago 21-18, 21-17 untuk melangkah ke perlawanan akhir. Namun begitu, pasangan beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying terkandas di separuh akhir kepada jaguh beregu campuran indonesia Tantowi Ahmad dan Lilyana Nasir yang merupakan pilihan keempat di dunia 25-27, 16-21.Beregu campuran negara yang bukan pilihan di kejohanan ini seharusnya berbangga apabila telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara melayakan diri ke separuh akhir di kejohanan berprestij ini.  


Disebalik kejayaan Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir, jaguh negara sebenarnya mengalami kecederaan tangan tetapi kesungguhan dan kecekalan yang dipamerkan Lee Chong Wei untuk memenangi perlawanan malam tadi wajar di contohi pemain-pemain muda lain.

  Gelaran All England milik siapa malam ini Lee Chong Wei atau  Lin Dan yang pasti kedua-kedua jaguh terbaik badminton ini akan berusaha untuk menumpaskan lawan masing-masing dengan dibantu oleh jurulatih mereka. Lee Chong Wei memburu hatrik di All England manakala Lin Dan ingin muncul juara kali kelima di Kejohanan Seluruh England 2012 akan terjawab malam ini.